BATU PERMATA BIRU

Fantasy Completed 3984

Pertempuran malam itu sangatlah dasyat. Raja Petir dan Permaisuri Guruh hampir tewas apabila syaitan berjaya memusnahkan bala tentera di atas awan mereka. Mujurlah tentera Kerajaan Awan Larat masih mampu bertahan.

"Sampai bila kita ingin bertahan begini, kekanda? Kuasa kita tidak mencukupi untuk dipindahkan kepada Batu Permata Biru ini" rungut Permaisuri Guruh meletakkan seketul batu berwarna biru di dalam wadah berisi air. Cahaya batu itu semakin malap seolah olah akan terpadam.

"Kita berdua tidak cukup tenaga untuk di pindahkan kepada Batu Permata Biru ini,adinda. Selama ini Kerajaan Awan Larat tergantung tinggi dari bumi. Kita dapat menyerap kuasa cahaya dari pantulan bulan.Tetapi kini Kerajaan kita telah jatuh ke bawah....kita telah jauh dari bulan"ujar Raja Petir sedih. Batu Permata Biru itu akan memancarkan cahaya biru alam untuk memintal air yang di sedut manik pelangi menjadi kapas awan. Kejadian itu akan berterusan selagi cahaya biru dari batu itu bersinar di atas langit yang biru. Cuma batu permata biru itu akan di simpan Permaisuri Guruh apabila mereka turun bertempur dengan iblis dan syaitan di tengah lautan.Oleh itu, langit tidak akan memancarkan cahaya birunya lagi jika pertempuran Raja Petir dan iblis berlaku. Malah langit menjadi hitam gelap dan menggerunkan.
"Kita perlu meminta pertolongan ayahanda adinda, kanda" Permaisuri Guruh teringat ayahandanya Raja Sagil.
"Beta tidak mahu menyusahkan Raja Sagil. Biarlah kita sahaja yang selesaikan perkara ini" Ujar Raja Petir kepada Permaisuri Guruh.
"Tapi kita perlukan tenaga untuk melawan iblis dan syaitan, kanda. Sampai bila kita perlu bertahan? "ujar Permaisuri Guruh. Jelas terpancar kerisauan pada wajahnya.
"Beta terpaksa membawa pulang salah seorang waris beta dari bumi. Sudah tiba masanya mengangkat salah seorang dari puteri puteri kita"Putus Raja Petir memandang baju bersayap milik ketiga tiga puterinya yang tersimpan di dalam cermin lutsinar istana Awan Larat itu.
Sedang Raja Petir menatap baju baju persalinan anak anaknya, Qi Sapu Angin muncul di beranda Istana Raja Petir.
"Assalammualaikum ya Raja Petir, anak muridku" Qi Sapu Angin menghulur tangannya dan memeluk Raja Petir. Lelaki tua berserban putih dan berjanggut putih itu membelai belai janggutnya sambil tersenyum kepada Raja Petir.
"Waalaikumsalam,Tok" Raja Petir berasa lega melihat kehadiran Qi Sapu Angin di istananya.
"Apakah hajatnya Tok? Begitu jauh Tok merentasi lautan untuk datang ke sini"Soal Raja Petir. Dia memandang ke luar jendela. Bala tenteranya merapati istana awan larat untuk mendengar berita Qi Sapu Angin.
"Tok sudah melihat ketiga tiga puteri itu. Mereka telah di uji dengan makhluk makhluk di bumi. Tetapi di antara tiga puterimu, Puteri Bongsulah yang mempunyai kebolehan dan kuasa yang hebat" Terang Qi Sapu Angin.
"Bernarkah, Tok? Bagaimana Tok tahu Puteri Bongsu mempunyai kelebihan dan bakat yang hebat? "Soal Permaisuri Guruh mendekati Qi Sapu Angin.
" Kerana Puteri Bongsu mampu melihat alam ghaib dengan matanya. Bukan satu pintu, tetapi kesemua pintu alam ghaib mampu di lihat puteri bongsu. Malah dengan "panahan mata" puteri bongsu mampu menukar makhluk ghaib menjadi jelmaan serangga di bumi. Semacam ada tenaga getaran yang tinggi pada tubih puteri bongsu. Getaran atau tarikan itu yang membuat pertukaran itu"Terang Qi Sapu Angin. Raja Petir tersenyum gembira.
"Tidak sia sia beta memghantar mereka ke bumi. Jika seorang manusia dapat melakukan perkara begitu, Tok... tentulah hebat. Tidak semua manusia mempunyai kelebihan begitu. Manusia lebih tertumpu pada nafsu mereka.. itulah 7 pancaindera tidak dapat mereka gunakan kesemuanya. Hanya 5 pancaindera yang kebiasaan ada pada manusia" Raja Petir bangga dengan keputusannya itu.
"Syukur ke hadrat ilahi.... anak anak kita telah membesar dengan bailk, kanda"Permaisuri Guruh tersenyum. Raja Petir mengangguk angguk dan memeluk Qi Sapu Angin.
"Terima kasih tok"senyum Raja Petir.Qi Sapu Angin terpandang batu permata kerajaan awan larat itu.
"Tenaga batu ini telah lemah, kenapa ia boleh terjadi, Petir " Qi Sapu Angin memandang Raja petir.
"Kami tidak dapat menjana tenaga lagi, Tok. Kerajaan Awan Larat semakin jauh dari bulan. Jadi cahaya batu permata biru ini menjadi malap kerana semakin hari tenaganya akan hilang"Terang Raja Petir.
"Kalau begitu, bawalah salah seorang puterimu untuk membantu di sini" ujar Qi Sapu Angin tersenyum.
"Benarkah Tok?Jika begitu bagaimana harus beta ingin membawa puteri beta ke sini? "Soal Raja Petir. Qi Sapu Angin memandang Raja Petir. Wajahnya penuh pengharapan.
"Buat pilihanmu, Petir. In shaa Allah pertolongan dari Allah akan tiba"Qi Sapu Angin mengusap bahu Raja Petir. Raja Petir buntu tidak tahu ingin milih puterinya yang mana satu. Dia memandang Permaisuri Guruh yang termanggu bersendirian di sudut bilik itu. Kepalanya celaru....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience