HARUM MEWANGI JASADMU

Fantasy Completed 3984

Akhirnya Muhammad memacu Harimau putih menuju kerajaan Awan Larat. Nur Nilam Sari semakin lemah dan tersandar di bahu belakangnya. Muhammad mencapai selendang puteri itu lalu mengikat kemas di pinggang puteri itu dan pinggangnya.
Setibanya di Kerajaan Awan Larat, penduduknya gempar dengan berita Nur Nilam Sari, puteri bongsu kerajaan itu yang terkulai lemah diusung seorang pemuda tampan.
"Apakah yang berlaku, Muhammad? " Puteri Mayang mengurai dan Panglima Kubus berkejaran ke balairong seri Istana kayangan.
"Tuan puteri, maafkan patik" Muhammad menyusun sepuluh jarinya tunduk. Puteri Mayang Mengurai terkejut melihat adiknya kaku di atas lantai istana itu. Wajahnya membiru, sama seperti apa yang berlaku pada Puteri Dewi sebelum ini.
"Apa yang terjadi pada adinda... "Puteri Mayang Mengurai mula teresak mengampu kepala Puteri Bongsu.
"Pertarungan berlaku antara kami dan Sultan. Semua kerana janji yang diberikan enam pengiring puteri bongsu itu" cerita Muhammad.
"Tapi.... "Puteri Mayang Mengurai mendongak melihat Muhammad. "Wajah adinda Nur Nilam Sari menjadi biru. Sama seperti puteri Dewi" sambung Puteri Mayang Mengurai.Muhammad baru teringat akan kata kata Nur Nilam Sari.
"Patik baru teringat, tuan puteri. Selepas pertarungan dengan Sultan, Nur Nilam Sari ada memberitahu tentang Aduka. Ia bersama Sultan ketika ini" Jelas Muhammad.
"Jadi benarlah ini angkara iblis tu... " Panglima kubus menyampuk.Puteri Mayang Mengurai meletakkan jari telunjuknya di bibir. Dia takut Raja Petir mendengar. Nanti akan bertambah murka ayahandanya. Cukuplah kisah Dendam Kematian Puteri Dewi telah membawa ribut bencana di bumi sehingga pantai tempat puteri dewi diserang iblis terpecah menjadi pulau pulau kecil angkara peperangan langit dan bumi iaitu Raja petir dan Iblis. Kali ini Puteri Mayang Mengurai tidak dapat membayangkan apa akan jadi pula.
"Di mana Puteri bongsu??!!!!! " Suara garau itu mengejutkan Puteri Mayang Mengurai. Raja Petir bercekak pinggang di belakang mereka. Bila Raja Petir muncul pun mereka tidak sedar.
"Ayahanda.... adinda puteri tidak sedarkan diri" suara Puteri Mayang Mengurai tersekat sekat. Nafasnya sedikit lelah tersekat sekat. Bukan kerana penat tetapi ketakutan.
"Wahai orang muda, mengapakah Puteri Bongsu dalan keaadan begini? Apakah yang berlaku sewaktu kalian di bumi?? " Soal raja Petir. Muhammad terpinga pinga buntu dan serba salah untuk menjawab. Puteri Mayang Mengurai memberi isyarat sambil menggelengkan kepalanya dari belakang Raja Petir.
"Ehem.. ehemm.. patik kurang periksa, tuanku" Muhammad menjawab tergagap.
Tiba tiba deruan angin deras menerpa wajah mereka. Qi Sapu Angin muncul di sisi Puteri Bongsu.
"Sudah tok katakan dahulu, dunia manusia penuh cabarannya... ia tidak lurus seperti dunia kita" Qi Sapu Angin berkata sambil menjeling Raja Petir.
"Tok, janganlah mengungkit kisah lama. Beta cuma ingin pewaris beta kekal di dunia ini memerangi ibllis dan syaitan. Bukan sahaja memburu dari langit, tetapi dari bumi juga... " jawab Raja Petir. Qi Sapu Angin tersenyum.
"Tok dah katakan dahulu, bila warismu di dunia manusia, mereka bukan sahaja perlu memerangi syaitan dan iblis, tetapi melalui ujian dari Allah kerana Dia tuhan yang berkuasa"Ujat Qi Sapu Angin mengusap janggutnya. Dia memeriksa Puteri Bongsu Raja Petir itu.
"Tok, kenapa dengan anakanda beta? Wajahnya jadi biru" Soal Raja Petir cemas bila dia melihat kulit Puteri Bongsunya itu bertukar menjadi biru lebam.
"Jasadnya telah dikuasai iblis. Ia terjadi dari ibunya di bumi, Sang Gelem Baik Sakti" Jawab Qi Sapu Angin.
"Apa maksud Tok? " Puteri Mayang Mengurai menyoal pula.
"Sewaktu kita menghantar kembaran roh puteri bongsu ke rahim Sang Gelem Baik Sakti, darah Sang Gelem Baik Sakti dalam gangguan iblis. Si iblis itu meletakkan sesuatu pada darah Sang Gelem Baik Sakti sehingga darah Itu membentuk seorang bayi selepas perkahwinan dengan Panglima Harimau Putih. Bayi itu adalah Nur Nilam Sari, Jawab Qi Sapu Angin.

"Sang Gelem Baik Sakti adalah keturunan seorang ulama bijak pandai.Datuknya adalah ulama yang mempunyai tingkat ilmu ketuhanan yang sangat tinggi kerana ketauhidan beliau. Ilmunya dan kepandaiannya menyebabkan iblis ingin memusnahkan keturunannya itu.Bukan kerana ilmu itu dapat diwarisi dalam keturunan, tetapi kerana darah keturunan ulama ini satu satunya yang mempunyai kebolehan semulajadi dan kebijaksanaan menggunakan akal fikiran" Terang Qi Sapu Angin lagi.
"Maksudnya kebolehan semulajadi itu dikurniakan Allah pada seseorang?? " Muhammad bertanya tiba tiba. Raja petir merenung pemuda di hadapannya itu.
"Ya wahai pemuda. Hanya Dia yang dapat mengurniakan apa yang dikehendaki kepada makhluknya, termasuk kami yang berada di hadapanmu ini wahai anak muda"Jawab Qi Sapu Angin.
"Kalau begitu kenapa dengan anakanda beta ini, Tok? "Raja petir hilang sabar. Baginda memeriksa kulit Puteri Bongsunya itu yang semakin membiru. Wajah Puteri Bongsu menjadi gelap dengan uratnya timbul kemerahan.Puteri Mayang Mengurai teresak esak dalam pelukan Permaisuri Guruh yang memangku kepala Puteri Bongsunya itu.
"Masa sudah hampir tiba, Tok boleh bantu. Tapi Tok tidak menjamin Tok mampu datang ke kayangan ini lagi. Selepas Tok pindahkan Puteri Bongsu ke bumi, dia akan selamat... tetapi dengan syarat Raja Petir dan seluruh kayangan ini tidak boleh mencari Puteri Bongsu lagi. Dia akan hidup di kalangan manusia di bumi. Sanggupkah kalian di kayangan ini menerimanya? "ujar Qi Sapu Angin.
"Apa? beta tidak boleh mencari anak beta? Tapi kenapa? Dia satu satunya waris beta! " Raja Petir meninggikan suara. Seisi rakyat dan tentera kerajaan Awan Larat menjengah di lorong lorong istana melihat kejadian itu. Mereka berbisik bisik sesama mereka sambil menggelengkan kepala.
"Benar. Dia memang waris Raja Petir. Tetapi selepas hari ini dia cuma mewarisi kebolehan seorang puteri kayangan.Bukan lagi darah dan jasad dari kayangan. Seluruh darah dan jasadnya telah iblis musnahkan. Ia akan menjadi debu selamanya.Hanya tinggal haruman daro kayangan untuk Puteri Bongsu... "Qi Sapu Angin mengusap janggutnya. Dia sebenarnya sangat sayangkan puteri bongsu sebagai anak muridnya.
"Tapi kalau beta bersetuju, bagaimana dengan Tok? " Raja Petir mengerutkan dahinya. Dia risau terjadi sesuatu kepada Qi Sapu Angin, guru tuanya.
"Wahai sekalian di kayangan..... andai tok tidak di sini lagi bersama kalian, tok bersama puteri bongsu di bumi. Tok bukanlah lagi angin yang bebas dan besar. Tetapi tok mungkin si kunang kunang bercahaya hijau. Menerangi denai hutan dan sungai di bumi. Janganlah cari tok lagi kerana guru tua ini akan pergi menamatkan ilmu diri" Perlahan suara Qi Sapu Angin. Raja Petir terkejut. Seluruh makhluk di kayangan terkejut. Mereka mulai berasa sedih.
"Tok, maafkan beta... "Raja Petir memeluk Qi Sapu Angin.
"Tugas seorang guru tua sememangnya membakar diri seperti sumbu pelita.... "ucap Qi sapu Angin tenang.

"Jika tok Si kunang kunang hijau... apakah pula puteri bongsu akan jadi?? " Permaisuri menangis terus memeluk Puteri Bongsunya. Suasana menjadi sangat pilu.

"Tok cuma boleh katakan, Puteri Bongsu akan hidup dalam keluarga yang berpecah belah serta dalam kegilaan. Namun kebolehannya sangat tinggi jika dia dapat memiliki ilmu ketuhanan yang satu itu.Dan dia juga tidaklah secantik dirinya yang asal ini, kerana kecantikan dirinya hanya pada dalaman hatinya, bukan pada jasadnya lagi" terang Qi Sapu Angin. Raja Petir menitiskan air matanya melihat puterinya iti buat kali terakhir.
"Beta ingin sekali melihat puteri beta lagi, tok... "ujar Raja Petir. Permaisuri Guruh dan Puteri Mayang Mengurai menangis kesedihan memeluk Puteri Bongsu kerana itulah kali terakhir mereka melihat Puteri kesayangan mereka. Muhammad menyembunyikan diri di sebalik tiang istana. Tanpa sesiapa tahu air mata lelakinya gugur satu persatu. "Patik akan mencari Puteri Bongsu sepanjang hayat patik dan membalas perbuatan iblis oni terhadap puteri yang patik cintai"Bisik Muhammad di dalam hati sambil menggenggam selendang milik Nur Nilam Sari. Harum Mewangi selendang itu menusuk hidungnya.
"Masanya telah tiba... "Qi Sapu angin bersuara tiba tiba. Muhammad berlari merapati Raja petir dan keluarga kayangan itu.Dia melihat kaki dan betis Nur Nilam Sari sudah tiada. Jasad Nur Nilam Sari hanya tinggal separuh. Angin kuat mula memutar di sekeliling mereka menumpu ke arah tongkat Qi Sapu Angin. Guru Tua itu kelihatan mengerutkan wajahnya tanda menahan kekuasaan yang menyerangnya dan Puteri Bongsu. Raja Petir dan keluarganya berundur ke belakang menjauh dari pusaran angin deras itu. Muhammad melihat angin besar itu mengurung Qi Sapu Angin dan Nur Nilam Sari. Jasad puteri itu telah berkecai hancur menjadi debu. Pakaian Puteri Bongsu jatuh ke tangan Muhammad. Pemuda itu bertambah pilu. Dia tidak dapat menahan diri lagi. Pantas dia menunggang harimau putih memacu kenderaan milik puteri bongsu itu ke dalam angin deras itu. Raja petir terkejut. Namun dia tidak sempat menghalang pemuda yang bersama puteri bongsunya itu. Mungkin kerana cinta... bisik hatinya perlahan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience