AMUKAN RAJA PETIR

Fantasy Completed 3984

Sebelum sampai di pintu Kerajaan Awan Larat, Puteri Dewi semakin nazak. Tubuhnya telah membiru di sisi Puteri Mayang Mengurai. Akhirnya Puteri Dewi tewas di lantai kayangan. Puteri Mayang Mengurai rebah dalam pelukan bondanya permaisuri guruh. Raja Petir mengamuk teruk sehingga awan menjadi kelam dan gelap gelita.

"Beta tidak akan menghentikan peperangan dengan iblis ini walau bumi tenggelam banjir ditelan air hujan " Jerit Raja Petir. Seisi penduduk langit menjenguk dan melihat kemurkaan Raja Petir. Baginda mengampu kepala Puteri Dewi yang telah terkulai berlumuran darah.

"Ayahanda, mereka telah minum darah Puteri Dewi. Mereka menyiat kulit adinda Dewi seperti lauk mereka" Tangis Puteri Mayang Mengurai.

"Itulah yang sedang Iblis usahakan untuk membuat jasadnya lebih kuat" Raja Petir temanggu kebingungan dengan kejadian itu. Marah dan buntu satu perkara yang membuat Raja Petir hilang kawalan.
Bukan mudah untuk dia menerima kehilangan Puteri keduanya itu. Sudah tentu Puteri Awan Fajar sudah tiada lagi kini.
"Beta tidak akan berhenti dari memburu iblis mulai hari ini. Hutang darah pasti di balas darah!!" Jerit Raja Petir bersama marah yang teramat sangat.
Pertempuran itu akan bermula tidak lama lagi. Biar banjir seluruh daratan, biar tenggelam setiap kepulauan, biar mati segala kehidupan, dia akan memburu iblis sehingga tiada waktu berganti untuk pengkhianat durhaka itu.
Raja Petir bangun bersama bala tenteranya dengan amukan yang tiada hentinya. Banyak daratan yang tenggelam kerana amukan tidak sabar darinya. Iblis yang bernama Aduka dapat melihat kemarahan Raja Petir. Tapi sebagai Iblis dia hanya mengetawakan Raja Petir. Sifat angkuh dan sombongnya tiada taranya. Aduka masih dapat menyelamatkan Adulha, kembarnya. Mereka 2 jasad tapi berkongsi nyawa dan mata. Kini Mata Adulha telah dibutakan pada sebelah kanan. Adulha kini bermata satu.

"Aku telah mengeluarkan kau dari runtuhan gua itu, tapi aku kecewa kau tewas dengan seorang puteri berdaging lembut dan berdarah manis!!! "Sindir Aduka. Dengan geram dia melontar Adulha ke tengah lautan yang luas. Kemudian dia meluru ke arah Adulha yang terbenam ke dalam lautan dalam itu.
"Kau masih bodoh seperti dahulu tidak pernah menggoda manusia dengan kejahatan. Semua kerja itu aku dan sekutuku yang melakukan.... sedangkan kau hidup dalam ketakutan" Aduka menendang kepala Adulha.

"Aku adalah kau... dan kau adalah aku.... kita terpisah kerana dilaknat tuhan yang satu, Allah. Tapi kau masih berdendam dengan manusia! "Jawab Adulha sinis.

"Aku tetap boleh hidup walau dilaknat oleh tuhanku!!!!!!!! "angkuh benar jawapan Aduka .Itulah dia Iblis.

"Satu masa nanti, kau pasti memerlukan aku walau kau menghina aku. Aku mampu hidup seperti manusia, sedangkan kau masih bergantung dengan lautan dan matahari.... "Ejek Adulha. Dia mencabut kedua tanduknya dan membenamkan ke dalam lautan itu.

" Ahhhh... kau ingat kau hebat kerana dirimu dari tanah dan api?....kau kelihatan sungguh berbangga dengan rupamu seperti Adam dan Hawa. Aku benci keturunan Adam dan Hawa sepanjang hayat aku. Itu sebab aku pisahkan kau dari aku sewaktu tuhan yang satu melaknat aku!!!! " Aduka menukar tubuhnya menjadi warna biru lebam sambil membenam tanduknya ke dalam lautan.

"Ajal aku dan ajal kau telah ditangguhkan oleh DIA. Tapi kau masih angkuh dan sombong. Itulah kebodohan kau sebagai iblis!!! Aku bukan iblis, kerana aku seperti Adam dan Hawa yang mempunyai kebijaksanaan akal.... " Jawab Adulha ketawa. Dia menukar tubuhnya seiras manusia. Badannya gempal dan kakinya berotot. Rambut yang coklat kemerahan tumbuh satu persatu memenuhi kepalanya. Walau matanya sebelah berlubang cacat, dia kelihatan seiras manusia. Sungguhpun begitu dia tetap kembar seekor iblis iaitu Aduka.Adulha menghilangkan dirinya debgan sekelip mata. Dia bertekad akan hidup dikalangan manusia dan belajar seperti manusia. Aduka tersenyum sinis dengan pemergian Adulha, kembarnya itu.

Aduka dan para syaitan telah membangkitkan permusuhan dan dendam membara kepada Kerajaan Awan Larat. Selepas kemangkatan Puteri Dewi, Raja Petir dan bala tenteranya tidak pernah berhenti menyedut air dari bumi dan lomelepaskannya dengan memburu Iblis dan syaitan.

Disebabkan keadaan itu, ada kawasan di bumi yang kekurangan air. Kedegilan dan kegilaan Raja Petir membuat Kerajaan Awan Larat bergolak. Tiada siapa yang berani membantah Raja Petir walaupun Permaisuri baginda.
"Sudah 10 purnama kita memerangi Iblis, tapi kita tidak pernah berjaya membunih mereka, kanda..." Rungut Permaisuri Guruh.
"Kanda tidak akan putus asa. Satu masa mereka pasti akan tewas. Ketika itu, kanda akan pastikan tiada manusia akan perasan mereka telah kehilangan petir dan guruh" Ujar Raja Petir. Permaisuri Guruh memandang tepat wajah Raja Petir.

"Iblis tidak akan mati...kematian mereka telah ditangguhkan . Tapi Amukan kanda akan membinasakan kehidupan lain" tegur Permaisuri Guruh. Mata Raja Petir merah menyala merenung permaisurinya. Pantas dia meninggalkan permaisuri Guruh dengan perasaan sebal. Dia tidak akan berhenti dengan amukan ke seluruh alam kerana kematian Puteri keduanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience