PUTERI DEWI

Fantasy Completed 3984

Puteri Dewi adalah anak Raja Busu Riwayat Shah di bumi. Beberapa bulan selepas kelahiran Puteri Dewi, Permaisuri Raja Busu telah mangkat. Puteri Dewi kehilangan ibundanya. Tetapi Raja Busu menjaga Puteri Dewi dengan baik tanpa ada sebarang kekurangan. Raja Busu juga tidak berkahwin lagi selepas kehilangan permaisurinya.
Namun setiap kali Raja Busu belayar meninggalkan Puteri Dewi, hanya dayang dayang istana menjadi temannya. Istana Raja Busu terletak di pinggir pantai. Puteri Dewi gemar bermain di pinggir pantai bersama dayang dayangnya.
Suatu hari setelah Raja Busu berlayar meninggalkan istana, Puteri Dewi pergi ke pantai untuk bermain pedang bersama beberapa hulubalang diraja. Dayang dayang pun turut serta untuk melihat Puteri Dewi bermain pedang. Ketangkasan Puteri Dewi bermain pedang sudah masyur di seluruh negeri Raja Busu.
Pada hari itu datang seorang pemuda yang tampan kepada Puteri Dewi. Dia mencabar Puteri Dewi bermain pedang dengannya. Baginda Puteri bersetuju dan mereka berlawan dengan tangkasnya. Beberapa ketika perlawanan pemuda itu dengan Puteri Dewi, tiba tiba pemuda itu berjaya melucutkan pedang daripada tangan Puteri Dewi. Pedang itu tercampak jauh daripada Puteri Dewi. Ia terpacak di atas pasir pantai.
Pemuda itu tersenyum kerana berjaya mengalahkan Puteri Dewi. Sedang dalam kekalahan, Puteri Dewi bingkas bangun. Dua meluru ke arah pedang kesayangannya itu. Pemuda itu hanya memerhatikan tingkah laku Puteri Dewi. Puteri Dewi mencabut pedangnya dari pasir pantai itu. Tiba tiba dia terdengar satu suara. Suara itu merungut kesakitan.
"Aduh, sungguh sakit hamba di tikam Tuan Puteri" Jerit satu suara. Puteri Dewi tercari cari suara itu.
"Siapakah gerangannya itu? Hamba tidak dapat melihat tuan hamba" Soal Puteri Dewi.

"Hamba di sini, Pasir yang Tuan Puteri tikam dengan pedang"Jawab pasir itu. Puteri Dewi memandang pasir di kakinya. Pasir itu pun menunjukkan wajahnya pada Puteri Dewi. Puteri Dewi sangat terkejut melihat pasir itu mempunya mata dan mulut.
" Adakah beta bermimpi?. Mengapa Pasir boleh berkata kata dengan beta? " Puteri Dewi kehairanan.
"Tuan Puteri tidak bermimpi. Tetapi hamba sememang cukup kenal dengan Tuan Puteri. Tuan Puteri berasal dari atas sana"Pasir itu memberi isyarat mata ke arah langit. Puteri Dewi mendongak ke langit. Hanya tompok tompok awan yang kelihatan.

"Mustahil beta dari sana... istana ayahanda beta di sini"jawab Puteri Dewi tersenyum sambil membongkokkan badannya menatap pasir.

"Satu hari Puteri akan tahu juga untuk apa puteri berada di sini" Pasir memejamkan matanya. Puteri Dewi tidak kelihatan lagi wajah pasir itu. Dalam keadaan keliru dan tercari cari, puteri dikejutkan pemuda yang bermain pedang tadi.
"Dengan siapa Tuan Puteri bercakap? " Soal pemuda itu. Puteri Dewi terkejut.
"Tiada siapa, Tuan Hamba. Owh maafkan beta kerana lama di sini" Pinta Puteri melangkah ke arah hulubalang dan dayang istana. Pemuda itu berjalan sambil beriringan dengan Puteri Dewi untuk pulang ke istana Raja Busu Riwayat Shah.Tetapi Puteri Dewi masih teringat kisah petang tadi. Dia mula terbayang tentang pasir itu.

"Ajaib sungguh" bisik hati puteri Dewi perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience