ERA KEMUNCULAN KAPAL

Fantasy Completed 3984

Raja Petir mundar mandir di hadapan Permaisuri Guruh dan 10 orang Panglima terhandal baginda.
"Beta sungguh murka dengan kapal kapal ciptaan manusia di tengah lautan itu! Mereka menganggu tugas beta memburu Iblis! " bentak Raja Petir sambil menggenggam penumbuk tangannya sendiri.
" Benar Tuanku, Angkatan Penembak Petir kami terpaksa mengelak kapal kapal manusia itu sekiranya syaitan mula bersembunyi di bawah kapal dan sekitar kapal kapal itu" ujar Panglima Awan Kubus. Dia adalah Ketua Panglima Panglima tersebut.
" Itulah yang beta fikirkan sekarang. Andai perkara ini berlarutan, iblis akan bertambah kuat kerana si pendurhaka itu akan mengumpul bala tenteranya untuk menyerang Kerajaan kita" Rungut Raja Petir.
"Jadi apakah rancangan kekanda? " Permaisuri Guruh bertanya manja.
" Beta kira kerajaan Awan Larat terpaksa menukar waktu pelepasan air hujan di siang hari untuk mengelakkan kapal kapal di tengah laut. Apa yang beta perhatikan kapal kapal manusia itu hanya berlayar di malam hari, sedangkan waktu siang mereka berlabuh di tepi pantai" Jawab Raja Petir.

"Tapi Tuanku, jika kita menukar waktu perlepasan air di siang hari bermakna ribuan awan perlu berlabuh di daratan waktu malam hari untuk menyedut air dari air pergunungan dan sungai. Jika berlabuh di malam hari, kita tidak mampu menyedut air tanpa bantuan cahaya matahari tuanku... " Panglima kubus mengerutkan dahi.

"Ya kita perlu lakukan di siang hari dan kita akan lakukan waktu pelepasan pada siang hari berikutnya " putus Raja Petir.

"Kalau begitu kata Tuanku, kami menurut perintah! " Jawab 10 Panglima terhandal baginda serentak.
Maka tersebutlah kisah di hari yang di janjikan oleh Raja Petir bersama Permaisuri Guruh serta angkatan panglima baginda.Raja Petir mula mengarahkan seluruh bala tentera Kerajaan Awan Larat melepaskan air ke tengah lautan.Sewaktu bala tentera Kerajaan Awan larat bergerak meluncur awan ke tengah lautan keadaan menjadi sungguh gelap. Permaisuri Guruh mula menggembur teras bumi dengan gegaran yg kuat. Iblis yang bersenang senang di dalam lautan terkejut ketika tanduknya terlucut dari kedudukan singgahsananya. Syaitan bertempiaran melarikan diri mencari daratan. Tetapi Raja Petir lebih pantas membelah halilintar di tengah lautan. Sasaran Raja Petir tidak mengena apabila Iblis berjaya menghampiri sebuah kapal yg berada di tengah lautan.
"Wahai Panglima Beta! kepunglah Si Iblis pendurhaka itu agar beta dapat memanah kepalanya! "Jerit Raja Petir sehingga keluar kilat sabung menyabung dari mulut baginda.
"Ampun Tuanku! Si iblis bersembunyi di dalam kapal manusia itu. Bagaimanakah kita ingin membuat si iblis itu keluar, tuanku"Rungut salah seorang Panglima.
"Jika begitu, bolak balikkanlah kapal manusia itu agar Iblis tidak senang duduk di dalamnya"arah Raja Petir.
Semua Panglima Raja Petir saling berpandangan dan mengundur laluan awan mereka. Panglima itu memberi laluan kepada Permaisuri Gurih turun ke dalam lautan untuk menggembur teras bumi lagi. Apa yang Permaisuri lakukan pada kedudukan teras bumi menyebabkan air lautan bergelora. Panglima panglima Raja Petir membuat putaran awan sehingga terbentuk angin. Kapal itu hampir terbalik dipukul ombak laut. Terhuyung hayang tanpa tujuan lagi. Putaran angin mengena tiang kapal sehingga kapal itu terpusing arah. Namun dengan pantas Raja Petir menangkap Si Iblis yang berada di tiang kapal. Lalu dengan panahan kilat dari mulut Raja Petir mengena tiang kapal. Kejadian itu mengeluarkan cahaya berwarna biru sehingga membakar si iblis. Tiang kapal itu memantulkan cahaya biru itu kembali ke arah awan Raja Petir. Mujur di elak Raja Petir.
"Cis, apakah itu wahai panglima?" Soal Raja Petir cemas.
"Itulah besi, kekanda. Ataupun Al Hadid. Manusia menemuinya dari dalam perut bumi. Ia adalah nikmat kurniaan Allah swt kepada manusia. Ia mampu di bentuk menjadi apa sahaja mengikut kebijaksanaan manusia. Malah besi itu mampu juga membawa kemudaratan pada manusia dan seluruh makhluk di bumi" Terang Permaisuri Guruh.

"Tetapi kenapa ia menyerang beta kembali sedangkan si iblis telah hangus! " Raja Petir kehairanan.

"Besi itu tidak menyerang kekanda, tapi ia adalah pantulan dari kuasa panahan kekanda. Kita tidak boleh memanah besi kekanda, kerana ia akan memantul kepada kita semula. Oleh itu kekanda harus berhati hati dengan besi. Jika ia kecil, mungkin kekanda akan menghanguskannya, tapi jika ia besar kekanda akan menembak diri kekanda sendiri" pesan Permaisuri Guruh. Raja Petir terpana mendengar kata kata isterinya. Sangkaannya meleset bahawa kuasanya bisa menghanguskan segala yang di panahnya. Rupanya ada lagi ciptaan yang tidak bisa di kalahkannya. Benarlah kisah Nabi Adam a. s. Manusia itu khalifah tertinggi ciptaan Allah swt. Di sebabkan itu Allah swt memerintahkan malaikat dan iblis sujud pada Adam a. s. Kini Raja Petir faham. Baginda terus merenung kapal manusia di tengah lautan itu. Selama ini Raja Petir hanya memikirkan tentang tugasnya. Sehinggalah kejadian itu membuat Raja Petir mula memahami kewujudan manusia itu adalah Rahsia Allah. Dari lautan sepi tanpa kapal, sehinggalah ke era munculnya banyak kapal kapal manusia membanjiri lautan kini. Kerisauan Raja Petir mula bersarang terhadap 3 puteri baginda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience