MATA ADUKA

Fantasy Completed 3984

Akhirnya Nur Nilam Sari bertemu dengan ibu dan neneknya. Sang Gelem Baik Sakti dan nenek kebayan telah di selamatkan oleh Panglima Harimau Putih, ayah Nur Nilam Sari. Mereka di bawa tinggal dalam Kerajaan Mangku Di bumi. Sejak itu ibu dan nenek kebayan tidak pulang pulang lagi ke rumah mereka. Nur Nilam Sari berasa sangat gembira dan memeluk ibu dan neneknya. Wajahnya kembali ceria. Puteri Mayang Mengurai lega melihat adiknya itu.
Sedang mereka saling berpelukan, Panglima Harimau menghampiri Nur Nilam Sari. Perlahan lahan lelaki itu memegang kepala Nur Nilam Sari. Dia terkejut melihat ayahnya. Wajah itu telah lama dirindukannya. Semenjak ayahnya pergi meninggalkan dia bersama ibunya.Wajah ayahnya tidak berubah sedikit pun, masik kelihatan sama seperti dia masih kecil.Berbeza dgn ibunya. Sang Gelem Baik Sakti sudah nampak berusia.Nur Nilam Sari memegang tangan ayah dan ibunya. Barulah dia dapat merasakan ada kasih sayang di kedua tangan yang mengenggam tangannya itu.
"Pergilah anakanda mencari Puteri Dewi, ayahanda sedia memberi keizinan anakanda untuk pergi. Memerangi iblis dan Syaitan itu adalah tugas anakanda kini" ujar Panglima Harimau.Dia adalah Panglima tertinggi dalam Kerajaan Mangku Dibumi.
"Baik ayahanda. Nilam akan cuba jalankan amanah ini sehingga ke akhir hayat Nilam" jawab Nur Nilam Sari tersenyum.
"Ibu risaukan Nilam. Ibu sayang Nilam. Sultan tidak akan lepaskan Nilam.Mereka sedang memburu Nilam " rungut Sang Gelem Baik Sakti. Panglima Harimau tahu tentang Sultan yang semakin gilakan anak perempuannya itu. Semenjak Nilam menggantikan nenek kebayan menghantar bunga ke istana Sultan itu. Dan semenjak Sultan itu kesepian kerana kematian permaisurinya.
"Nilam akan bersemuka dengan Sultan juga nnti. Tapi setelah Nilam berjaya menyelamatkan kanda Dewi. Nilam tidak akan lari lagi. Nilam janji, ibu" Balas Nilam. Hilang setiap kerut kerisauan di wajah Sang Gelem Baik Sakti. Ayahnya tersenyum sambil mengangguk tanda setuju.
"Adinda.... "Suara Puteri Mayang Mengurai mengejutkan Nur Nilam Sari. Serta merta ayah dan ibunya lenyap dari pandangan. Nur Nilam sari baru keluar dari kerajaan Mangku Di Bumi.
"Ye kanda.."Nilam bergegas keluar bangun mencapai sarung pedangnya lalu di sangkut ke bahu kirinya. Selendang putihnya terjulur di tiup angin mengena wajah Muhammad Abdullah.Pemuda itu turun dari Harimau Putih itu.

"Kenapa lambat sangat? adinda menunggang atau menari? " Puteri Mayang Mengurai menoleh ke belakang. Nur Nilam Sari tersenyum. Sememangnya dia lambat sebab jasadnya masih pada kedua ibubapanya di alam yang tersembunyi itu.

"Adinda dah habis laju tadi... tapi dia ni yang berat! Menyibuk! " Nur Nilam Sari menjeling Muhammad.

"Tuan Puteri jangan salahkan patik.. Tuan Puteri yang berangan !" Balas Muhammad. Pertengkaran mula berlaku.

"Hei, yg tuan hamba sibuk nak ikut beta kenapa?.... lelaki biadap! " Marah Nur Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Patik tidak biadap, tuan puteri. Kalau Patik biadap sudah lama patik peluk Tuan Puteri" Muhammad sengaja menyakat Nur Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai ketawa lucu.

" Berani Tuan Hamba berkata begitu. Peluk beta konon..... kalau berani marila peluk! " Nur Nilam Sari mencabar. Muhammad tercabar. Dia menarik puteri itu di lengan. Sepantas kilat Nur Nilam Sari memulas lengan sasa pemuda itu. Muhammad mengundurkan badannya. Nur Nilam Sari terhimpit ke sebuah pokok. Pemuda itu melangkah ke hadapan dan mengusung puteri itu sehingga tercampak ke tanah. Nur Nilam Sari terlentang di atas tanah. Dia di ketawakan.

"Permainan tuan hamba tidaklah sehebat mana.. "Bingkas Nur Nilam Sari bangun sambil menyapu punggungnya.

"Itu hanya bunga, tuan puteri. Belum langkahnya" Muhammad mengenyitkan mata. Nur Nilam Sari tersentak.

"Sudah.. sudah... apa langit dan bumi hanya untuk kalian berdua??? " Puteri Mayang Mengurai menghentikan pergaduhan mereka berdua. Dia bercekak pinggang di antara Nur Nilam Sari dan Muhammad. Kedua dua mereka memalingkan wajah mereka ke arah bertentangan.
"Baiklah... nampaknya duduk saja di sini. Biar Kanda yang pergi menyelamatkan Puteri Dewi" Puteri Mayang Mengurai melompat naik ke atas burung burak. Nur Nilam Sari terkejut.
"Kanda.. dinda ikut" Dia berlari melompat ke atas harimau putih miliknya. Muhammad turut serta berpaut di belakang Nur Nilam Sari. Mereka terbang menuju ke Pantai Puteri Dewi. Walau mereka dalam pergaduhan Muhammad mencuri pandang ke wajah Nur Nilam Sari. Dia tidak pasti kenapa dia berasa tenang melihat puteri itu. Dia agak gementar tapi berasa senang.

Burung Burak menjunam turun ke Pantai Puteri Dewi. Tempat puteri kedua itu hilang. Harimau Putih perlahan lahan mengikut di belakang. Deria bau Harimau Putih lebih peka dari burung burak. Nur Nilam Sari memberi isyarat tangan kepada Puteri Mayang Mengurai. Mereka berundur jauh dari pantai berpasir itu. Banyak pohon rendang di situ.Muhammad pun turun dari Harimau putih, diikuti oleh Nur Nilam Sari. Keadaan pantai itu agak suram. Tiada manusia yang menjadi penghuni lagi di situ sejak Puteri Raja Busu itu di culik iblis. Istana di atas bukit itu menjadi bangunan tinggal. Khabarnya Raja Busu mengikut Raja Amirullah pindah ke Tanah Rata Kampar. Puteri Mayang Mengurai pula anak Raja Amirullah. Tetapi setelah dia berkahwin dengan Panglima Kubus dan memakai baju kayangan ingatannya seperti telah dipadamkan.Nur Nilam Sari seorang Puteri yang cerdik. Dia tidak memakai baju kayangan kerana dia tidak mahu ingatannya pada orang tersayang lenyap.

Muhammad menarik tangan Nur Nilam Sari dari terus melangkah. Sewaktu puteri itu menoleh, Muhammad menunjukkan isyarat ke arah sebuah gua di hadapan mereka. Gua itu terlindung dengan rumpun akar kayu yang berjuntai di atasnya.
"Ada sesuatu yang kanda dengar " Bisik Puteri Mayang Mengurai.

"Apakah yang kanda dengar? " soal Nur Nilam Sari.

"Suara perempuan meminta tolong" Jawab Puteri Mayang Mengurai.

"Siapa? " Muhammad mencelah.

"Diamla, penyibuk! " Nur Nilam Sari asyik menunjukkan marahnya kepada Muhammad. Pemuda itu pun tidak faham mengapa?? Nur Nilam Sari seperti tidak menyukainya.

"Kanda akan masuk ke sana dengan melihat siapakah perempuan itu" Putus Puteri Mayang Mengurai.

"Tapi mungkin bahaya jika kanda pergi bersendirian" Nur Nilam Sari memegang bahu kakaknya. Dia risaukan kakak sulungnya itu.

"Dinda sudah lupa... bukankah kita mempunyai kelebihan meminjam jasad?" Puteri Mayang Mengurai tersenyum sambil memegang batu di tangannya.

"Maksudnya kanda ingin meggunakan jasad batu di dalam gua?" Nur Nilam Sari merenung tepat ke wajah kakaknya.

"Ya, tapi adinda perlu menjaga jasad sebenar kanda di sini. Kanda akan menyusup masuk ke dalam gua untuk melihat keadaan di dalam"

"Adinda risaukan kanda. Terlalu bahaya jika Iblis mendapat tahu" Rungut Nur Nilam Sari. Tetapi Puteri Sulung itu hanya tersenyum lantas memejamkan matanya.Kebolehannya adalah meminjam jasad batu sejak dari kecil. Malah tangannya juga mampu memanah syaitan sehingga mereka dikurung di dalam batu pejal.

Suasana gelap itu tiba tiba diselubungi dengan jeritan dan rintihan seorang perempuan. Puteri Mayang Mengurai berpindah dari satu batu ke satu batu di dalam gua itu.Dia ingin merapati suara rintihan itu.Ternyata perempuan itu adalah Puteri Dewi adiknya.
Mata Puteri Mayang Mengurai tertancap ke arah seekor makhluk bertanduk. Dan beberapa makhluk yang merangkak dan bertelinga panjang. Mereka tidak berjalan, sebaliknya melompat lompat dari satu tempat ke tempat yg lain. Di sudut gua itu terdapat seekor makhluk yang diikat di kaki dan tangan. Badannya besar dan kakinya pendek. Badannya berbulu nipis. Wajahnya berbalam balam.
Puteri Mayang Mengurai pantas kembali kepada jasadnya. Nur Nilam Sari lega melihat kakaknya membuka mata. Puteri Sulung itu agak kepenatan.
"Kita akan masuk ke dalam gua itu adinda. Tetapi setelah iblis keluar bersama sekutunya" ujar Puteri Mayang Mengurai.
"Kalau begitu kita terpaksa tunggu mereka pergi... tapi bila? " Muhammad mencelah lagi.

"Iblis dan sekutunya akan mendekati manusia bila matahari menjelma. Matahari dan air laut adalah kekuatan mereka. Kita tunggu esok pagi" Terang Nur Nilam Sari.

"Bagaiman adinda tahu? " Soal Puteri Mayang Mengurai. Sememangnya dia mendengar perbualan iblis tentang perkara itu. Mereka akan keluar waktu siang hari untuk menghasut dan menggoda manusia. Bila malam mereka sepatutnya boleh kembali ke alam ghaib, tetapi sejak peperangan dengan Kerajaan Awan Larat, iblis tidak dapat kembali ke alam itu. Pohon yang di tanam Puteri Bongsu di atas awan tempur menghalang mereka untuk mencuri berita dari langit. Mereka terpaksa hidup sekelompok dengan manusia. Tapi jasad mereka tidak sekuat manusia. Bila malam mereka mencari air lautan dan kegelapan untuk menyempurnakan jasad mereka yang terkutuk apabila matahari mula tenggelam. Hanya air lautan dapat. memperbaiki semula jasad mereka. Adakala mereka meminjam jasad manusia yang telah mati untuk Sementara waktu. Nur Nilam Sari Terus tersenyum.

"Kita akan menunggu malam Tiba.. " Ujar Nur Nilam Sari penuh yakin. Muhammad dan Puteri Mayang Mengurai mengangguk.

Malam itu selepas Iblis dan sekutunya telah pergi meninggalkan gua berbatu di pinggir pantai itu, mereka menyusup masuk ke dalam gua itu. Keadaan gua itu sungguh gelap dan menyeramkan. Tetapi kegelapan dan suasana yang menyeramkan itu telah biasa bagi Puteri Mayang Mengurai dan Nur Nilam Sari.
Di atas batu yang tinggi dan leper kedengaran suara perempuan mengerang kesakitan. Mata mereka manangkap sekujur tubuh yang terlantar kesakitan. Darah di merata rata tempat. Nur Nilam Sari merapati Puteri Dewi. Puteri Dewi berlumuran darah dan badannya berbau hanyir. Tubuhnya dikelar disana sini.

"Astaghafirullahhalazim!! " Ucap Muhammad melihat keadaan Puteri Dewi. Mereka cuba membangunkan Puteri Dewi, tetapi tubuh puteri itu sudah melekat di batu.

"Kanda, kita perlu lari segera"Bisik Nur Nilam Sari mengejutkan Puteri Dewi.

"Ya Dewi, hamba datang hendak membawa Puteri pulang" Sambung Muhammad. Puteri Dewi sudah tidak mampu berkata kata. Badannya betul betul lemah. Puteri Mayang Mengurai masih menjelajah ruangan gua itu.Dia terkejut mendapati seekor makhluk terikat di gua itu. Tali yang mengikat kedua tangan makhluk itu cuma tali yang halus. Tetapi makhluk itu tidak berjaya melepaskan diri. Puteri Mayang Mengurai berasa sungguh hairan dengan tali sekecil itu, makhluk yang kelihatan ganas dan besar itu tidak dapat melepaskan diri.

"Kau siapa" Soal Puteri Mayang Sari mengacukan pedang ke leher makhluk berkaki pendek dan berbadan besar itu.

"Haha... Akulah Adulha mata Aduka" Tawanya sambil merenung tajam ke wajah Puteri Mayang Mengurai.

"Mata Aduka????? " Muhammad bangun mendekati Adulha. Adulha yang diikat itu berhenti ketawa. Wajahnya cemas melihat Muhammad.

"Tolong... tolong... jangan hampiri aku wahai pemuda" Adulha menundukkan wajah. Nur Nilam Sari menahan Muhammad dari mendekati Adulha.

"Ia satu kuasa tarikan yang kuat, Beta dapat rasakan" bisik Nur Nilam Sari sambil merenung Muhammad. Mereka saling berpandangan.

"Tarikan? hamba tidak lakukan apa apa, Tuan Puteri" Jawab Muhammad.

"Bukan... diri tuan hamba. Ada tarikan terhadap Adulha" Jawab Nur Nilam Sari.

"Kalau begitu kita perlu selamatkan Puteri Dewi dengan segera! " Puteri Mayang Sari menerpa kearah Puteri Dewi. Mereka cuba membangunkan Puteri Dewi, tetapi batu itu seperti menarik Puteri Dewi. Mereka tidak dapat melepaskan ikatan itu.

"Kanda, adinda rasa ada yang memerhatikan kita" ujar Nur Nilam Sari cemas.

"Haha... aku adalah Adulha. mata Aduka! " Jerit Adulha sekuat hati.

"Cis!!! sungguh bising makhluk ini! " Muhammad bangun menerpa ke arah Adulha. Nur Nilam Sari tidak sempat menahan. Tiba tiba, satu cahaya merah muncul dari mata Adulha. Muhammad terkejut. Cahaya merah itu tersembur keluar seperti bara api yang meniti di atas besi panjang tepat ke arah dada Muhammad. Nur Nilam Sari melompat terbang ke atas cahaya merah itu. Dia terpaksa menendang bahu Muhammad suoaya pemuda itu tersungkur. Cahaya merah itu mengena dinding gua itu. Nur Nilam Sari pantas melepaskan anak panahnya ke dinding gua itu. Seketika dinding gua itu bertukar menjadi cermin kaca. Cahaya merah itu berpatah balik mengena mata Adulha. Sebelah mata Adulha terbakar. Makhluk itu mengerang kesakitan. Cahaya yg mengena cermin di dinding gua itu membias terang ke seluruh gua batu itu.

Mereka bertiga menarik Puteri Dewi yang sudah terlerai dari ikatan batu itu. Sebelum Nur Nilam Sari membawa kakak kakaknya dan Muhammad dari situ, mereka dapat melihat seluruh gua batu itu telah bertukar menjadi emas dan intan berlian. Darah hijau Adulha tersembur menjadi zamrud permata. Nur Nilam Sari menutup diri mereka dan menghilang ke luar gua.

"Kita x boleh lama di sini. Ayuh bawa kanda Dewi ke tempat ayahanda" Ujar Nur Nilam Sari pada Puteri Mayang Mengurai.

"Adinda bagaimana? " Soal Puteri Mayang Mengurai.

"Adinda akan kembali ke Gunung Ledang. Kanda usahlah risau. Dengan cara ini Iblis tidak dapat mengesan kita" Ujar Nur Nilam Sari.

"Baiklah, kanda akan pergi dengan Buring burak, tapi Muhammad akan temani adinda di sini" Puteri Mayang Mengurai bersetuju. Muhammad mengangguk tanda setuju. Hatinya juga sudah mula terpaut pada Nur Nilam Sari.

Mereka memandang pemergian kakaknya naik ke pintu kayangan. Nur Nilam Sari dapat rasakan mata Aduka sedang memburu dirinya. Walau mata itu telah menjadi satu, tapi mata itu semakin tajam merenung dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience