PERTARUNGAN DENGAN IBLIS

Fantasy Completed 3984

Nur Nilam Sari telah mendapat cara penyelesaian untuk masalah penyamaran syaitan dan rasukan iblis. Dia telah meminta para tentera menyediakan anak panah paku untuk memanah syaitan yang menyamar sebagai kakak sulungnya, Puteri Mayang Mengurai.

Bala Tentera Kerajaan Awan Larat bertungkus lumus menyiapkan Senjata Itu. Nur Nilam Sari juga telah memberikan sebiji anak benih kepada setiap Tentera Kerajaan Awan Larat untuk di tanam dalam kapas Awan tempur mereka.

"Benih apakah Itu wahai Puteri Nur Nilam Sari? "Panglima Kubus bertanya ketika Nur Nilam Sari masih Belum selesai menyerahkan satu persatu benih itu ke tangan setiap tentera di situ. Gadis itu tersenyum memandang suami kakaknya itu.

"Nanti tentu Panglima dapat jawapan dan melihatnya sendiri" Jawab Nur Nilam Sari. Panglima Kubus mengerutkan dahi kerana kelakuan Nur Nilam Sari penuh dengan teka teki. Sejak kehadiran Nur Nilam Sari, Kerajaan Awan Larat di sinari dengan cahaya pelangi. Sebelum ini, mereka hanya dapat melihat cuma cahaya putih dan biru. Tetapi sejak Nur Nilam Sari kembali sebagai Puteri Bongsu Kerajaan Awan Larat, warna pelangi di situ bersinar di merata tempat. Kerajaan Awan Larat kelihatan sangat indah dan kewujudan sebuah kerajaan kayangan yang dahulunya indah, seperti tercipta semula.

Pada hari pertarungan dengan Iblis dan syaitan itu, lama Raja Petir menunggu musuh Allah itu keluar dari tempat persembunyian mereka. Beberapa ketika, bala tentera Raja Petir dikejutkan dengan tumbuhnya sepohon pokok pada setiap awan tempur tentera Raja Petir. Kekecohan itu bukanlah kerana apa, tetapi kerana mereka tidak pernah melihat pokok begitu selama berada di kerajaan Awan Larat. Raja Petir dan Panglima Kubus turut berasa hairan.
"Wahai Panglima Kubus, pohon apakah yang tumbuh di setiap awan tempur kita ini? "Tanya Raja Petir sambil meneliti pohon yang tumbuh itu. Pohonnya besar tetapi di belit oleh pohon yang menjalar dan berduri. Buahnya seperti buah cinta tetapi tidaklah semerah warna buah cinta.

"Patik kurang periksa ayahanda"jawab Panglima Kubus perlahan.

"Ampun Tuanku. Mungkin Puteri Bongsu tahu akan perkara ini" balas seorang tentera pula.

"Benar Tuanku kerana Puteri Bongsu yang memberikan benih pohon ini untuk di tanam" jawab tentera yang lain pula. Raja Petir mengangguk angguk.

Langit tiba tiba kelam. Awan mereka terlindung dari cahaya matahari. Panglima Kubus mendongak ke atas kepala mereka. Cahaya matahari yang biasa menyentuh wajah mereka kini berbalam balam. Cahaya itu hilang dan suasana di atas Kerajaan Awan Larat gelap gelita. Raja Petir di kejutkan dengan bunyi ngauman seperti singa.

Disebalik kabus hitam yang tebal itu muncul Nur Nilam Sari sedang menunggang seekor Harimau Putih yang Besar. Puteri Mayang Mengurai turut bersama Nur Nilam Sari. Dia juga menunggang seekor burung yang besar berwarna putih. Itulah burung Burak. Burung Burak dan Harimau putih itu mempunyai warna mata yang sama. Kedua tunggangan Tuan Puteri berdua itu mempunyai mata berwarna biru cerah. Sinaran mata itu menerangi kegelapan bala tentera Kerajaan Awan Larat.

"Ayahanda, kita akan merendahkan kedudukan awan tempur dengan Pantai berpasir itu. Iblis dan syaitan telah menyembunyikan kanda Dewi dengan menutup mata sesiapa sahaja yang melalui pantai itu" Ujar Nur Nilam Sari sebaik sahaja turun dari Harimau Putih yang ditunggangnya.

"Jadi mereka masih belum naik ke daratan? "Soal Raja Petir kehairanan.

"Iblis tidak akan mampu untuk naik ke daratan kerana jasadnya masih memerlukan air laut. Hanya air laut berasa masin serta terdedah kepada kepanasan matahari. Ia dapat memberikan Iblis kekuatan. Dia tidak akan dapat kuasanya tanpa air laut yang masin"terang Nur Nilam Sari.

"Benar ayahanda. Syaitan itu adalah dari serpihan jasad Iblis. Setiap pembakaran matahari ke atas tubuh badan iblis mengeluarkan asap hitam yang berhembus dan membentuk syaitan sebagai telinga Iblis. Bilangan mereka sungguh banyak dalam kehidupan manusia di bumi" Sambung Puteri Mayang Mengurai, mengiyakan cerita Nur Nilam Sari.
"Kehebatan Iblis hanya sampai akhir zaman....tapi kehebatan Allah swt dan makhluk yang beriman kepadaNya pasti dapat menandingi mereka" Raja Petir mencapai Busur dan anak panahnya.
"Perang langit sedang bermula sedangkan manusia itu tidak sedar huru hara rencana iblis ini sedang meruntuhkan sempadan langit mereka" Rungut Permaisuri Guruh.
Panglima Kubus mula merendahkan awan tempur mereka di kaki gunung.Tetapi pasir putih pantai yang pada kebiasaannya memancarkan cahaya putih bersinar dari kerajaan Awan Larat mula malap.Kepulan Asap mula muncul naik ke awan tempur Raja Petir. Raja Petir meneliti masa dengan melihat kedudukan matahari. Tetapi kepulan asap itu menenggelamkan cahaya matahari.
"Kita di serang Tuanku!!!!" jerit salah seorang bala tentera Raja Petir. Kemudian tentera itu hilang dari pandangan. Asap tebal dan hitam itu memenuhi tempat mereka berdiri. Ia menyebabkan mereka tidak dapat melihat antara satu sama lain.

Raja Petir mempersiapkan busur panahnya. Tetapi awan mereka terlindung dari matahari. Asap tebal yang hitam itu melindung awan Raja Petir.

"Ayahanda, anakanda berdua akan bergabung kuasa untuk menyingkirkan asap ini. Selepas hijan turun kita akan memburu iblis dan syaitan itu pula "Terang Nir Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai menghulurkan tangan pada adik bongsunya itu. Satu tarikan yang kuat berlaku di situ. Dari tapak tangan Puteri Awan Biru dan Puteri Awan Bulan itu muncul cahaya yang sangat terang menyingkirkan asap tebal itu. Keadaan tiba tiba menjadi sangat sepi. Raja Petir memberi isyarat pada Permaisuri Guruh. Lalu Permaisuri Guruh membuat geseran pd teras bumi sehingga menggegar awan mereka. Geseran diantara satu sama lain berlaku pada ais didalam kapas awan. Lalu geseran itu menjadikan serpihan ais itu pecah dan jatuh ke bumi. Geseran ais paling besar berlaku pada awan Raja Petir. Lalu Raja Petir memulakan tugasnya memburu Iblis dan syaitan.

"Tuanku, puteri Mayang Mengurai di sini" Salah seorang tentera Raja Petir mengadu. Puteri Mayang Mengurai tersentak. Sedangkan dia bersama Puteri Nur Nilam Sari. Mereka sama sama melihat ke arah tentera Raja Petir itu. Ada beribu ribu Puteri Mayang Mengurai berada di atas awan tentera mereka.

"Cis! Mereka menyamar lagi"Marah Raja Petir. Puteri Mayang Mengurai yang sebenar memandang Nur Nilam Sari.

"Kakanda perlu menyanggul rambut kanda dengan jarum emas dinda berikan itu" Pinta Nur Nilam Sari. Puteri Mayang Mengurai mula menyanggul rambutnya dengan jarum emas milik Nur Nilam Sari. Ketika burung burak membawa Kedua puteri itu terbang di sekeliling awan, syaitan yang menyamar menjadi Puteri Mayang Mengurai mula melompat dan terapung seperti kepulan asap untuk menyerang kedua puteri itu. Tentera Raja Petir telah mendapat isyarat dari Nut Nilam Sari. Kedua puteri itu melepaskan pegangan tangan mereka sambil memegang selembar kain yang sangat panjang beribu ribu meter jaraknya. Dengan pantas harimau putih dan burung burak terbang melawan arah. Kain itu menegang sehingga memantulkan cahaya matahari ke arah syaitab yang menyamar itu. Itulah kain cermin kayangan yang digunakan untuk membakar syaitan. Syaitan yang menyamar itu terkena pantulan cahaya matahari. Wajahnya mereka terbakar walau mereka cuba menutup dengan tangan mereka. Nur Nilam Sari membaca Surah Al Harsy sambil tangannya menghala ke arah cermin pantulan itu. Tentera Raja Petir menerima isyarat dari Puteri Mayang Mengurai yang sebenar. Lalu anak panah dari paku itu dilepaskan ke arah syaitan yang sedang kacau bilau terbang dihadapan kedua puteri Kerajaan Awan Larat itu.

"Pastikan mereka gugur ke lautan, jangan sampai jatuh di daratan... "Jerit Nur Nilam Sari memusing arah kedudukan kain cermin itu. Satu persatu syaitan yang menyamar itu jatuh ke laut berteraburan dengan wajah yang terbakar. Ketika jasad mereka mengena air laut, syaitan itu terus lenyap di permukaan air.

"Tuan Puteri, beberapa ekor dari mereka telah jatuh ke daratan" Adu seorang tentera mengadap kedua puteri itu.
"Bagaimana adinda? "Puteri Mayang Mengurai mula risau.
"Bagaimana boleh jadi begitu? Bukankah sudah di rancang, syaitan menyamar itu tidak boleh dipanah di atas daratan" Rungut Nur Nilam Sari.
"Ampunkan kami, Tuan Puteri" tentera itu serba salah.
"Selepas ini satu makhluk akan wujud di bumi. Mereka akan digelar Puntianak yang akan menakutkan manusia" Ujar Nur Nilam Sari memberi isyarat kepada Puteri Mayang Mengurai. Kakaknya itu mula membuat muka tidak puas hati.
"Dengan wajah kanda???? " sinis soalan Puteri Mayang Mengurai.

"Ya... tapi berwajah hodoh" Jawab Nur Nilam Sari terus memacu Harimau Putih turun ke daratan. Puteri Mayang Mengurai membontoti dibelakang dengan rasa tidak puas hati.
Raja Petir pula masih tidak menemui iblis dalam pemburuan itu. Mereka turun ke Pantai. Selepas habis syaitan dipanah dan gugur ke lautan, hujan mulai reda. Gerimis turun sedikit sedikit. Pelangi muncul bersama kehadiran Raja Petir dan dua puterinya di pesisir pantai itu.
"Ke mana iblis menyembunyikan Puteri Dewi?" Raja Petir memandang ke tengah lautan.
"Pertarungan ini tidak berakhir hari ini ayahanda.... "Nur Nilam Sari turun dari tunggangannya.

"Benar anakanda. Kita masih belum menemui Puteri Dewi. Ayahanda risaukan Puteri Dewi" Raja Petir berkata sayu.

"Dia sedang bermula, ayahanda" Nur Nilam Sari memegang lengan ayahnya. Arus elektrik biru menjalar deras terkena busur panah Raja Petir. Kuasa tarikan tangan Nur Nilam Sari semakin hebat. Raja Petir tersenyum.

"Mereka akan menduduki daratan tidak lama lagi.Dan mereka akan meluaskan kekuasaan mereka dengan kemajuan dan kepandaian manusia....masa untuk salah seorang dari kita berkorban" Ujar Nur Nilam Sari. Raja Petir dan Puteri Mayang Mengurai saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience