SUMPAH TERLAKSANA

Fantasy Completed 3984

Akhirnya kedua tangan puteri itu dipegang oleh orang suruhan sultan. Nur Nilam Sari menepis dengan sikunya dan menendang belakang betis mereka. Muhammad mula bertindak dengan memberi pukulan kepada semua orang suruhan Sultan. Keadaan mula mencabar. Perlawanan mula berlaku di antara Nur Nilam Sari dan orang suruhan Sultan. Tanpa di sedari pedang Muhammad dan Nur Nilam Sari berlumuran darah. Mereka membunuh kerana terpaksa. Sultan mendekati Nur Nilam Sari yang tercungap berdiri di sekeliling mayat orang suruhan sultan yang bergelimpangan.
"Beta tidak menyangka puteri sejelita begini begitu hebat bermain pedang... " Tawa Sultan bergema di dataran istana bukit batu putih itu. Muhammad dan Nur Nilam Sari saling berpandangan. Mereka pernah mendengar tawa itu. Ketawa yang membuatkan Muhammad geram tidak terkira.
"Beta membunuh kerana mempertahankan maruah... bukan menjual maruah seperti tuanku! " Balas Nur Nilam Sari. Sultan terhenti ketawa.
"Beta bukan menjual maruah, tapi menjatuhkan maruah demi puteri jelita. Beta lakukan kerana hati sudah tertawan. Beta lakukan kerana perasaan tidak keruan" Ujar Sultan tersenyum sinis.Hati Muhammad tersinggung mendengar ucapan Sultan itu. Mana mungkin lelaki lain mengakui rasa cinta terhadap puteri kesayangannya. Tangannya berpeluh menggenggam pedang di tangan. Ingin sahaja dia memancung kepala sultan di hadapannya itu.
"Beta tidak akan sukakan tuanku. Hati tidak boleh dipaksa. Kelakuan tuanku membuat beta merasa cukup bersedih hati" Jawab Nur Nilam Sari. Sultan tiba tiba merasa dirinya tertipu. Dia telah memenuhi syarat puteri itu, tetapi dia tidak dapat memiliki puteri itu.
"Janji apakah yang di persetujui kemudian dikhianati? "Sultan merenung Nur Nilam Sari tajam. Puteri itu menjadi gugup. Sukar untuknya menjawab kisah enam pengiringnya itu. Disebabkan puteri mendiamkan diri, Sultan menarik pergelangan tangan puteri itu secara paksa. Sultan sudah hilang sabar. Nur Nilam Sari meronta sehingga dia terjatuh di atas dataran.Tangannya tetap di seret kasar. Pedangnya terpelanting di kaki Muhammad.
"Tuanku! " Jerkah Muhammad tiba tiba. Sultan menoleh ke arah pemuda itu.
"Lepaskan tuan puteri itu" Sambung Muhammad tegas. Sultan memberhentikan langkahnya.
"Wahai orang muda, jangan mencampuri urusan beta. Tiada rakyat yang berani menjadi pendurhaka!" Sultan memberi amaran. Nur Nilam Sari mencampai dan menggenggam tangan Sultan. Tangan itu dipulas habis sehingga Sultan mengerang kesakitan. Pantas Nur Nilam Sari bangun dan melepaskan tumbukan penolakan ke bahu Sultan. Tetapi Sultan dapat menahan dengan kuda kudanya. Dia mengetawakan Nur Nilam Sari. Muhammad berdiri di hadapan Sultan. Bersedia untuk memulakan pertarungan dengan Sultan kejam itu.
"Mungkin inilah punca Tuan Puteri menolak cinta Beta...."Ujar Sultan sambil menjeling ke arah Muhammad. Sebagai Sultan yang berkuasa, dirinya tercabar.
"Beta tetap dengan pendirian Beta. Tuanku tidak mampu memaksa lagi"
"Cis!!! puteri telah memungkiri janji. Tidak beta merasa senang dengan tindakan rakyat pendurhaka seperti tuan puteri. Janji itu puteri mungkiri... "Marah Sultan. Suara kerasnya menyentap perasaan Nur Nilam Sari.
"Bukan beta yang berjanji. Itu semua ujian buat tuanku. Tetapi tuanku tidak bisa membezakan antara kebenaran dan kezaliman." Nur Nilam Sari mengerutkn dahinya. Sultan ketawa mengejek.
"Sungguh hampa hati beta tidak dapat memiliki puteri jelita" Ujar sultan.
"Beta tidak akan boleh menerima Tuanku walau bagaimana pun keadaannya"Balas Nur Nilam Sari
"Baiklah, beta lepaskan tuan puteri dan pemuda ini... tapi dengan satu syarat" Kata Sultan tersenyum mengejek.
"Andai beta tidak dapat memiliki puteri, tiada lelaki di bumi ini dapat memiliki puteri sehingga tujuh keturunan. Berakhirlah hidup puteri berjasad diri, hanya tinggal harum mewangi. Beta menyumpah tuan puteri hilang dari segenap bumi tidak dilihat manusia lagi. Sumpah beta kerana janji, puteri mungkiri tanggunglah sendiri" ujar Sultan lalu berangkat pergi meninggalkan dataran istana batu putih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience