MUHAMMAD ABDULLAH

Fantasy Completed 3984

Nur Nilam Sari meninjau keadaan rumah tempat dia membesar itu. Rumah tua itu sudah nampak usang. Seperti sudah lama di tinggalkan.
"Ibu,... Ibu... nenek.. oh nenek"Dia cuba memanggil tetapi tiada jawapan. Rumahnya di bahagian dapur sudah roboh ke tanah dan dimakan anai anai.
"Nampaknya ibu dan nenek tiada.. " Perlahan suara Nur Nilam Sari menahan sebak. Pastinya ibu dan nenek telah di buru Sultan selepas dia melarikan diri dari istana. Dia tidak sanggup berkahwin dengan Sultan yang telah tua itu. Dia juga tidak layak menjadi permaisuri. Semuanya di sebabkan nenek sakit dia terpaksa menghantar bunga ke istana pada hari itu. Sehingga Sultan tiba tiba berkehendakkan dirinya untuk di jadikan permaisuri. Tetapi dia menolak dengan cara yang baik kepada Sultan. Namun Sultan itu tidak dapat memerima dan memburu dirinya sehingga ke Gunung Ledang itu. Dia sangat bersedih hati kerana ibu dan neneknya menjadi mangsa.

"Adinda, mengapa adinda menangis? " Puteri Mayang Mengurai memegang bahu adiknya itu. Rasa simpati singgah di hati.

"Ibu, ... ke mana ibu pergi? Nenek juga tidak kembali... Nilam berasa bersalah pada keluarga ini... ampunkan Nilam ibu, nenek" Sendu Nur Nilam Sari. Ratapan hiba itu memecah keheningan hutan tebal di pinggir rumahnya itu.

"Sudahlah adinda. Jangan menangis lagi. Adinda tidak boleh mempunyai perasaan seperti manusia lagi. Kita punya tanggungjawab yg tinggi. Jalan kita lurus dari manusia.... adinda perlu kuat! " Puteri Mayang Mengurai menarik Nur Nilam Sari dari tersungkur ke halaman rumah usang itu.

"Kanda, adinda tetap manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Bagaimana adinda mampu membuat hati adinda jadi sekeras batu sedangkan adinda mempunyai seorang ibu... "Tangis Nur Nilam Sari semakin rancak. Puteri Mayang Mengurai menghela nafas. Dia rimas sedikit mendengar tangisan adiknya.

"Itula, kanda sudah pesan pada adinda. Adinda kenalah memakai baju kayangan ini.. tapi adinda tidak mahu. Sekarang bagaimana? Tangisan adinda itu adalah kelemahan terbesar Puteri Kerajaan Awan Larat. Penduduk langit tidak menangis... kita di ciptakan untuk menjalankan tugas kepada langit dan bumi kerana Allah " Nasihat Puteri Mayang Mengurai kepada adiknya.Tetapi Nur Nilam Sari kelihatan semakin lemah. Tangisan air matanya membuat Puteri itu tidak bermaya. Puteri Mayang Mengurai mula buntu. Dia teringat datuknya Raja Sagil yang tinggal di situ. Dengan pantas dia mengusung Nur Nilam Sari yang sudah tidak sedarkan diri bersama burung buraknya. Harimau Putih itu mengikut di belakang sambil membawa pemuda mabuk yang tidak sedarkan diri itu.

Mereka sampai dalam Kerajaan Mangku Dibumi sewaktu matahari mula terbenam di barat. Puteri Mayang Mengurai di sambut mesra oleh datuknya. Mereka sungguh terkejut dengan keadaan Nur Nilam Sari.

"Cucunda kakek.... mengapa jadi begini? " Soal Raja Sagil terkejut melihat Nur Nilam Sari tidak sedarkan diri di atas burung Burak.

"Kami ke rumah ibu Sang Gelem Baik Sakti. Tetapi mereka tiada.Nenek juga tiada. Adinda Nilam terus tidak dapat menahan hiba hatinya.." Terang Puteri Mayang Mengurai.
Raja Sagil dan Permaisuri saling berpandangan. Kemudian Nur Nilam Sari dan Pemuda Mabuk itu di bawa ke bilik rawatan mereka. Puteri Mayang Mengurai menceritakan segala kisah mereka kepada datuknya. Raja Sagil sungguh tidak menyangka cucunya Puteri Dewi telah diculik iblis.
Pada pagi itu pemuda mabuk itu tersedar dari pengsannya. Dia mendapati badanya telah di bersihkan. Di sudut bilik dia terbaring kelihatan beberapa gadis cantik sedang mengerumuni seorang puteri.Puteri itu masih tidur dan tidak sedarkan diri. Pemuda itu ingin bangun, tetapi Puteri Mayang Mengurai muncul. Dia meminta pemuda itu berehat.
"Baguslah tuan hamba sudah tersedar. Sungguh teruk keadaan tuan hamba ketika mabuk" Usik Puteri Mayang Mengurai. Pemuda itu tersipu sipu malu
"Maafkan patik, tuan puteri. Sebenarnya nama patik Muhammad Abdullah. Ayah patik seorang yang terlibat dalam menyebarkan agama islam di sini. Patik adalah kawan Puteri Dewi. Patik berjanji dengan Raja Busu untuk menyelamatkan Puteri Dewi" terang pemuda itu. Puteri Mayang Mengurai mengangguk angguk.

"Habis mengapa tuan hamba terdampar di laut bersama serpihan kapal?" soal puteri Mayang Mengurai.

"Panjang ceritanya" Muhammad menarik nafasnya. "Puteri Dewi telah dikawal oleh sesuatu yang jahat. Tubuh badannya tersembul urat biru dan merah. Malah tengkuk Puteri Dewi telah membesar 2 kali ganda. Matanya merah menyala. Kami melihat dia terapung di atas lautan. Lalu kami mengejar Puteri Dewi menaiki kapal. Apabila kami menghampiri Puteri Dewi, tiba tiba selendangnya memukul kapal kami sehingga pecah.Semua hulubalang tercampak ke laut. Patik memanggil Puteri Dewi berkali kali untuk menyedarkannya. Badannya seperti menjadi dua. Sewaktu patik menyebut namanya, dia tersedar memandang patik, tetapi bila patik diam, dia mula menjadi ganas. Akhirnya dia hampir membunuh patik dengan melemaskan patik ke dalam laut. Kapal Raja Busu turut pecah bersepai di lautan sebelum dia meninggalkan patik tenggelam di situ" Cerita pemuda itu. Puteri Mayang Mengurai mengangguk faham.
"Kalau begitu, tuan hamba pulangla ke rumah tuan hamba. Tugas mencari Puteri Dewi biar beta dan adik beta lakukan" ujar Puteri Mayang Mengurai.
"Siapakah gerangannya Tuan Puteri berdua? "Soal Muhammad lagi.

"Beta bernama Puteri Mayang Mengurai atau Puteri Awan Biru. Beta kakak Puteri Dewi dan yang terlantar itu, Nur Nilam Sari atau Puteri Awan Bulan" Jelas Puteri Mayang Mengurai. Muhammad memandang kepada Nur Nilam Sari. Lama matanya tertancap pada mata puteri itu. Walau hidung dan mulut itu di lindungi kain penutup yang sedikit jarang, tetapi Muhammad dapat merasakan kedinginan pada wajah puteri itu.
"Bila Tuan Puteri akan bertolak mencari Puteri Dewi?" Soal Muhammad tiba tiba.
"Esok, sekiranya adik beta telah tersedar" Jawab Puteri Mayang Mengurai.

"Izinkan patik mengikutnya" Pinta Muhammad.

"Bolehkah tuan hamba bermain pedang? " Puteri Mayang Mengurai tersenyum.

"Boleh, tuan puteri" Pantas Muhammad menjawab.

"Jika begitu kata tuan hamba, beta bersetuju dan berterima kasih kepada tuan hamba" Balas Puteri Mayang Mengurai menyimpul senyuman. Muhammad membalas senyuman Puteri dihadapannya itu dengan penuh hormat. Tetapi matanya masih tidak lepas memandang Nur Nilam Sari di pembaringannya. Hati lelakinya seperti bergoncang keras. Dia memegang dadanya sambil menundukkan wajah.
Sambil melangkah Puteri Mayang Mengurai tersenyum. Dia tahu Muhammad mula menyukai Puteri Bongsu itu. Tetapi dia sengaja memalingkan wajah sambil berjalan seperti tiada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience