KEMBALI KE BUMI

Fantasy Completed 3984

Sudah 3 hari perang di langit berlangsung. Dan selama 3 hari jugalah hujan turun tanpa henti henti. Tentera Raja Petir terpaksa bertahan dengan memanah syaitan siang dan malam tanpa berehat. Mereka terpaksa berganti untuk memerangi syaitan.

Puteri Mayang Mengurai dan Nur Nilam Sari pun sudah 3 hari mencari Puteri Dewi. Tetapi Puteri kedua itu tidak ditemui.

"Nampaknya Iblis tidak menyorokkan Dewi di alam ini...sudah puas kita mencari.."keluh Puteri Mayang Mengurai.

"Adinda dapat rasakan kanda Dewi berada di bumi lagi. Iblis masih belum membawa Kanda Dewi ke istananya... kita masih sempat menyelamatkan Kanda Dewi" Terang Nur Nilam Sari penuh yakin. Tasbih ditangannya terus digerakkan bersama pujian ke atas Allah swt.

"Kalau begitu kita turun ke bumi untuk mencari Puteri Dewi"Putus Puteri Mayang Mengurai.

"Baik kanda... Adinda akan menghantar pesanan pada ayahanda" Nur Nilam Sari akur dengan keputusan kakak sulungnya itu.

"Pesanan....mana mungkin adinda naik ke kayangan semula sedangkan kenderaan kita sedang meluncur ke bumi"Puteri Mayang Mengurai kehairanan apabila Nur Nilam Sari memberhentikan Harimau Putihnya di beranda pintu kayangan. Burung Burak berpatah balik bersama Puteri Mayang Mengurai untuk mendapatkan Nur Nilam Sari.

Nur Nilam Sari menggenggam tangannya sekuat hati sambil menghala ke arah hilir negeri. Puteri Mayang Mengurai memerhatikan tingkah laku adiknya itu.Dia berasa hairan dengan sikap Nur Nilam Sari. Tiba tiba satu cahaya yg laju muncul dari arah hilir negeri itu. Tepat ke arah mereka berdua. Cahaya itu agak mencemaskan Harimau Putih dan Burung Burak. Seketika mereka cuba berundur. Tapi cahaya itu akhirnya menjadi kecil dan jatuh dibahu Nur Nilam Sari.
Puteri Mayang Mengurai terkejut.Tiba tiba muncul seekor burung cenderawasih berbulu putih.Dada burung itu pula berbulu merah. Sementara jambulnya berwarna kuning. Nur Nilam Sari tersenyum.
"Cenderawasih burung Sang Wali"ucap Puteri Mayang Memgurai.
"Ya kanda, inilah Burung Cenderawasih Putih, penghantar berita kita berdua kepada ayahanda di langit" Terang Nur Nilam Sari.

"Siapa sebenarnya adinda Nur Nilam Sari? Waris kerajaan Awan Larat tidak pernah berdamping dengan burung cenderawasih. Ia adalah burung syurga yang hanya memdampingi lelaki beriman dan taat kepada Allah swt" Puteri Mayang Mengurai mendekatkan dirinya dengan Nur Nilam Sari.

"Adinda adik kanda, anak yang dilahir oleh Sang Gelem Baik Sakti dan suaminya Panglima Harimau Putih..... Ayahanda adinda yang sebenar berada di kayangan.Mereka adalah Raja Petir dan bonda adinda Permaisuri Guruh"Ujar Nur Nilam Sari sambil memeluk kakaknya. Pelukan itu segera di lepaskan Puteri Mayang Mengurai.Hati seorang kakak tersentuh.

"Adinda sukar di tafsir.... penuh teka teki. Kebijaksanaan adinda diwarisi dari bumi... bukan dari kayangan. ia sungguh menakutkan" Ucap Puteri Mayang Mengurai.

"Mengapa kanda berkata begitu? Kita sama sahaja, hamba Allah. Di dunia ini ilmu tidak dapat di warisi, tapi di pelajari"Balas Nur Nilam Sari. Dia tidak faham kehendak kakaknya itu.

"Kanda akan selidik perkara ini. Adinda terlalu bahaya untuk bersama kanda di kayangan" Tegas sekali ucapan Puteri Mayang Mengurai. Nur Nilam Sari terkejut. Kata kata Puteri Mayang Mengurai membuat hatinya terhiris. Dia pantas menulis sesuatu di lembaran kain selendangnya lalu di ikat pd kaki burung cenderawasih. Burung itu terbang sepantas kilat menuju Istana Awan larat.

"Mengapa kanda perlu selidik tentang adinda. Jika kanda mahu, mari adinda bawa kanda berjumpa dengan nenek dan bonda adinda di bumi" Ajak Nur Nilam Sari mesra.Terlihat gaya manja itu seperti memujuk Puteri Mayang Mengurai.

"Baik, kanda setuju. Tapi kanda masih tidak faham mengapa adinda mampu memanggil burung cenderawasih? Bukankah burung itu hanya burung syurga? "

"Apa yang kanda tidak faham.... ilmu Allah sungguh luas untuk di miliki. Tiada syarat dalam mencari ilmu.Adinda sedang meminta pertolongan kepada Allah... pertolonganNya tiada batasnya" terang Nur Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai terdiam memikirkan kata kata adik bongsunya itu.
Kemudian, mereka sama sama memacu kenderaan mereka itu turun ke bumi. Sewaktu mereka melintas lautan untuk ke tepi pantai, hujan masih turun dgn lebatnya bersama kilat sabung menyabung.

Tiba tiba kedua puteri itu terpandang kayu serpihan kapal yang berteraburan hanyut ke tepi pantai. Seorang pemuda terdampar di atad kayu itu.
"Kanda, lihat.. ada pemuda di sana"Nur Nilan Sari menundingkan jari pada pemuda yang terapung itu.
"Iya la.. mari kita selamatkan pemuda itu" Jawab Puteri Mayang Mengurai menuju ke arah pemuda itu. Tubuh pemuda itu di naikkan ke atas Harimau Putih milik Nur Nilam Sari. Mereka terbang menuju pinggir pantai. Pemuda itu di rebahkan di atas pasir pantai. Puteri Mayang Mengurai mengeluarkan air dari mulut pemuda itu dengan sekali tekanan di perut dan dadanya. Pemuda itu terbatuk batuk seakan tersedak.

"Dewi... Dewi.."Pemuda itu memanggil nama Dewi. Puteri Mayang Mengurai dan Nur Nilam Sari saling berpandangan.

"Siapakah Dewi? "Nur Nilam Sari merenung pemuda itu dengan tajam.

"Oh... kekasih hamba, Dewi"jawab pemuda itu cuba memeluk Nur Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai ketawa kecil. Sebuah penampar berlabuh di pipi pemuda itu.

"Sudah! Tuan hamba sungguh biadap. Bangun segera, tunjukkan kepada beta berdua di mana Dewi berada"Tegas N Nur Nilam Sari sambil membetulkan selendang dan bajunya. Pemuda itu seperti mabuk bangun terhuyung hayang menatap dua puteri di situ.

"Puteri satu, bersubang gading.... Puteri Dua, bersanggul sendeng.... "tutur pemuda itu seperti berlagu. Puteri Mayang Mengurai dan Nur Nilam Sari mula kehairanan melihat pemuda itu sekejap memandang kiri dan sekejap memandang kanan. "Adakah pemuda ini gila, adinda"Puteri Mayang Mengurai ketawa kecil.

"Puteri satu berbaju serong....puteri dua berselendang kuning... "Ucap pemuda itu lagi menyentuh baju Nur Nilam Sari.
"Sungguh biadap Tuan Hamba"Nur Nilam Sari melipat siku pemuda itu dan menendang punggung lelaki itu. Puteri Mayang Mengurai ketawa kuat. Nur Nilam Sari jengkel.

"Kanda sepatutnya membantu adinda. Bukan mengetawkan adinda begini" rungut Nur Nilam Sari. Merah padam wajahnya menahan marah.

"Hati kanda terasa di gelitik pula... siapakah pemuda lucu ini? Sesuai jadi suami adinda" Usik Puteri Mayang Mengurai ketawa lagi.

"Memang patut syaitan dapat menyamar seperti kanda... inilah sebabnya! "Balas Nur Nilam Sari memeluk tubuhnya dan memalingkan wajah dari kakak sulungnya itu. Puteri Mayang Mengurai menjeling manja. "Baiklah, maafkan kanda.... "pintanya lembut.
"Seorang Puteri yg ketawa kuat, rambut mengurai macam kanda senang menjadi samaran syaitan. Itulah kanda, ketawa kita perlu diperlahankan"kata Nur Nilam Sari mengenakan kakaknya pula. Puteri Mayang Mengurai mula mengerutkan dahi.
"Apa benar kata kata adinda?" Soalnya lagi. Nur Nilam Sari tersenyum di balik purdah yang dipakainya. Puteri Mayang Mengurai cemas.

"Baiklah, kanda akan jaga ketawa kanda. Rambut pun kanda akan sanggul seperti adinda lakukan di dalam selubung itu"Jawab Puteri Mayang Mengurai.
"Selubung??? " Nur Nilam Sari mengerutkan dahi.
"Ya.. selubung, kerudung.... sbb adinda berpakaian tidak nampak wajah"jawab Puteri Mayang Mengurai.
"Ini kan pakaian solat adinda.... bukan selubung atau kerudung"Nur Nilam Sari tidak puas hati. Puteri Mayang Mengurai hanya memandang dengan wajah acuh x acuh. Tiba tiba pemuda itu bangun mengadap puteri berdua itu. Keadaannya masih sama. Dia cuba berjalan, tetapi terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan.
"Penyakit apakah ini, adinda?" Puteri Mayang Mengurai ketawa lagi. Dia yerasa lucu melihat pemuda itu mendekati Nur Nilam Sari.
"Mungkin pemuda ini telah terminum atau termakan sesuatu"Jawab Nur Nilam Sari sambil memerhati sisa sisa kayu kapal yang berteraburan di pinggir pantai itu. Tiba tiba matanya tertancap ke arah sebuah pedang yang terpacak di atas kayu kapal. Lalu Nur Nilam Sari memdapatkannya.
"Kanda, bukankah ini pedang kanda Dewi" Jerit Nur Nilam Sari mencabut pedang itu.
"Ya.. itu pedang Dewi. Kanda kenal pada batu hijau di hulu pedang itu"Jawab Puteri Mayang Mengurai.

"Ayuh, kita perlu mengejar iblis dan tenteranya sebelum kanda Dewi di apa apakan" Tegas Nur Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai mengangguk bersetuju. Tetapi pemuda mabuk itu melambai lambai kepada mereka.

"Tapi kanda... kita terpaksa menolong pemuda itu. Adinda rasa kita pulang ke Gunung Ledang, rumah adinda dahulu. Nanti adinda minta nenek kebayan memgubati pemuda gila ini"Putus Nur Nilam Sari. Puteei Mayang mengurai bersetuju sambil tersenyum.
"Kanda, mari tolong angkat pemuda ini. Berat sungguh seperti batu di tengah lautan" Rungut Nur Nilam Sari.

"Baiklah. Tapi baunya sungguh busuk. Kanda tidak tahan mendekatinya"Puteri Mayang Mengurai mengomel.

"Mungkin pemuda ini gila.. dan tidak tahu membuang najis. Sungguh jijik... mujurlah bukan suami adinda"Nur Nilam Sari bergurau sambil memalingkan wajahnya sewaktu menyangkutkan badan pemuda itu di atas Harimau Putihnya.

"Mungkin ino jodoh adinda... kanda menyokong sekali"Tawa Puteri Mayang Mengurai. Mereka sama sama ketawa dan terbang menuju gunung ledang. Tanpa mereka sedari ada dua mata yang memerhati telatah mereka. Mata yang besar dan berwarna merah. Wajah yang bengis dam bertaring tajam. "Sungguh manis daging puteri jelita untuk di buat hidangan santapan Aduka"Makhluk itu menyeringai dan berlalu dari situ. Dia menemui Iblis dan memberitahu tentang dua puteri itu. Iblis ketawa girang.
"Inilah masanya beta menumpaskan Raja Petir. Hanya dua puteri berdaging manis ingin melawan beta... haha haha" Tawanya memecah suasana pantai itu. Mereka menyusup kedalam lautan sambil menjerit "Puteri kayangan telah turun ke bumi! Itulah santapan beta" Jeritan itu disambut hilai tawa dam kegirangan syaitan syaitan di dalam lautan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience