BERMULANYA PERANG LANGIT

Fantasy Completed 3984

Raja Petir sangat berang dengan perbuatan Iblis. Makhluk itu merasuk Puteri Dewi dan membawa anaknya itu lari ke daratan. Itulah tujuan sebenar iblis untuk naik ke daratan selama ini. Tetapi kerana jasadnya tidak mampu bertahan di daratan Iblis terus bersarang dilautan bersama syaitan. Tetapi kini mereka mula merancang untuk melawan Raja Petir. Iblis telah menggunakan jasad Puteri Dewi. Malah Syaitan mampu menyerupai Puteri Mayang Mengurai. Raja Petir sangat marah.

Iblis yang memukau pandangan Raja Petir ketika marah membuat Permaisuri Guruh memangkas dengan dentuman teras bumi.

"Hentikan kemarahan kanda.... apakah kanda sudah lupa, kita di latih untuk terus menahan marah supaya mata kita tidak dipukau iblis dan telinga kita tidak dihembus bisikan syaitan!" Marah Permaisuri Guruh. Raja Petir baru tersedar yang rona matanya semakin merah. Pelahan lahan baginda beristighafar dan mencelupkan tangannya ke dalam kolam pancur Istana Awan Larat itu.

"Berani sungguh si pendurhaka itu menculik anakanda beta. Beta tidak akan lepaskan si pendurhaka itu"bentak Raja Petir.

"Perang akan bermula ayahanda, Mayang tidak akan melepaskan Iblis dan syaitan yang memperlakukan Adinda Dewi"Celah Puteri Mayang Mengurai. Raja Petir menoleh ke arah Puteri Mayang Mengurai.

"Tapi anakanda tidak dibenarkan lagi keluar berperang..... jika tidak tentera kita akan keliru dengan penyamaran anakanda"Permaisuri Guruh membantah.

"Benar Mayang... sebaiknya adinda berehat sahaja di dalam istana"Pujuk Panglima Kubus.

"Bagaimanakah jiwa ini ingin berdiam diri sedangkan hati ini penuh dengan darah kepahlawanan"Ujar Puteri Mayang Mengurai sayu.

"Janganlah anakanda khuatir. Ayahanda dan bonda akan menyelesaikannya. Jika anakanda menyembunyikan diri tentu syaitan tidak dapat membuat ayahanda dan tentera kita keliru" Pujuk Raja Petir kepada Mayang Mengurai. Puteri Mayang Mengurai rasa sungguh terkilan. Tetapi dia terpaksa menurut perintah ayahandanya.

"Kalau begitu kata kanda, Puteri Mayang Mengurai akan adinda hantar ke tempat ayahanda adinda, Kerajaan Mangku di Bumi" Putus Permaisuri Guruh. Raja Petir dan Panglima Kubus mengangguk setuju.

Kerajaan Mangku Di Bumi juga sudah heboh mendapat berita kehilangan waris ke dua Kerajaan Awan Larat. Malah berita itu tembus ke seluruh alam ghaib. Banyak Pahlawan dari Alam Ghaib memunculkan diri untuk membantu Raja Petir. Cerita itu ibarat Api di dalam sekam. Banyak Pahlawan di alam ghaib yang sememangnya berdendam dengan Iblis muncul untuk membantu Kerajaan Awan Larat. Mereka meminta Raja Petir mengistiharkan perang Langit terhadap Iblis dan syaitan.

Keriuhan di pintu Istana Kerajaan Awan Larat terhenti apabila segerombolan angin menggoncang awan itu ke kiri dan ke kanan sehingga mereka terhuyung hayang. Masing masing terduduk melukut di depan pintu istana itu.

"Hahaha.... "kuat ketawa Qi Sapu Angin sambil berdiri di hadapan mereka. Di sebelahnya seorang gadis bermata jeli dan bermulut mungil. Gadis itu tersenyum sambil menutup mulutnya. Ke semua Pahlawan alam ghaib itu tergesa gesa bangun menunjukkan kegagahan mereka. Sedikit rasa malu pada gadis itu membuat mereka berdehem dehem.

"Oh Tuan Qi Sapu Angin. Ingatkan siapakah gerangannya tadi" Gaharu Safar membetulkan misainya. Dia adalah pahlawan sumpit angin dari Kerajaan Dayak Hutan.

"Kenapa kalian semua berkumpul di sini? "Soal Qi Sapu Angin.

"Kami dengar Puteri ke dua Raja Petir diculik Iblis. Kami datang untuk membantu Raja Petir" Terang Gaharu Safar.

"Kalau begitu masukla ke dalam, kenapa kalian berkumpul di sini? "Qi sapu Angin menggeleng gelengkan kepalanya.Mereka semua menerpa masuk ke dalam Istana Kerajaan Awan Larat. Sewaktu tiba di singgahsana Raja Petir, tiada sesiapa di situ. Qi Sapu Angin mencari Raja Petir di sekeliling Istana. Dia hanya bertemu dengan beberapa hulubalang Istana sahaja. Rupanya Raja Petir dan Permaisuri Guruh sedang mempersiapkan bala tentera Kerajaan Awan Larat untuk menyerang Iblis dan Syaitan. Kali ini mereka akan membuat serangan ke daratan dan kepulauan. Iblis dan syaitan sudah tidak mendiami lautan lagi. Qi Sapu Angin sangat risau dengan perkhabaran dan cerita dari hulubalang istana itu. Dia mengambil keputusan untuk mencari Raja Petir dan Permaisuri Guruh di tengah medan pertempuran langit biru itu.

"Ayuh, kita perlu segera ke Awan Kecutan Hitam kepunyaan Raja Petir. Mereka akan membuat pertempuran di daratan dan kepulauan" Ujar Qi Sapu Angin. Gaharu Safar dan pahlawan lain saling berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka mengikut Qi Sapu Angin dan gadis itu terbang ke tempat Raja Petir.
Setibanya di situ, mereka semua sangat takjub melihat kelengkapan Raja Petir dan bala tenteranya. Susunan awan mereka bercantum sehingga beratus ratus ribu dalam satu barisan kiri dan kanan Raja Petir. Barisan hadapan juga sudah beratus ratus ribu, di ikuti dengan berpuluh puluh baris ke belakang Raja Petir. Mereka duduk dalam barisan awan yang sangat besar dan tebal. Permaisuri Guruh berada pada kedudukan di bawah awan Raja Petir. Awan Permaisuri Guruh agak berlainan kerana di tengah awannya mempunyai lubang tembus ke teras bumi.

Raja Petir baru perasan akan kehadiran Qi Sapu Angin.

"Kenapa Tok berada di sini? " Soal Raja Petir memandang tepat ke wajah seorang puteri di sebelah Bekas Tok Gurunya itu.

"Tok hanya ingin menyerahkan Puteri Nur Nilam Sari. Dia sedang diburu oleh seorang Sultan dari bumi manusia"Jawab Qi Sapu Angin. Raja Petir memandang tepat ke arah Nur Nilam Sari. Gadis itu cuma tersenyum melihat Raja Petir. Dia sebenarnya tidak tahu siapakah Raja Petir Itu. Wajahnya sebelah hitam dan sebelah berwarna perak. Kulit badannya merah habang dan dia berbaju perak yang bersinar sinar. Mahkotanya tajam seperti tombak hulubalang istana serta bercantum dengan satu batu di atas dahinya. Batu itu berwarna merah delima.

"Ini adalah Puteri Bongsu beta, Tok. Sungguh beta tidak menyangka sejauh ini Tok datangkan dia kepada beta"Ujar Raja Petir memeluk anaknya. Nur Nilam Sari terpinga pinga. Dia tidak faham.

"Nur Nilam Sari tidak boleh ikut dalam perang ini, Tok. Lebih baik dia pulang ke Istana Awan Pelangi untuk mendapatkan baju kayangan puteri bongsu. Setelah dia memakai baju itu ingatannya akan pulih semula"Terang Permaisuri Guruh memeluk Nur Nilam Sari.

"Benarkan anak Tuanku berdua telah diculik Iblis? "Gaharu Safar yang sejak tadi mendiamkan diri terus bertanya.

"Benar. Jasad Puteri Dewi telah di kuasai Iblis. Beta mesti menyelamatkan anak beta"Tegas Raja Petir mengangguk angguk pada Gaharu Safar.

"Petir, Tok lupa memberitahu tentang perkara ini sebelum dirimu memutuskan untuk mendapatkan waris dari jasad manusia. Khalifah tertinggi ciptaan Allah " Qi Sapu Angin bersuara. Dia kesal akan kelalaiannya itu. Kasihan Raja Petir dan Permaisuri Guruh.

"Sebenarnya jika warismu dari jasad manusia, mereka terdedah pada syaitan yang mampu menyamarkan diri mereka menjadi jasad manusia itu. Atau merasuk manusia itu sendiri. Dalam dunia manusia. hanya satu orang yang mereka tidak mampu menyamar... dia adalah Nabi Muhammad s. a. w. Seorang manusia teragung yang di angkat Allah menjadi kekasihNya"Terang Qi Sapu Angin.

"Kalau begitu, apa yang harus dilakukan Tok? Mereka puteriku serta warisku. Sudah pasti mereka perlu diselamatkan" Raja Petir memandang Qi Sapu Angin.

"Tok tidak pernah mendalami ilmu mengubati dan memulihkan. Selama kehidupan Tok sepanjang Allah menciptakan bumi ini, kaum kita hanya mengetahui apa yang sememangnya Allah ciptakan ke atas kita. Tapi kita tidak seperti Adam dan Hawa iaitu dipanggil manusia. Kita tahu apa yang Allah telah beritahu pada kita sahaja.... tetapi Adam dan Hawa iaitu manusia akan mempelajari dari apa yang mereka ketahui... malah mereka ciptaan paling sempurna. Mungkin Nur Nilam Sari mampu menjawab soalan Itu" Balas Qi Sapu Angin. Raja memandang Nur Nilam Sari. Dialah manusia biasa yang di lahirkan oleh seorang manusia biasa, walau ayahandanya bukan manusia biasa. Campuran itu tidak menunjukkan Nur Nilam Sari seperti mereka, tetapi wajahnya lebih polos dan sememangnya hanya manusia biasa.Tangannya mulus putih bersih. Matanya kuyu bercahaya jeli gelap dan dia agak istimewa dari dua kakaknya kerana dia bertudung litup. Raja Petir tidak dapat melihat rambut anaknya itu.
"Siapakah Raja Petir ini, Tok" soal Nur Nilam Sari memandang Raja Petir dan Permaisuri Guruh.
"Dia perlukan baju kayangan itu, kanda" bisik Permaisuri Guruh kepada Raja Petir.

"Tidak, Tuanku... "Nur Nilam Sari menjunjung tangannya. "Beritahu sahaja patik, siapa Tuanku berdua dan semua di sini. Mengapa patik di bawa ke sini Tok? " Pinta Nur Nilam Sari. Matanya yang bersinar lembut itu membuat yang di situ merasa kasihan kepada gadis naif itu. Gadis itu tidak tahu asal usulnya. Mereka sungguh belas sehingga semua bala tentera Raja Petir duduk melukut di atas awan mereka.

"Cukuplah... manusia bukan untuk di sembah. Tetapi untuk saling mengasihi. Patik tidak mahu mereka melukut di tepian awan itu kerana patik.... "Suara Nur Nilam Sari perlahan.

"Baiklah anakanda. Wahai sekalian tentera, bangun segera" jerit Raja Petir. Suaranya mengegar langit itu. Seluruh bala tenteranya bangun menjunjung perintah.

"Anakanda, beta adalah ayahmu. Permaisuri Guruh adalah bondamu. Kami telah menghantar anakanda ke dunia manusia kerana beta ingin mendapatkan waris yang mampu berperang dengan musuh kami dalam 2 alam" Terang Raja Petir.
"Maksud 2 alam ialah... "Nur Nilam Sari teringat peristiwa yang dialaminya ketika berada di air terjun. Dia mula memahami satu persatu kejadian pelik dalam hidupnya sehingga dia mampu terbang bersama Qi Sapu Angin.
"Patik faham kini. Kalau benar Tuanku dan Permaisuri adalah ayah dan bonda patik.... mengapa rasa di dada ini sungguh lain... Patik terasa sungguh jauh dan tidak mesra"Nur Nilam Sari menjawab jujur. Raja Petir dan Permaisuri Guruh ketawa.
"Kerana bukan bonda yang melahirkan anakanda. Sebelum ini anakanda tidak berjasad begini. Anakanda hanyalah "bayangan" dari sinar bulan. Tidak dapat di sentuh dan di pegang seperti kami. Hanya dapat di rasa dan di bau sahaja. Tapi setelah anakanda dilahirkan oleh manusia biasa, ia telah bergabung dengan jasad manusia itu. Jadi anakanda lebih jelas dilihat" Permaisuri Guruh tersenyum sambil memeluk anaknya. Nur Nilam Sari kini faham maksud itu. Sewaktu Permaisuri Guruh memeluk tubuhnya, tangannya mengeluarkan satu tenaga yang memancarkan sinar biru di sekeliling kawasan itu. Sinar cahaya biru itu kemudian menompok awan tebal beratus ribu bilangannya. Mereka yang berada di situ amat terkejut. Raja Petir memandang Puteri Bongsunya itu dengan penuh yakin.

"Ayuh, kita akan berjuang menyelamatkan Puteri Dewi" Dia menepuk bahu Nur Nilam Sari. Gadis itu tersenyum dan mengangguk.

"Perang Langit akan bermula demi Puteri Dewi" Jawab Nur Nilam Sari.Semua yang berada di situ sungguh takjub melihat kebolehan yang di miliki Puteri Bongsu.Raja Petir dan Permaisuri Guruh sungguh bangga dengan Puteri Bongsu mereka. Mungkin Puteri Bongsu mereka adalah pewaris terakhir mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience