PUTERI MAYANG MENGURAI

Fantasy Completed 3984

Tersebutlah kisah kehidupan 3 puteri di bumi yang telah dewasa cantik jelita. Menjadi dambaan kebanyakan putera. Tidak kepada puteri ke tiga, puteri bongsu hidupnya biasa.

Puteri Sulung Raja Petir diberi nama Puteri Mayang Mengurai oleh Raja Amirullah ayahandanya di bumi kerana rambutnya yang panjang mengurai malah mempunyai kulit yang cantik sekali. Baginda Puteri sangat di sayangi oleh Raja Amirrullah dan Permaisuri. Malah kasih sayang itu semakin hari semakin kuat kerana sikap Puteri Mayang Mengurai yang bijak dan tegas itu.

Suatu hari Puteri Mayang Mengurai bermain panah di Taman Istana. Ketika baginda puteri bermain panah bersama dayang istana, anak panah puteri tersasar dari tembok sasarannya. Lalu melepasi Pagar Istana. Para Dayang tidak membenarkan puteri memanjat tembok istana kerana takut bahaya menimpanya. Tetapi Puteri Mayang mengurai berdegil kerana anak panah yang tersasar itu adalah barang kesayangan puteri. Baginda puteri mengajak para dayang menggolekkan sebuah batu besar di taman istana itu. Puteri ingin memanjat tembok istana dan turun di pinggir hutan kecil untuk mencari anak panahnya.

Ketika Puteri memijakkan kaki pada batu itu, tiba tiba terdengar suara menegurnya. Berkali puteri mencari sambil menoleh ke belakang... tetapi dayang dayang istana semua menundukkan wajah mereka.

"Aduh.. berat sungguh tuan puteri.Sakit hamba di pijak. Sungguh tidak sopan tuan puteri! "Suara itu tidak tahu datang dari mana. Lalu puteri turun dari batu itu.

"Para Dayang!... siapakah yg menegur beta sebentar tadi? Jangan bergurau lagi, baik dayang sekalian mengaku! "Puteri Mayang Mengurai bercekak pinggang memerhatikan wajah para dayangnya satu persatu.

"Ampun Tuan Puteri, tiada sesiapapun yang menegur Tuan Puteri. Kami menundukkan muka ke bawah sebentar tadi, waktu puteri memanjat batu. Tidak berani kami memandang Puteri dengan gaya terlarang itu"Jawab ketua Dayang kepada Tuan Puteri.

"Jadi, siapakah yang begitu berani menegur beta?!" Puteri Mayang Mengurai naik angin. Tidak patut para dayang mempermainkan dirinya.

"Kami tidak tahu, Tuan Puteri. Kami tidak pula mendengar apa apa suara di sini" Jawab ketua dayang saling berpandangan. "Benar, Tuan Puteri" Sahut Para Dayang lain.

"Baiklah. Jika begitu pergi para dayang semua dari sini! " halau Puteri Mayang Mengurai. Kesemua dayang dayang itu terkocoh kocoh berlari meninggalkan puteri di situ. Lalu Puteri memanjat lagi batu itu untuk naik ke tembok istana.

"Aduh.. Aduh... Puteri yang gemuk, janganlah menyiksa hamba" Suara itu muncul lagi. Puteri Mayang Mengurai terkejut dan mencari cari jika ada dayang yang mempermainkannya. Tetapi tenyata hanya dia sahaja di taman istana itu.

"Hei!!! Siapakah gerangannya tuan hamba? muncul di sini, biar beta panah kepala tuan hamba itu! Berani sungguh mengejek beta gemuk" Puteri Mayang Mengurai sungguh marah.

"Telah lama hamba di sini. Puteri mempunyai mata, tapi tidak melihat! "Ejek suara itu lagi.

"Cis! berani sungguh tuan hamba mengejek beta. Jangan membuang masa lagi, muncul segera! " Puteri Mayang Mengurai berjaga dengan panahnya.

"Hamba di sini, Tuan Puteri. Di bawah kaki Tuan Puteri dan menatap betis Tuan Puteri seperti bunting padi layaknya" Jawab suara itu ketawa kecil. Puteri Mayang Mengurai terkejut lalu melompat turun dari batu itu. Batu itu diperhatikan puteri dengan teliti. Lalu puteri menyentuh lagi batu itu.
"Kamukah itu, wahai batu? " bisik puteri.

"Ya, hambalah yang berbicara dengan puteri" balas batu itu. Puteri Mayang Mengurai terkejut. Dia mengundurkan kakinya ke belakang kerana batu itu memperlihatkan wajahnya pada Puteri Mayang Mengurai.

"Adakah beta bermimpi? " Matanya diusap usap berkali kali.

"Puteri tidak bermimpi. Memang Hamba batu yang boleh berbicara dengan Tuan Puteri. Hamba hidup di mata puteri, kerana nama Allah. Hamba juga makhluk ciptaan Nya"Batu itu menerangkan pada Puteri.

"Sungguh hairan beta... bagaimanakah beta boleh mendengar dan bercakap dengan seketul batu? " Puteri Mayang Mengurai membelek lagi batu itu sambil menggaru kepalanya.

"Kerana Puteri berasal dari sana"ujar batu besar itu sambil mendongak ke langit biru. Puteri Mayang Mengurai mendongak ke langit, tetapi tiada apa yang kelihatan kecuali awan yang bertompok tompok.

"Ajaib sungguh batu ini... "bisik hati Puteri. Patutkah dikhabarkan berita itu kepada ayahandanya Raja Amirullah, fikir Puteri Mayang Mengurai.

"Jika beta berasal dari sana, kenapa beta di sini? " Puteri Mayang Mengurai merenung batu itu tajam.

"Kerana Raja Petir yang menghantar puteri ke sini" Batu itu tersenyum.

"Raja Petir? Siapakah Raja Petir?" Puteri Mayang Mengurai mengerutkan dahinya.

"Satu masa nanti waris sebenar Raja Petir akan tahu jua. Hamba ingin tidur, Tuan Puteri. Semoga Tuan Puteri bertemu anak panah kesayangan Tuan Puteri"Batu itu terus memejamkan matanya. Puteri tidak melihat lagi wajah dan suara itu.Dia terus memanjat dan melompat lompat di atas batu itu tetapi batu itu tidak bercakap lagi. Puteri Mayang Mengurai berasa tersangatlah hairan.

Dia terus memanjat tembok istana mencari anak panah yang hilang itu. Susah payah puteri ke sana sini mencari anak panahnya tetapi tiada di situ. Disebabkan keletihan, dia bersandar di bawah sepohon pokok seketika. Dia masih terfikir kejadian tentang batu besar di taman istana itu.
"Hamba di sini, wahai tuan puteri" Sapa satu suara. Puteri Mayang Mengurai terkejut dan melompat bangun.
"Siapa itu? "wajah puteri cemas.

"Anak Panah Tuan Puteri"jawab suara itu lagi. Seketika Puteri Mayang Mengurai terpana melihat sebilah anak panah terbang di hadapannya.Anak panah itu terus masuk ke bekas anak panah lain yang tersandang dibahunya.
Puteri Mayang Mengurai lekas meletakkan bekas anak panahnya ke tanah. Dia membelek satu persatu. Dia terkejut melihat anak panah itu semuanya memiliki mata dan mulut.

Puteri Mayang Mengurai segera menutup bekas anak panahnya itu. Dia pantas berlari memanjat tembok istana untuk menemui ayahandanya Raja Amirullah dan ibunya Permaisuri Mayang Sari. Tidak sabar dia ingin menceritakan kejadian ajaib itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience