KHALIFAH KAPAL

Fantasy Completed 3984

Raja Amirullah atau gelaran baginda adalah "Bujang". Baginda adalah keturunan dari Raja Selatan yang membawa diri ke Gunung Kampar kerana perintah ayahandanya. Semasa mudanya Raja Amirullah terkenal dengan panggilan "Panglima Teragung" kerana banyak membantu dalam peperangan pada ketika itu. Baginda juga berjaya menumpaskan musuh di setiap negeri sehingga banyak negeri yang melantik baginda sebagai Raja di tempat mereka. Namun Raja Amirullah tidak pernah ingin kekal mendiami sesuatu tempat itu ekoran baginda gemar belayar dengan Kapal Besarnya. Kapal itu adalah hadiah daripada keluarga Permaisuri baginda, Mayang Sari.

Kehidupan berkeluarga di atas kapal dan lautan amatlah mencabar setelah Raja Amirullah berkahwin. Baginda mengambil keputusan untuk mengasingkan diri dengan membina kerajaan kecil dalam daerah Kerajaan Gunung Kampar.Kapal Besarnya itu telah di hadiahkan kepada seorang kawan lamanya yang tinggal di sebuah pulau. Raja Amirullah gemar singgah di pulau itu setiap kali baginda belayar ke mana mana. Orang di pulau itu juga turut mesra dan gembira dengan kedatangan Raja Amirullah kerana baginda selalu membawa barang dagangan dari seluruh dunia. Orang Pulau itu mengenali Raja Amirullah sebagai Raja Bayang. Panggilan Raja Bayang itu adalah kerana Raja Amirullah berpakaian serba hitam dan menutup wajahnya seperti seorang pahlawan samurai. baginda juga bertopi seakan topi orang orang di atas sawah padi. Topinya sememangnya mirip sebuah tudung saji. Raja Amirullah adalah Panglima Teragung. Baginda memakainya kerana ingin merahsiakan identiti baginda daripada orang lain. Baginda tidak mahu orang lain mengenali baginda. Tujuan baginda melakukan penyamaran itu adalah dari hatinya yang ikhlas dan janjinya kepada ayahandanya. Ayahanda Panglima Teragung adalah seorang Raja dari Selatan yang turun dari Gunung Jati bagi membuka penempatan agama Islam di seluruh Asia. Ayahandanya telah meminta Raja Amirullah sentiasa menjadi Raja yang membantu orang yang susah dan melakukan amal kebajikan. Oleh itu Raja Amirullah sering menyamar dalam melakukan sebarang kerja sehingga dia mendapat banyak nama gelaran. Tetapi orang tidak tahu Panglima Teragung dan Raja Amirullah adalah orang yang sama.
Setelah berpindah ke Tanah Rata Kerajaan Kampar, Raja Amirullah sering termenung sendirian. Baginda amat merindui puterinya. Malah kehidupan Raja Amirullah dan Permaisuri sungguh sederhana. Mereka hanya membina sebuah istana yang kecil tetapi penuh dengan ukiran kayu yang indah. Ukiran itu di buat sendiri oleh Raja Amirullah bagi menghilangkan rasa sedih dan sepi baginda.

Suatu hari, Raja Amirullah tersangat merindui kapal besarnya. Baginda mengambil keputusan untuk bertemu dengan sahabat lama baginda yang tinggal di sebuah pulau. Baginda ingin kembali belayar seperti dahulu. Setiba di pulau itu, Raja Amirullah terpandang sebuah kapal besar yang berlabuh di sebuah jeti. Raja Amirullah segera naik ke atas kapal itu.
Saat dia berjalan di dalam kapal itu, dia terpandang satu sosok tubuh yang at di kenalinya.

"Assalammualaikum ya Khalifah"Ucap Raja Amirullah tersenyum. Raja Busu menoleh dan melihat sahabat lamanya Raja Amirullah mengangkat tangan.

"Waalaikumslm, Panglima Teragung. Bilakah saudara tiba di sini"Soal Raja Busu.Sahabatnya itu kelihatan sudah berumur dan berbadan besar. Raja Amirullah ketawa.

"Baru sahaja. Terlalu rindu akan kapal ini"Bisik Raja Amirullah perlahan. Raja Busu mengangguk angguk. Raja Amirullah yang menghadiahkannya kapal besar itu. Sebuah kapal kesayangan Panglima Teragung. Tentulah rindu kepada apa yang di sayangnya.

"Silakan Tuanku. Ini kapal Tuanku. Saya tidak akan menghalang jika Tuanku ingin mengambilnya semula"Ucap Raja Busu.

"Bukan ingin mengambil, wahai Khalifah Kapal. Hanya ingin melepaskan rindu beberapa hari di sini"Terang Raja Amirullah. Raja Busu ketawa. Seketika dia hanya tersenyum kerana Raja Amirullah memanggilnya dengan gelaran Khalifah Kapal. Sememangnya gelaran itu di berikan oleh Panglima Teragung itu satu ketika dulu demi menyambung tugasnya sebagai Panglima yang berlayar di seluruh negara dan membantu orang yang susah. Malah tugas mereka juga menyebarkan agama islam di serata dunia. Kapal itulah yang mengangkut banyak para ulama ke serata negeri. Sebab itulah ramai yang mengenalinya sebagai Khalifah Kapal disebabkan dia juga seperti Raja Amirullah yang merahsiakan dirinya sebenar dari pada orang ramai. Hanya gelaran yang membawa kebaikan dalam kehidupan mereka. Bukanlah nama. Tetapi kerana percaya iaitu Tauhid, Allah mengetahui kebaikan yang dilakukan oleh setiap umatnya. Dia bangga dengan gelaran Khalifah Kapal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience