3 PUTERI RAJA PETIR

Fantasy Completed 3984

Raja Petir dan Permaisuri Guruh sangat sayang kepada 3 orang Puteri baginda. Kasih sayang yang baginda berdua berikan kepada ketiga tiga puteri itu tidak berbelah bahagi. Malah Raja Petir telah mendidik ketiga tiga puteri itu agar saling membantu di antara satu sama lain. Didikan Raja Petir membuat puteri puteri baginda sangat rapat di antara satu sama lain. Namun bakat dan kebolehan ketiga tiga puteri baginda adalah berlainan. Termasuklah sikap dan keyakinan diri.
Puteri Sulung diberi nama Puteri Awan Biru. Puteri tengah diberi nama Puteri Awan Fajar dan Puteri bongsu diberi nama Puteri Awan Bulan. Ketiga tiga puteri ini mempunyai bakat semulajadi sejak mereka di lahirkan. Oleh itu Raja Petir telah melatih ketiga orang puterinya itu ilmu mempertahankan diri seperti seorang panglima perang. Raja Petir tahu, tugas melawan iblis dan syaitan akan diwarisi oleh puteri puteri baginda. Kehidupan yang baginda lalui sejak berzaman hanya mengabdikan diri kepada perintah Allah swt dengan memerangi makhluk pendurhaka itu dari mencuri berita dari langit. Sekiranya Iblis dapat mencuri berita dari langit banyak keburukan akan berlaku kepada umat manusia di bumi. Malah iblis akan membuat kerosakan di bumi dengan menganggu tugas makhluk ciptaan Allah swt termasuk peredaran matahari yang selama ini menjadi petunjuk umat manusia menunaikan ibadah solat mereka. Berita dari langit adalah urusan Allah swt dan para malaikatnya. Iblis dan syaitan sering naik ke langit untuk menganggu urusan para malaikat yang di tugaskan oleh Allah swt. Malah dengan berita dari langit itu iblis akan memerintahkan syaitan menghasut manusia melakukan kejahatan. Sebuah berita dari langit itu ialah tentang perjalanan hidup seorang manusia yang akan melakukan kebaikan. Sekiranya manusia yang tidak kuat berpegang dengan ajaran Al Quran, maka mereka akan benar benar tersesat dengan hasutan syaitan sedangkan Allah swt telah aturkan mereka dengan jalan yang lebih baik. Raja Petir juga menjadi tegas dalam memerangi dan menghalang iblis mencuri berita dari langit kerana mereka akan mencuri nama nama orang yang ditulis oleh malaikat akan melakukan kebaikan di mukabumi serta iblis akan memerintahkan syaitan menganggu orang itu sehingga orang yang ingin melakukan kebaikan itu terhalang dengan berbagai bagai gangguan untuk melakukan kebaikan.

Raja Petir yakin dengan anugerah semulajadi yang dikurniakan Allah swt kepada puterinya akan mampu melawan serangan iblis dan syaitan kelak.
Puteri Awan Biru mempunyai kuasa memanah kejahatan sehingga bertukar menjadi batu.
Puteri Awan Fajar pula mempunyai kuasa memanah kejahatan sehingga bertukar menjadi pasir.
Dan Puteri Awan Bulan mempunyai kuasa memanah kejahatan sehingga hilang dari pandangan. Namun setelah hujan berhenti kejahatan itu bertukar menjadi rama rama cantik yang berwarna warni.

Antara ketiga tiga puteri itu, Raja Petir mengakui kekuatan kuasa yang diwarisi itu lebih kepada puteri sulung baginda. Malah cahaya sambaran yang di panah oleh ketiga tiga puteri itu lebih bertenaga daripada panahan puteri sulung baginda. Tetapi Raja Petir menganggap itu adalah waris selayaknya ekoran Puteri Awan Biru adalah Puteri Sulung baginda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience