WARIS TERAKHIR PUTERI BONGSU

Fantasy Completed 3984

Angin deras itu sesat beratus tahun di tengah lautan.Sekali sekala ia tiba di pinggir pantai dan kampung nelayan. Banyak rumah dan tumbuhan rosak kerana angin dalam pusaran deras itu. Ia kehilangan arah selepas turun dari kayangan dan menjamah lautan. Ia menjadi gila memutar tanpa henti membawa kisah Nur Nilam Sari dan pengorbanan guru tua serta cinta sejatinya.
Kerajaan Awan Larat di kayangan menjadi suram sejak peristiwa itu. Guruh jarang berdentum. Petir tidak menyabung. Hujan tidak turun. Awan telah hilang sehingga tiada mendung. Seperti janji Raja Petir kepada guru tuanya Qi Sapu Angin, baginda tidak berusaha mencari Puteri Bongsu lagi. Tapi baginda yakin satu masa nanti baginda akan bertemu puterinya itu. Sekali sekala baginda menyamar bersama manusia membantu merawati penyakit manusia. Penyamarannya selalu dilakukan terhadap dukun dukun dan pawang pawang yang mengubati orang. Baginda membantu merawat sakit manusia kerana baginda sangat yakin pada satu masa nanti baginda akan bertemu dengan puterinya yang telah menjadi manusia biasa.
Akhirnya, Guru Tua tercampak di pohon rendang yang condong ke arah sungai. Jasadnya berkecai pecah beribu. Setiap satu telah menyala lampu. Berterbangan di tebing sungai bersama cahaya hijau. Guru tua bertukar menjadi kunang kunang sehingga jasadnya bersepah di tebing sungai. Qi Sapu Angin tersenyum dalam rupanya yang baru, dan perjalanan yang baru. Dia bergerak serentak dengan pecahan jasadnya yang beribu itu membantuk kumpulan yang berkelip kelip indah di tebing sungai itu. Qi Sapu Angin mencari Nur Nilam Sari, tetapi puteri jelita itu tidak bersamanya lagi.
Muhammad mengusung pedang Nur Nilam Sari. Dia mencari puteri kesayangannya itu, tetapi tiada di sisi. Dia tidak tahu sedang berada di mana. Seluruh tempat itu dipenuhi pohon buluh yang merendang. Ada telaga kecil di hujung anak sungai kecil itu. Air sungai itu deras mengalir membentuk air terjun. Ada beberapa orang perempuan berlari lari di bawah pohon buluh itu. Banyak daun buluh bersepah memenuhi tanah sehingga tidak terlihat lagi tanahnya. Muhammad melambai pada perempuan yang berlari itu. Tetapi mereka tidak mengendahkan sapaan Muhammad. Pemuda itu merapati mereka, tetapi tidak seorang pun dari perempuan itu mengendahkan diri Muhammad. Lalu Muhammad memberi isyarat kepada harimau putih, kenderaan milik Nur Nilam Sari supaya mereka merapati ke arah perempuan perempuan itu. Tetapi ternyata mereka tidak mengendahkan juga kehadiran Muhammad di situ.Muhammad cuba memanggil mereka, ternyata semua perempuan itu tidak dapat melihat diri Muhammad. Jasadnya tidak dapat dilihat oleh orang lain. Barulah Muhammad sedar tubuhnya sudah dighaibkan dengan izin Allah.
Tidak berapa jauh dari tempat Muhammad jatuh, pusaran angin deras itu mula longgar. Ia menjadi perlahan bertiup lembut dan gemalai seperti sehelai selendang sutera.Angin itu bertiup mengelilingi sebuah rumah yang kedengaran seorang perempuan mengaji. Lama angin itu di situ menghayati alunan bacaan al quran dari seorang ustazah yang telah separuj abad itu. Selesai ustazah itu mengaji, angin itu terbang menuju ke sebuah anak sungai dan air terjun kecil di belakang sebuah bukit. Angin itu bergumpal lalu jatuh ke dalam air menjadi buih buih putih yang banyak. Buih putih itu hanyut dibawa anak sungai itu. Kelihatan seorang ibu dengan 7 orang anaknya riuh bermandi manda di sungai kecil bawah pohon buluh itu. Buih itu merapati ibu yang dalam lingkungan 40an itu.Ia berhenti di hadapan ibu itu.
"Buih apa ni?, " Ibu itu pelik melihat buih itu.
"Itu buih katak mak" Anak perempuannya menghampiri buih itu sambil bermain main dengan tangannya.
"Tapi xde berudu pun di sini" Anak lelakinya mencari cari di sekeliling anak sungai itu. Daun buluh berterbangan di tiup angin.
"Sudah jangan diusik. Mak dah siap basuh baju, jom kita balik" Ibu itu bangun meletakkan bekas kain basahannya.Anak anaknya berlari berkejaran mendaki bukit di balik pohon buluh itu menuju rumah mereka. Sedang ibu itu membasuh kakinya, tanpa di sedari buih itu menyentuh ibu jari ibu itu lalu menusuk masuk ke dalam tubuh ibu itu.Ia seperti seekor ular kecil menuju rahim ibu itu dengan pantas. Lalu dengan izin Allah, Puteri Bongsu dari kayangan itu bakal di lahirkan oleh ibu beranak 7 itu. Ibu itu tercari cari buih yang terapung tadi.Tetapi buih itu telah hilang. Hati ibu itu sedikit berasa hairan, tetapi sewaktu dia melintasi pohon pohon buluh di situ, angin bertiup kencang bersama kehadiran Muhammad dan Harimau putihnya.Sewaktu berselisih dengan ibu itu, Muhammad terlihat wajah Nur Nilam Sari di perut ibu itu. Akhirnya Muhammad teringat kata kata Qi Sapu Angin. Mungkin ibu itulah bakal melahirkan waris terakhir puteri bongsu. Muhammad mengambil keputusan untuk mengikut ibu itu ke rumahnya. Dia akan bersama Puteri Nur Nilam Sari untuk selamanya.
Lebuh kurang 9 bulan dalam kandungan ibu itu, Nur Nilam Sari telah dilahirkan. Kelahiran Nur Nilam Sari memang seperti bayi manusia lain. Cuma, Muhammad mendapati, kelahiran Nur Nilam Sari bersama kembar seekor Serigala yang besar dan ganas. Serigala itu tidak dapat dilihat oleh manusia. Tetapi Muhammad berdepan dengan serigala itu kerana ia menjaga Nur Nilam Sari. Ibu otu tidak dapat melihat serigala itu, tetapi bayinya begitu cerdik dan senang dijaga. Tidak banyak kerenah kerana sewaktu ibu itu meninggalkan Nur Nilam Sari, Serigala besar itu bermain dengannya.Akhirnya Muhammad merapati serigala itu kerana dia ingin dekat dengan puteri kesayangannya itu.
"Wahai serigala yang besar, mengapakah engkau menunggu bayi ini? " Soal Muhammad.
"Ya pemuda, aku sedang menjaga amanahku. Aku adalah pedang malam yang harus menjaga puteri buih ini. Namaku adalah Ar Raqim. Aku datang dari sebuah gua untuk menjaga puteri ini" Jawab serigala besar itu. Muhammad mengangguk angguk.
"Wahai Ar Raqim, aku adalah pemuda yang mencintai puteri ini sejak dia duduk di Gunung Ledang dan kayangan. Tetapi puteri ini telah jatuh sakit, lalu aku menurutnya ke sini" Terang Muhammad. Serigala itu akhirnya tersenyum sambil menggoyangkan ekornya. Muhammad berjaya merapati bayi itu. Nur Nilam Sari dalam rupa seorang bayi yang comel tersenyum melihat Muhammad.
"Dia adalah waris terakhir puteri bongsu" ujar Muhammad.
"Ya orang muda, tapi bagi Ar Raqim, dia adalah puteri buih, amanah terakhir pedang malam" Ujar serigala itu melindungi bayi kecil itu.
Nur Nilam Sari yang masih bayi itu sedang bermula dalam satu kisah yang lain. Walau dia adalah puteri buih, tetapi dia juga adalah waris terakhir puteri bongsu kerajaan kayangan.


-Tammat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience