KELAHIRAN PUTERI KE BUMI

Fantasy Completed 3984

Berterbanganlah jasad 3 puteri Raja Petir turun ke bumi siang dan malam selama beberapa purnama. Akhirnya mereka sampai juga ke alam rahim manusia yang dipilih Raja Petir. Puteri Sulung Raja Petir telah dikandungkan oleh seorang permaisuri Raja yang tinggal di Gunung Kampar. Raja Amirullah Alam nama raja tersebut.

Puteri Tengah pula telah dikandung oleh seorang permaisuri Raja yang tinggal di Pinggir Pantai sebuah pulau. Nama Raja itu adalah Raja Busu Riwayat Shah.
Puteri Bongsu pula telah dikandung oleh seorang perempuan biasa yang tinggal di kaki Gunung Ledang. Tetapi ayahnya adalah seorang pahlawan terhandal dari keturunan dan pengikut yang dighaibkan Allah swt kerana kesalahan mereka kepada seorang wali Allah swt. Kesalahan itu kerana peristiwa mereka menjamu juadah daging khinzir kepada seorang wali Allah swt yang datang ke perkampungan mereka. Lalu setelah mereka menyedari kesalahan mereka, dan mereka bertaubat kepada Allah swt. Tetapi kesalahan mereka kepada wali itu tidak dapat diputuskan oleh sesiapa. Keturunan dan pengikut dari kampung itu tidak dapat mencari wali Allah itu untuk meminta maaf. Disebabkan mereka tidak menemui lagi wali Allah itu, maka ketua dari keturunan dan pengikut kampung itu membuat solat istikharah agar Allah memberi petunjuk mereka untuk menebus kesalahan mereka.

Akhirnya di suatu pagi ketika hujan gerimis, keturunan dan pengikut kampung itu telah Allah swt ghaibkan kerana kesalahan mereka kepada wali Allah itu. Sebagai pengajaran dan menebus segala dosa itu mereka hidup hanya mengabdikan diri kepada Allah swt. Mereka juga tidak boleh bergaul dengan manusia biasa. Malah mereka ditugaskan sebagai penyampai berita dari langit kepada wali wali Allah di bumi. Urusan mereka dengan para wali tidak dapat dilihat oleh para wali itu sendiri.Mereka hanya ditugaskan beribadat dan melakukan kebaikan kepada manusia dan makhluk yang mempunyai hati yang bersih dan teraniaya. Mereka digelar manusia sebagai "bunian" atau "jin".Tetapi keturunan dan pengikut itu menolak gelaran itu keatas diri mereka. Mereka mengakui gelaran paling wajar bagi mereka adalah "orang yang zalim" ataupun "orang orang yang rugi". Golongan ini telah tertulis di dalam Al Quran.

Sembilan purnama berlalu dengan cepat di bumi. Raja Petir tidak sabar menanti kelahiran waris warisnya.Namun Raja Petir dan Permaisuri Guruh hanya mampu melihat berita kelahiran itu dari jauh. Maka seperti yang ditakdirkan kepada 3 puteri kayangan, mereka pun lahir ke bumi sebagai manusia dari keturunan manusia biasa.Cuma kelainan hanya pada Puteri Bongsu. Puteri Sulung dan Puteri Tengah lahir sebagai anak seorang Raja yang berkuasa. Sedangkan Puteri Bongsu lahir sebagai anak seorang wanita penyulam bunga istana dan cucu kepada nenek kebayan.

Puteri Sulung dan Puteri tengah pastinya membesar dengan kemewahan dan kesenangan harta yang melimpah ruah. Sedangkan Puteri Bongsu membesar dengan persekitaran hutan belantara dan pencarian rezeki yang penuh pancaroba. Namun Panglima Harimau Putih dan Sang Gelem Baik Sakti tidak membiarkan anak mereka lemah dalam kehidupan yang mereka lalui. Sang Gelem Baik Sakti sentiasa mengajar dan mendidik Puteri Bongsu dengan ilmu rumahtangga, ilmu perubatan dan ilmu kecantikan untuk seorang wanita. Malah Panglima Harimau Putih telah mengajar puteri bongsu ilmu persilatan, kebatinan dan ilmu akhirat secukupnya. Lalu Puteri Bongsu membesar dengan baik, cantik serta elok akhlaknya.

Adakala Raja Petir terlalu rindu akan puteri puterinya. Lalu baginda akan sering memerhatikan tingkah laku ketiga tiga puteri baginda.

"Adakah kekanda rindukan puteri kita, kanda? " Soal Permaisuri Guruh meletakkan batu permata biru laut keatas sebuah wadah. Cahaya biru itu memancar ke segenap ruang beradu Raja Petir dan Permaisuri Guruh. Seketika kelihatan gambaran wajah wajah 3 puteri baginda berdua di dunia manusia.

"Beta amat rindukan anak anak kita, adindaku. Tetapi beta tahu perjanjian yang beta lakukan dan beta perlu akur. Demi kerajaan Awan Larat"sahut Raja Petir menatap wajah anak anaknya yang telah menjadi manusia di bumi.
"Lihatlah Puteri Bongsu.... kehidupannya sangatlah susah. Kenapa kanda menghantar puteri bongsu bersama Sang Gelem Baik Sakti?.... itu membuat hidupnya menderita, kanda"Rungut Permaisuri Guruh.
"Biarkanlah Puteri Bongsu belajar dari kehidupan manusia untuk menjadi seorang waris kerajaan besar, adinda. Selama ini beta telah lama memerhatikan tingkah laku puteri bongsu. Dialah satu satunya puteri yang membuat beta susah hati kerana sikapnya yang lemah dalam pekerjaan dan urusan hidupnya. Puteri Sulung dan Puteri Tengah tidak pula beta khuatir.... "jawab Raja Petir sambil tersenyum kelat. Permaisuri Guruh menghela nafas keresahan.

"Salah adinda tidak dapat memberi kanda seorang putera... "sayu permaisuri Guruh berkata.

"Bukan salah adinda... itulah ketentuan Allah. Takdir hidup kita. Beta terima sahaja, adinda. Tapi beta berusaha untuk menyelamatkan keadaan dan kerajaan kita. Tanpa kita, bumi akan kering tandus dan kemarau. Kita adalah amanah Allah untuk menjaga bumiNya"Raja Petir menggenggam tangan Permaisuri Guruh.

"Mungkinkah satu masa kerajaan Awan Larat akan runtuh. kanda"Permaisuri Guruh merenung Raja Petir.

"Ya.... itulah yang akan terjadi satu masa nanti. Kita akan bersepai di bumi sehingga kiamat datang. Sekarang ini pun kita telah semakin lemah. Manusia membina pembangunan dengan kebijaksanaan dan keberanian mereka. Sungai sungai serta air akan tercemar. Kuasa panahan kanda tidak sehebat masa lalu. Kanda tidak boleh sesuka hati memanah dengan ghairah kepada syaitan dan iblis. Itu akan membahayakan manusia di bawah sana. Adakala kanda tersasar juga sehingga ada kematian yang berlaku kerana kanda" Raja Petir hiba. Permaisuri Guruh mula faham akan tindakan suaminya. Patutlah semenjak manusia mula membangun dan berkembang di sana sini tugas mereka semakin terganggu. Adakala pelepasan air terpaksa ditangguhkan. Malah Kerajaan Awan Larat banyak menghuni pergunungan sehingga sepurnama lamanya. Hanya waktu tertentu mereka berperang dengan Iblis dan syaitan. Tidak seperti dahulukala, mereka akan bertempur dengan ganas tanpa memikirkan objek atau makhluk lain ditengah lautan kerana sememangnya manusia tidak sampai di tengah lautan. Berbeza kini, manusia lebih ramai datang menghuni di sana sini menaiki kapal layar. Malah manusia berkembang biak dengan pesat dan membina istana dan rumah di merata rata tempat. Banyak hutan mula diterokai sehingga manusia mampu berdagang dari serata dunia dan berlabuh di mana mana pantai.

"Beta membiarkan waris beta bersama manusia kerana satu masa nanti setelah kerajaan Awan Larat runtuh, waris beta di bumi akan menyambung tugas itu" terang Raja Petir.

"Adakah kanda yakin waris kanda mampu lakukannya di bumi? "Soal Permaisuri Guruh.

"Adinda jangan lupa kata kata kanda sebelum ini. Allah bersama orang yang benar. Walau satu masa nanti musuh kita Iblis akan mampu menjelma seperti manusia atau apa sahaja dimuka bumi, tetapi Iblis tidak akan sempurna seperti manusia. Jika bermata.. matanya satu, jika bernafas... nafasnya haru.... jika bertelinga... telinganya biru.... jika bermulut.. mulutnya batu.... jika bertangan.. tangannya seteru... jika berkaki... kakinya bengkok, jalannya tidak selurus manusia yang beriman. Kebinasaan Iblis telah Allah janjikan termasuk para pengikutnya. Gelarannya Ba'al atau pun Dajjal" Panjang lebar Raja Petir bercerita. Permaisuri Guruh mengangguk tanda faham. Seketika batu biru laut itu dikalih dari wadahnya dan digenggam erat oleh Permaisuri Guruh. Setelah kelahiran waris Raja Petir, Perrmaisuri Guruh akan memastikan Batu Biru Awan Larat itu milik salah seorang anak anak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience