Raja Petir tidak pernah berhenti memburu iblis. Setiap kali perlawanan Raja Petir dan Iblis, pasti iblis hangus terbakar dipanah halilintar Raja Petir. Walau Iblis telah mati, tetapi apabila matahari muncul di ufuk timur iblis kembali hidup semula. Kematian iblis di tangguhkan Allah swt. Tetapi Raja Petir tidak pernah putus asa dan terus menjalankan amanahnya. Sungguhpun iblis kalah dalam pertarungan dengan Raja Petir, tetapi iblis akan sentiasa menambah bala tenteranya. Bilangan Syaitan semakin bertambah. Oleh itu banyak kawasan di tengah lautan airnya menjadi hitam kerana kekuasaan iblis dan syaitan. Adakala, iblis akan menghantar syaitan ke pinggir pinggir pantai menganggu dan membinasakan manusia.
"Beta dapat merasakan banyak kawasan laut yang telah menjadi laut hitam. Ini adalah tempat kekuasaan bala tentera iblis" ujar Raja Petir meluahkan kebimbangannya kepada Panglima Awan Kubus.
"Benar Tuanku, banyak juga bala tentera kita yang terkorban sewaktu menyedut air dari sungai" Pahlawan Kubus menggeleng gelengkan kepalanya.
"Mengapakah itu terjadi,Panglima?"
"Kerana syaitan menyamar menjadi air sungai, Tuanku. Apabila mereka sampai di awan, habis bala tentera kita di bunuh syaitan. Mereka menukarkan awan awan yang dicerobohi itu menjadi asap hitam, lalu berkecai diudara seperti habuk yang bertaburan" terang panglima kubus.
"Jika serangan syaitan dengan cara yang halus ini, kita harus berhati hati. Beta tidak mahu mereka memusnahkan Awan Kerajaan Beta lagi"
"Tentera kita sukar untuk mengesan syaitan yang masuk ke dalam air sungai ekoran air sungai di bumi semakin keruh dan kotor"Rungut Panglima Kubus lagi.
"Demi keselamatan tentera kita, beta arahkan pengumpulan awan untuk menyedut air di bumi dengan hanya di pergunungan.Keadaan di situ lebih selamat berbanding di sungai sungai" ujar Raja Petir.
"Tetapi dari kawasan pergunungan untuk di bawa ke tengah lautan memerlukan masa yang lama, Tuanku. Tidak banyak pergunungan yang hampir dengan lautan"Ujar Panglima Kubus.
"Kita terpaksa melakukannya walau jauh sekalipun. Jika di lautan kita tidak dapat memburu iblis, di daratan juga kita perlu memburu iblis.Percayalah Allah sentiasa bersama kita"
"Benar Tuanku, tapi kapal semakin banyak di lautan. Mereka menganggu pemburuan kita. Mereka memecah tradisi kita. Iblis dan syaitan berdamping dan menghampiri manusia kerana manusia tidak dapat melihat mereka. Kita tidak dapat menembak petir pada manusia, jadi iblis dan syaitan mengambil kesempatan itu" Terang Panglima Kubus. Raja Petir telah dapat mengagak keadaan itu sewaktu baginda mula mula melihat kapal yang manusia bina berlayar di lautan. Manusia melalui dan menceroboh tempat tinggal iblis dan syaitan yang berkembang biak seperti manusia. Malah semakin banyak syaitan merangkak memasuki kapal kapal manusia dan hidup bersama manusia. Andai manusia dapat melihat kewujudan mereka pasti manusia hidup dalam ketakutan kerana bilangan mereka 9 dari 1 manusia. Raja Petir termanggu menatap lautan yang luas terbentang. Tempat baginda bermain kilat, tempat baginda memanah petir dan tempat baginda membelah halilintar.
Iblis pula cuba mencari jalan dari diburu oleh Raja Petir. Jadi Iblis sering mencuri dengar berita dari langit. Tetapi si iblis jarang dapat naik tinggi kerana Raja Petir pasti dapat memburu kedudukan mereka. Walau si iblis mati berkali kali di panah petir, tapi makhluk itu akan hidup semula dengan angkuhnya. Makhluk itu merancang untuk membinasakan manusia kerana dendam lama terhadap manusia.
Dendam kerana perlu sujud kepada Adam a. s yang diciptakan daripada tanah. Selagi tidak dapat memusnahkan dan menyesatkan seluruh manusia, Iblis tetap menyimpul dendam kesumat. Itulah sifat yang dilaknat dan dikeji Allah swt. Si iblis terus merancang bersama sekutunya syaitan bertelinga panjang dan bermulut keldai membisik dan menghembus ke rongga rongga manusia sehingga mereka lalai dan malas. Raja Petir telah lama tahu perancangan iblis yang akan bangkit melawan dirinya. Tujuan iblis adalah meruntuhkan kerajaan Awan Larat sehingga bersepai menjadi debu. Lalu tiada lagi pemburu dan penembak mereka. Jika iblis tidak lagi mati ditembak berkali kali, kuasanya akan bertambah selagi matahari memancarkan sinaran cahaya apinya. Si iblis telah dilaknat Allah swt dari syurga. Kejadiannya dari api ditarik semula Allah swt sehingga iblis dibuang ke bumi dengan jasad yang dingin kebekuan dan iblis jatuh ke tengah lautan. Seluruh kuasanya ditarik Allah swt. Iblis bergantung hidup hanya kepada matahari untuk membuat jasadnya kuat semula. Tetapi Allah swt telah ciptakan petir dan awan untuk memerangi iblis agar niat dan cita cita iblis terhalang dan tidak tercapai. Tetapi Raja Petir sudah dapat merasakan tugasnya untuk bertempur dgn iblis adakala terhalang ekoran manusia semakin maju dan membangun. Kepadatan hidup manusia akan bermula dengan hebatnya.. dan kepayahan tugas Raja Petir mula tergambar satu masa kelak. Kerajaan Awan Larat akan runtuh sekiranya iblis dan syaitan dapat naik ke pintu langit kerajaan Awan Larat. Pertempuran akan mula berlaku sekiranya banyak awan akan berkecai seperti debu. Langit biru akan ditembusi iblis yang akan semakin besar dan berkuasa apabila menyerap kepanasan matahari di ufuk timur. Tanpa panahan halilintar, iblis akan jadi terus kuat dan besar sehingga tanduknya bisa separas matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Andai tiada lagi kematian iblis yang berkali kali dipanah Raja Petir, makhluk yang dilaknat Allah itu akan menjadi besar dan kuat. Raja Petir teringat warisnya di bumi. Andai kerajaan Awan Larat runtuh satu masa nanti, baginda tidak akan risau lagi kerana warisnya akan mampu bertempur dengan iblis dan syaitan di bumi. Demi Allah, amanah yang dipikul Raja Petir akan disandang hingga akhir nafasnya.
Share this novel