PANGLIMA KUBUS

Fantasy Completed 3984

Setelah beberapa minggu memikirkan masalah Kerajaan Awan Larat, akhirnya Raja Petir membuat keputusan memilih Puteri Awan Biru untuk membantu baginda kelak. Puteri Awan Biru adalah puteri sulung baginda dan merupakan Puteri Mayang Mengurai di bumi.

"Bagaimana keputusanmu, Petir? Siapakah pilihanmu? "Soal Qi Sapu Angin sambil mengurut janggutnya yang putih itu.

"Pilihan paling tepat beta adalah Puteri Mayang Mengurai"Jawab Raja Petir tenang.

"Kalau begitu kita kene segera mengambil Puteri Mayang Mengurai. Tok akan hembuskan mimpi untuk ayahanda dan bondanya di bumi. Kemudian kita akan mengambil puteri mereka itu" ujar Qi Sapu Angin.Raja Petir mengangguk tanda bersetuju. Lalu Qi Sapu angin melepaskan segenggam angin halus dari poket jubahnya. Angin halus itu turun ke bumi mencari ibubapa Mayang Mengurai.

Setibanya di istana Kerajaan Gunung Kampar, angin itu bertukar menjadi kunang kunang kecil menghampiri kawasan sungai di hutan itu. Ia menyusur melalui sungai sehingga bertemu istana Gunung Kampar. Kunang kunang itu mencari bilik ayahanda dan ibunda Puteri Mayang Mengurai.

Tiba tiba kunang kunang terdengar perbualan Raja dan Permaisuri. Kunang kunang pun hinggap di bucu katil Raja dan permaisuri Gunung Kampar itu. Dia mendengar perbualan mereka berdua.

"Beta tidak dapat lagi menyelamatkan kerajaan kita, Adinda" Sayu suara Raja sambil duduk bersandar di bahu katil.

"Kenapa kanda berkata begitu? Selama ini kita hidup aman dan damai, Kanda"Permaisurinya memandang wajah Raja itu.Dahinya berkerut dan kerisauan menjalar di hatinya.

"Kerajaan Siam akan menyerang kerajaan kita, adinda. Mereka akan merampas kerajaan di timur"

"Apakah maksud kekanda? "

" Kanda tidak akan dapat menyelamatkan istana ini lagi. Adinda dan Puteri Mayang Mengurai harus berpindah ke Istana Tanah Rata Kampar. Kerajaan Siam akan merampas Istana Gunung Kampar ini tidak lama lagi"Pesan Raja Amirrullah kepada permaisurinya.

"Tapi kita harus melawan mereka, kanda. Kita harus mempertahankan Kerajaan Gunung Kampar ini. Bagaimana rakyat jelata yang tinggal di sini? "Bantah Permaisuri.

"Kita tidak mampu melawan mereka, adinda. Mereka cukup berkuasa dengan angkatan tentera berbaju besi dan berkuda. Kita hanya ada tentera dan pahlawan biasa. Beta sungguh risaukan keselamatan adinda dan Puteri Mayang Mengurai"Raja Amirullah menghela nafas. Sakit seluruh dadanya jika memikirkan untuk mempertahankan Istana di atas Gunung itu.

"Raja Siam cuma melalui kerajaan kita sahaja, kanda. Adinda berasa tidak mungkin mereka akan merampas Istana kita. Permusuhan Raja Siam cuma dengan Raja Timur, bukan dengan kekanda"Permaisuri memegang tangan Raja Amirullah memujuk.

"Tidak adinda. Watikah berita burung merpati Raja Siam sudah beta terima. Mereka mahu kita mengundurkan diri dari istana Gunung Kampar kerana istana ini akan menjadi tempat persembunyian Raja Siam" Terang Raja Amirullah. "Bersiaplah, adinda dan Puteri Mayang Mengurai. Kita akan berpindah dari sini" sambung Raja Amirullah lagi lalu menarik selimutnya. Permaisuri berjalan ingin menutup jendela. Tiba tiba si kunang kunang hijau kekuningan cahayanya keluar dari jendela itu. Permaisuri terus menutup jendela dan menarik langsir bilik istana itu.

Setelah keluar dari jendela, kunang kunang tadi bertukar menjadi angin halus. Seperti selembar selendang putih halus, ia terbang menuju Istana Kerajaan Awan Larat.
"Kenapa wahai angin halus? Adakah urusanmu telah selesai dengan ibubapa Puteri Mayang Mengurai? "Soal Qi Sapu Angin melihat angin halusnya itu kembali begitu cepat.

"Mereka ada masalah besar, Tuanku"jawab angin halus itu.

"Apakah masalahnya? " Raja Petir memintas. Kerisauan jelas terpancar di wajahnya. Dia risaukan Puteri Mayang Mengurai.

" Ya Angin Halus...ceritakan pada beta" Qi Sapu Angin tenang membiarkan Angin Halus bercakap.

"Kerajaan Gunung Kampar akan menjadi tawanan Kerajaan Siam. Raja Ayutharai akan menyerang Kerajaan Timur dan akan menduduki Istana Gunung Kampar sebagai kubu mereka" Terang Angin Halus.

"Jika itu yang terjadi, Puteri Mayang Mengurai dalam bahaya. Beta perlu menyelamatkan anakanda Beta" Putus Raja Petir cemas.

"Bersabarlah, Petir. Perkara ini perlu di selesaikan dengan aman. Jangan sampai ada pertumpahan darah. Kita tidak boleh masuk campur urusan manusia biasa" Nasihat Qi Sapu Angin.

"Baik Tok. Tapi keselamatan Puteri Mayang Mengurai perlu diutamakan" Ujar Raja Petir. Dia berjalan mundar mandir di sudut istana.

"Petir, kau tidak boleh memijak bumi. Jika tidak bahaya akan menimpa dirimu dan juga keadaan di bumi. Pertukaran jelmaanmu sangatlah bahaya kepada makhluk di bumi " Qi Sapu Angin memberi peringatan. Raja Petir tahu, jika ia ingin tirun ke bumi dia hanya boleh menjejak lautan biru. Bukan tanah daratan iaitu tanah milik manusia. Itulah yang di pegangnya sejak berzaman. Termasuk seluruh ahli keluarganya.

"Bagaimana keadaan Puteri Mayang Mengurai jika beta tidak membantu mereka.... "perlahan suara Raja Petih berkata. Lidahnya kelu kerana dia sedang memikirkan anak sulungnya.

"Hantarlah panglimamu. Jelmaan mereka hanya si burung murai. Setelah turun ke bumi, mereka boleh menjadi pemuda biasa. Malah Tok fikir, eloklah Puteri Mayang Mengurai berkahwin dengan Panglima Kubus. Telah lama Panglima Kubus berkhidmat dengan kerajaan Awan Larat ini" Qi Sapu Angin memberi pendapat. Raja Petir memandang bekas gurunya itu. Ada juga kebenaran dari kata kata Qi Sapu Angin itu.

"Baiklah, beta bersetuju. Jika begitu beta akan arahkan Panglima Kubus turun ke bumi menemui Puteri Mayang Mengurai" Raja Petir tersenyum memandang Qi Sapu Angin. Gurunya itu hanya mengangguk angguk tanda merestui.

Seperti yang di perintahkan Raja Petir, Panglima Kubus turun ke bumi bersama beberapa orang pengikutnya. Mereka membawa rombongan peminangan Puteri Mayang Mengurai. Setiba di Istana Gunung Kampar, Panglima Kubus menemui Raja Amirullah.

"Ampun Tuanku, Patik Panglima dari Kerajaan Hilir Negeri. Kami datang membawa hajat kepada Puteri tunggal, Tuanku" Sembah Panglima Kubus.

"Apakah hajatmu wahai pemuda? "

"Patik ingin memperisterikan Puteri Mayang Mengurai" jawab Panglima Kubus.

"Benarkah tuan hamba ingin memperisterikan puteri beta? Puteri Mayang Mengurai tidak seperti yang tuan hamba fikirkan, wahai anak muda"Jawab Raja Amirullah. Baginda ingin tahu keikhlasan hati pemuda itu.

"Apakah maksud tuanku? Kenapa dengan Puteri Mayang Mengurai? " Panglima Kubus mengerutkan dahi.

"Puteri Beta sebelum ini menjadi dambaan dan pujaan para pemuda di seluruh negeri ini. Ada juga putera putera yang datang meminang puteri beta. Tetapi disebabkan Puteri Mayang Mengurai sering bercakap seorang diri seperti orang gila, banyak pinangan yang telah dibatalkan. Wahai pemuda, adakah tuan hamba bersetuju memperisterikannya jika Puteri Mayang Mengurai suka bercakap sendirian? " soal Raja Amirullah.
Panglima kubus tersenyum mendengar kata kata Raja Gunung Kampar itu.
"Baiklah, hamba bersetuju, tuanku. Jika diizinkan sekarang juga hamba ingin membawa puteri Mayang Mengurai bersama hamba" Ujar Panglima Kubus.
Raja Amirullah berasa senang hati mendengar keputusan Panglima Kubus. Apatah lagi baginda sememangnya amat risaukan Puteri Mayang Mengurai dengan ugutan Raja Ayutharai dari Siam. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal Raja Amirullah sanggup menyerahkan Puteri Mayang Mengurai untuk dikahwinkan dengan Panglima Kubus.

"Jika begitu wahai anak muda, tak cukup tapak tangan, nyiru beta tadahkan. Beta izinkan Panglima membawa puteri beta" Putus Raja Amirullah sambil memberi isyarat kepada dayang istana memanggil Puteri Mayang Mengurai. Panglima Kubus tersenyum gembira.

Seketika menunggu, dayang yang diperintahkan memanggil Puteri Mayang Mengurai datang mengadap.Dayang itu membawa bersamanya seorang Puteri yang cantik jelita. Berbaju serong teluk belanga dan berseluar songket berwarna.Bersanggul sendeng dan berselendang kuning. Panglima Kubus terpesona. Belum pernah dia melihat puteri secantik itu sebelum ini. Malah sewaktu Puteri Sulung Raja Petir itu berada di istana Awan Pelangi, wajahnya tidaklah secantik yang dilihatnya itu. Hakikatnya Puteri Kayangan yang telah di hantar ke bumi itu lebih cantik dan sempurna. Panglima Kubus menganggukkan kepala ketika Puteri Mayang Mengurai menatap wajahnya.

Dengan keizinan Raja Amirullah, Puteri Mayang Mengurai mengikut Panglima Kubus pulang ke negerinya. Dia telah menerima Panglima Kubus sebagai bakal suaminya. Pilihan ayahandanya adalah yang terbaik.

Maka Raja Kampar itu berasa senang hati meninggalkan Istana Gunung Kampar dan turun ke Istana Tanah Rata Kampar. Baginda berdua tidak mempunyai waris lain selain Puteri Mayang Mengurai. Hakikatnya, Puteri Mayang mengurai tidak tinggal di bumi lagi. Tetapi Panglima Kubus telah membawa puteri itu pulang ke Istana Awan Larat.

Tetapi setiap 7 purnama, Puteri Mayang Mengurai akan datang bertemu ayahanda dan ibundanya di bumi walaupun sebenarnya dia adalah Puteri Kayangan. Setelah Puteri Mayang Mengurai menyarungkan baju kayangannya, seluruh ingatannya pulih semula. Malah Puteri Mayang Mengurai lebih bijak, cekap dan tegas dari sebelum ini. Dia juga mampu turun ke bumi tanpa menjelma sebagai binatang bersayap. Kuasanya sememangnya dapat membantu Raja Petir dan Permaisuri Guruh. Panahan dan belahan Halilintar Puteri Mayang Mengurai dapat menukarkan Syaitan kepada batu petir sehingga syaitan tidak dapat membiak lagi. Namun jumlah dan bilangan mereka sungguh banyak. Pertempuran kerajaan awan larat kerap berlaku. Maka nama Puteri Mayang Mengurai menjadi sebutan makhluk iblis syaitan dan jin. Sehingga mereka sanggup menyamar menjadi Puteri Mayang Mengurai untuk memperdayakan bala tentera kerajaan awan larat. Panglima Kubus amatlah hairan kerana iblis syaitan dan jin boleh menyerupai isterinya. Tetapi penyamaran itu masih belum terjawab. Panglima Kubus akan menyelidiki hal itu. Dia tidak berani untuk memberitahu hal itu kepada Raja Petir. Masalahnya dan bala tenteranya akan cuba diseleaaikannya sendiri bersama 9 lagi panglima kerajaan Awan Larat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience