SANG GELEM BAIK SAKTI

Fantasy Completed 3984

Berita Raja Petir memutuskan untuk menghantar puteri puteri baginda ke bumi sampai ke Kerajaan Mangku Di Bumi. Raja Sagil dan Permaisuri Mas Nyawa amat terkejut kerana turun perintah Raja Petir menghantar cucu cucu kesayangan baginda ke bumi. Oleh itu Raja Sagil dan Permaisuri Mas Nyawa bertemu dengan Raja Petir dan Permaisuri Guruh di Istana Awan Larat.

"Wahai anakanda, Raja Petir. Sudahkah anakanda memikirkan masak masak akan keputusan anakanda untuk menghantar puteri puteri anakanda ke bumi? " Soal Raja Sagil mengadap Raja Petir.
"Ya ayahanda. Itulah keputusan muktamad anakanda" jawab Raja Petir tegas.
"Tapi merekalah sahaja cucu ayahanda dan bonda. Andai anakanda buang mereka ke bumi, terkutuklah kejadian mereka sebagai puteri. Jasad mereka akan di sumpah bumi menjadi batu, pasir atau apa sahaja... "Luah Raja Sagil bersedih hati.
"Usahlah ayahanda risau. Anakanda telah memilih seorang wanita yang mempunyai ilmu dan kesaktian tinggi di bumi sebagai ibu yang akan melahirkan puteri puteri anakanda kelak. Wanita itu baru sahaja berkahwin dengan Panglima dari kerajaan ayahanda" Ujar Raja Petir tersenyum simpul sambil membelai misainya.
"Berkahwin dengan Panglima kerajaan ayahanda?!!!!!!!!!!!!!..... tapi tidak banyak manusia mempercayai kewujudan golongan Mangku Di Bumi wahai anakandaku. Kami diberi gelaran "bunian".Malah kami juga dianggap sebagai "jin" oleh manusia. Mustahil ada manusia yang akan berkahwin dengan golongan kami" Raja Sagil buntu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Raja Petir ketawa lucu.
"Usahlah ayahanda risau. Anakanda telah menyiasat hal ini. Panglima ayahanda berkahwin dengan seorang wanita biasa yang tinggal bersama neneknya di kaki Gunung Ledang. Neneknya adalah Penjaga Puteri Di Raja Melaka. Mereka menggelar neneknya sebagai Nenek Kebayan" Raja Petir menyingkap tingkap Istana Awan Larat ke arah Kerajaan Melaka.
"Siapakah Panglima yang anakanda maksudkan itu? " Soal Raja Sagil.

"Panglima yang anakanda maksudkan itu adalah Panglima 5 bersaudara... atau gelaran mereka"Panglima Harimau" ayahanda" Ujar Raja Petir tenang. Raja Sagil dan Permaisuri Mas Nyawa saling berpandangan. Mereka tidak menyangka panglima terhebat mereka boleh bergaul dengan manusia. Wajah Panglima 5 bersaudara itu memanglah tampan dan mereka berlima sangatlah akrab bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku.
"Bagaimana mereka berlima boleh berkahwin dengan manusia, anakanda. Sedangkan Panglima ayahanda itu kurang bercakap. Adakah lima gadis pilihan mereka itu benar benar manusia wahai anakanda? "Raja Sagil masih musykil tentang panglima baginda. Raja Sagil seperti kurang percaya dengan apa yang di bicarakan Raja Petir.

"Bukan sekali lima yang akan berkahwin dengan manusia ayahanda. Cuma Panglima Harimau Putih sahaja yang akan berkahwin dengan manusia"Terang Raja Petir.

"Jika begitu sudahkah anakanda berjumpa dengan Panglima Harimau itu? " Raja Sagil kerisauan tidak menentu.

"Sudah ayahanda. Anakanda juga telah menjelaskan semuanya pada Panglima Harimau itu. Mereka bersetuju dan berjanji akan menjaga puteri anakanda selagi mereka bernyawa" Jelas Raja Petir.

Tiba tiba Raja Petir dikejutkan dengan kehadiran 3 puteri baginda yang muncul bersama Istana Awan Pelangi. Mereka menangis sambil memeluk Permaisuri Guruh.

"Sampai hati ayahanda memerintahkan anakanda bertiga dibuang ke bumi. Apa salah kami bertiga ayahanda? " Esak tangis Puteri Awan Biru bergema di Istana Awan Larat itu. Seluruh Istana bungkam menyepi dengan tangisan Puteri bertiga itu.

"Ayahanda bukan membuang anakanda bertiga. Tapi ayahanda lakukan demi keselamatan dan waris kerajaan Awan Larat, anakanda"Terang Raja Petir.

"Bagaimana kami ingin hidup tanpa ayahanda dan ibunda? kasihanilah kami bertiga, ayahanda" Rayu Puteri Awan Fajar pula. Raja Petir tidak dapat berkata apa apa. Baginda merenung Puteri Bongsu baginda yang diam seribu bahasa. Hanya Puteri Bongsu tidak menangis, barulah Raja Petir perasan kelainan tingkahlaku Puteri bongsu baginda, Puteri Awan Bulan.

"Kenapa anakanda Awan Bulan menyepi? Anakanda tidak mahu merayu pada ayahanda seperti dua kekanda anakanda ini? " Raja Petir menyoal kehairanan. Baginda sengaja menguji Puteri Bongsu.

" Oh ayahandaku, anakanda menurut perintah ayahanda. Anakanda akan berkorban demi kasih sayang anakanda pada ayahanda, ibunda, keluarga anakanda serta rakyat kerajaan Awan Larat. Anakanda menjunjung perintah ayahanda!" jawab Puteri Bongsu perlahan.
Raja Petir kagum dengan jawapan Puteri Bongsu. Sejak kecil diantara tiga puteri baginda, puteri bongsu adalah puteri paling lembut dan kuat mengalah. Malah kuasa yang dimiliki oleh puteri bongsu juga tidak jelas. Jika memanah, puteri sulung dan tengah akan tepat mengena sasarannya. Sedangkan Puteri Bongsu jika disuruh memanah, anak panah puteri bongsu adakala bertukar menjadi serbuk bintang. Malah berpusing mengelilingi puteri bongsu sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Kejadian begitu bukan sahaja berlaku di istana baginda, malah sejak puteri bongsu berguru dengan Qi Sapu Angin lagi. Adakala Qi Sapu Angin terpaksa mendenda puteri bongsu berdiri di atas angin sepanjang hari. Namun pasti ada perkara luar biasa berlaku. Puteri bongsu akan membuat keadaan menjadi haru biru dengan kenakalannya.
Sehingga Qi Sapu Angin sering membiarkan puteri bongsu bersendirian dan tidak mengikuti rentak perguruan yang sepatutnya puteri bongsu pelajari. Akhirnya puteri bongsu hanya mendapat keputusan biasa biasa sahaja berbanding kedua kekandanya. Ilmu dan kesaktian Puteri Bongsu sahaja yang tidak jelas berbanding dua kakaknya.
Raja Petir telah mengambil keputusan untuk menghantar Puteri Bongsu sebagai anak kepada Panglima Harimau Putih dan Sang Gelem Baik Sakti. Di antara tiga pasangan yang di pilih Raja Petir, Sang Gelem Baik Sakti satu satunya bukan keturunan raja di bumi. Maka puteri sulung dan puteri tengah Raja Petir akan dihantar baginda sebagai waris keturunan raja di bumi.

Sang Gelem Baik Sakti adalah cucu nenek kebayan yang bernama Mak Inang Sari. Sang Gelem Baik Sakti di temui hanyut di air terjun Latar Bujang sewaktu dia masih bayi. Di kain sutera yang membaluti tubuh Sang Gelem Baik Sakti tertulis nama "Sang Gelem Baik Sakti" dijahit dengan benang emas dalam tulisan Jawi lama. Mak Inang Sari yang hidup bersendirian di pinggir air terjun Latar Bujang merasa sangat gembira berjumpa bayi itu. Lalu dia mengambil keputusan berpindah dari air terjun Latar Bujang ke Air terjun cempaka biru. Sejak itulah Mak Inang Sari menjaga Sang Gelem Baik Sakti sehingga dewasa. Raja Petir telah menghantar beberapa penyiasat di raja Awan Larat turun ke bumi untuk mengetahui asal usul Sang Gelem Baik Sakti. Tetapi baginda tidak dapat menunggu berita siasatan itu kerana ia pasti mengambil masa yang lama. Lalu Raja Petir terus memutuskan akan memilih Sang Gelem Baik Sakti sebagai ibu kepada puteri bongsu di bumi. Keputusannya tidak akan ada sesiapa berani membantah. Apa yang dilakukan oleh Raja Petir adalah untuk menyelamatkan waris kerajaan Awan Larat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience