PUTERI KAYANGAN TURUN KE BUMI

Fantasy Completed 3984

Seluruh ahli kerabat di Raja Awan Larat telah bersetuju menghantar 3 puteri Raja Petir turun ke bumi menjadi manusia dan berkahwin dengan manusia biasa. Selepas ini tiada lagi penyeri taman taman Istana Awan Pelangi. Namun rakyat dan bala tentera kerajaan Awan Larat telah faham tujuan dan keputusan Raja Petir. Tiada siapa berani membantah.
Pada hari yang di janjikan, Qi Sapu Angin pun tiba di Istana Awan Larat untuk menjalankan upacara menghantar Puteri Kayangan ke bumi .Upacara itu di lakukan di malam hari sewaktu seluruh manusia di bumi tidur dengan nyenyaknya.
"Tok harap Petir tidak akan menyesal dengan keputusan ini. Apa yang berlaku selepas puterimu turun ke bumi adalah kerinduan..... "terang Qi Sapu Angin.
"Apa maksud Tok tentang kerinduan? Hamba tidak memahami Tok" Raja Petir mengerutkan dahi.
"Kerinduan pada puterimu, Petir. Setelah mereka menjadi penduduk bumi, walau mereka anak dan warismu... tapi engkau tidak dapat dilihat oleh mereka... di sentuh, bercakap dan mengharap mereka memanggilmu sebagai ayahanda.... kerana mereka telah menjadi manusia biasa dengan membawa waris dirimu sahaja..... bukan nama mu lagi"Terang Qi Sapu Angin.

"Beta faham Tok"

"Tetapi adinda tidak faham , kekanda. Sungguh sakit dan sedih hati ini" Tingkah Permaisuri Guruh bercucuran air matanya. Raja Petir memeluk bahu Permaisuri Guruh.
"Demi kerajaan kita, adinda"Pujuk Raja Petir menyeka airmata Permaisuri Guruh.

"Tetapi ada pantangnya kepada ketiga warismu.Mereka tidak boleh melanggarnya...." Qi Sapu Angin menatap satu persatu wajah puteri Raja Petir.
"Apakah syaratnya, Tok Qi? "Puteri Bongsu memandang Qi Sapu Angin tenang. Raja Petir tersenyum dengan tingkah laku Puteri Bongsunya itu.
"Ketiga tiga Puteri tidak boleh menggunakan kuasa mereka kepada manusia atau makhluk di bumi. Jika tidak........ " Qi Sapu Angin menggeleng gelengkan kepalanya.
"Jika tidak kenapa Tok?"Permaisuri Guruh bertanya cemas. Kerisauan baginda semakin tinggi tehadap puteri puterinya.
"Jika tidak, puteri semua akan di sumpah seperti kuasa puteri itu sendiri. Puteri Sulung yang bisa menukar kejahatan menjadi batu... sekiranya menggunakan kuasa itu pada makhluk di bumi... maka puteri akan di sumpah menjadi batu. Dan jika Puteri tengah pula bisa menukar kejahatan menjadi pasir.. sekiranya melanggar pantang itu akan menjadi pasir" Qi Sapu Angin mengusap janggutnya sambil memandang tajam kepada Puteri Bongsu.

"Tok Qi, bagaimana pula dengan Puteri Bongsu....? "Soal Raja Petir. Setahunya puteri bongsunya kerap menukar kejahatan dengan kuasanya tetapi kejahatan itu "hilang" "lenyap" tidak bersisa kerana tidak dizahirkan oleh Allah swt. Tiada siapa dapat melihat ke mana kejahatan itu sehingga beberapa lama kemudian baru di banjiri dengan rama rama yang cantik atau serangga serta binatang yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

"Itu yang Tok musykil kerana Puteri Bongsu bisa menghaibkan kejahatan... dan mungkin puteri bongsu akan ghaib jika melanggar pantang ini" Qi Sapu Angin menjawab sambil tertawa kecil.

"Tok, bagaimana jika ketiga puteri hamba tidak berjaya dan melanggar pantang itu?" Raja Petir mula cemas.

"Usahlah engkau risau, Petir. Sekiranya mereka tidak berjaya dan melanggar pantang, Tok yakin akan ada Waris Terakhirmu yang akan dapat menjelaskan "tali penyambung langit dan bumi".....Qi Sapu Angin tersenyum yakin. Raja Petir menghela nafas lega. Baginda nekad akan meneruskan niatnya itu dan berserah kepada Allah swt.

Qi Sapu Angin pun menghantar Puteri Puteri itu turun ke bumi serta menukar jasad puteri menjadi zarah angin yang kecil. Kesemua Puteri Kayangan itu pun turun ke bumi sebagai manusia dan akan berkahwin dengan manusia biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience