NAFSU SANG DULI

Fantasy Completed 3984

Nur Nilam Sari dan Muhammad telah bersahabat baik. Tiada lagi pergaduhan antara mereka berdua. Tetapi Muhammad mula menyayangi Nur Nilam Sari. Sayangnya lebih dari seorang sahabat. Berita kepulangan Nur Nilam Sari dan Muhammad ke Gunung Ledang sampai ke telinga Sultan. Maka rombongan Sultan mula memburu Nur Nilam Sari.
"Beta akan pindah ke puncak Gunung... di sini pasti Sultan dapat mencari beta" Beritahu Nur Nilam Sari.
"Patik ikut Tuan Puteri, " Ucap Muhammad. Matanya tepat merenung wajah Puteri Kayangan itu.
"Tugas Tuan Hamba telah selesai... kembalilah ke kampung halaman. Beta akan di sini menyambung tugas beta" Nur Nilam Sari berkata perlahan. Walau hatinya berat untuk berpisah dengan Muhammad.
"Tapi bagaimana dengan Tuan Puteri? patik telah berjanji dengan Puteri Mayang Mengurai untuk menjaga Tuan Puteri" balas Muhammad. Sebenarnya dia telah sukakan Puteri Nur Nilam Sari.
"Janganlah Tuan Hamba risaukan beta. Pandailah beta menjaga diri. Beta akan baik baik sahaja" Bisik Nur Nilam Sari perlahan. Muhammad antara dengar dan tidak. Namun dia tahu isihati puteri jelita itu. Sesungguhnya mereka telah saling menyukai.
"Patik tetap akan risaukan, Tuan Puteri" Terpacul kata kata itu dari mulut Muhammad. Nur Nilam Sari tersentak.
"Tuan Hamba tidak harus berkata begitu. Ia tidak akan dapat mengubah apa apa keadaan di antara beta dan tuan hamba"
"Apakah maksud Tuan Puteri? "
"Beta juga ingin tahu maksud isihati tuan hamba"
"Hmmm.. "
"Pilihan itu di hati Tuan Hamba, jika tuan hamba tidak mahu memberitahu beta, apakan daya.. " Rajuk Puteri itu semakin jelas. Muhammad tersenyum simpul.
"Patik pacal yang hina... sudah biasa memendam rasa, menyimpan derita.. " Balas Muhammad. Nur Nilam Sari tertunduk memandang anak sungai yang mengalir tenang itu.
"Beta akan ke puncak gunung hari ini. Selepas bertemu dengan ibu dan ayah beta.. "kata Nur Nilam Sari lalu bangun. Dia melangkah menuju denai kecil di pinggir belukar tebal itu.
"Nanti..!! "Muhammad menghalang laluan puteri itu. Nur Nilam Sari menghentikan langkahnya.
"Patik akan menemani Tuan Puteri, selagi patik bernyawa. Ini bukan hanya kata kata, ini janji patik" ujar Muhammad. Hati kecil puteri itu tercuit malu.
"Bersungguh benar, tuan hamba.. "
"Patik akan bersungguh dengan amanah dan..... "kata katanya terhenti. Nur Nilam Sari mengerutkan dahi.
"Dan apa.... " Soalnya ingin tahu.
"Dan ...cinta,." jawab Muhammad bersahaja. Tetapi suaranya sedikit gugup. Nur Nilam Sari terkejut dengan jawapan itu. Dia pantas menolak Muhammad ke tepi dan meneruskan langkahnya. Muhammad mengejar dari belakang.

"Ayuh.. Beta ingin cepat sampai di puncak sebelum Sultan dapat mengesan kehadiran beta" ujar Nur Nilam Sari. Muhammad tersenyum melangkah beriringan dengan Nur Nilam Sari. Namun Muhammad menundukkan wajahnya kerana tidak berani melihat Tuan Puteri di sebelahnya itu.
Selepas bertemu keluarga Nur Nilam Sari, mereka meneruskan perjalanan ke puncak gunung. Kerajaan Mangku Di Bumi mengirimkan enam Pengiring kepada Puteri Nur Nilam Sari bagi tujuan menemani dan menjaga puteri itu ketika dalam perjalanan ke puncak gunung. Namun Nur Nilam Sari tidak sedikit pun ingin berbual atau menegur ke enam enam pengiringnya itu. Mereka bukanlah manusia, tetapi mereka adalah kelompok yang hidup bersama Kerajaan Mangku Di Bumi. Rupa dan wajah ke enam enam pengiringnya itu hampir seiras dan seakan kembar, tetapi Nur Nilam Sari dapat membezakan mereka dari segi warna pakaian dan perhiasan yang dipakai mereka.

"Patik berasa hairan... "Muhammad menegur Nur Nilam Sari yang duduk merenung ke enam pengiringnya itu.

"Tidak ada apa yang perlu dihairankan. Mereka juga makhluk Allah " balas Nur Nilam Sari sambil tersenyum.

"Mengapa Tuan Puteri tidak mesra terhadap mereka? "Muhammad menyoal. Dia merasakan Nur Nilam Sari sedikit sombong dengan ke enam pengiringnya.
"Beta tidak menegur kerana beta tidak berkawan dengan mereka. Beta juga tidak meminta pertolongan dari mereka. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan" Jawab Nur Nilam Sari. Muhammad terdiam. Ada keistimewaan dalam pendirian puteri jelita di sisinya itu. Selesai berehat mereka meneruskan perjalanan lagi ke puncak gunung itu. Akhirnya mereka sampai jua di puncak gunung tersebut.
Dalam sekelip mata dengan izin Allah, ke enam enam pengiring Nur Nilam Sari membuka puncak gunung itu menjadi sebuah taman yang indah. Penuh dengan bunga bunga yang cantik berseri. Sebuah pondok buluh terbina indah di pintu masuk taman itu. Kain sutera yang diikat pada pondok buluh itu melambai ditup angin. Manik manik mutiara dan delima terjuntai menghiasi pondok buluh Itu.
"Ini akan beta jadikan tempat solat beta" ujar Nur Nilam Sari naik keatas pondok buluh itu.
"Patik bagaimana? "Muhammad menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Di hujung taman ini ada sebuah gua. Di dalamnya ada guru seni mempertahankan diri. Pergilah Tuan Hamba ke sana. Biar kita dipisahkan kerana menuntut ilmu daripada perpisahan kerana dendam dan pengkhianatan" Kata Nur Nilam Sari tersenyum mesra. Muhammad sekali lagi gugup.

"Patik akan ke sana, Tuan Puteri. Tapi jangan tinggalkan patik di sini... "Pesan pemuda itu sambil melambai. Dia berlalu ke hujung taman itu. Nur Nilam Sari memandang pemergian sahabat hatinya itu.
"Baik... beta akan tunggu tuan hamba" bisiknya perlahan.
Setelah beberapa hari di puncak gunung itu, Nur Nilam Sari mendapati dia hanya bertemu dengan ke enam enam pengiringnya setiap kali dia habis bersolat. Masa selebihnya dia bersendirian di dalam pondok buluh yang indah itu. Jari jemarinya lemah gemalai menggerakkan manik manik tasbih di tangan. Bibirnya tidak henti henti memuji kebesaran Allah swt. Semakin hari hidup Nur Nilam Sari bertambah seri. Taman yang indah itu mula dihuni dengan pelbagai tumbuhan dan bunga bunga indah. Banyak pohon buah buahan tumbuh subur di puncak itu. Setiap Zikir nya kepada Allah, membuat taman itu hidup.
Dengan kuasa Allah apa sahaja boleh berlaku. Begitulah juga puncak gunung itu. Puteri tidak lagi kesunyian dan kesepian kerana kehidupan di taman itu mula dihuni oleh manusia. Mereka berkampung dan tinggal di situ. Enam pengiring Nur Nilam Sari juga terkejut dengan kebolehan Nur Nilam Sari menghidupkan taman indah itu. Tetapi Nur Nilam Sari percaya, segalanya dari Allah swt. Kesemua mereka di situ wujud kerana Allah swt. Lalu enam pengiring Nur Nilam Sari mula patuh dan tunduk menjunjung kesetiaan terhadap puteri itu. Tetapi Nur Nilam Sari tetap mendiamkan diri. Dia tidak pernah bercakap dengan enam pengiringnya itu. Sehingga ke enam pengiringnya mula faham. Mereka hanya menolong Nur Nilam Sari di atas keikhlasan hati puteri jelita itu. Bukan kerana perintah kerajaan Mangku Di Bumi. Lalu enam pengiring itu setia bersama Nur Nilam Sari walau di mana puteri itu berada.
Ketika duduk berzikir, Nur Nilam Sari di datangi sebuah gambaran rombongan Sultan mendaki puncak gunung itu.Mereka adalah orang hebat dan taat setia kepada Sultan. Dalam kerisauan tuan puteri itu, ke enam pengiring dari kerajaan Mangku Di Bumi telah menganggu rombongan Sultan itu. Rombongan itu diuji dengan pelbagai kejadian pelik yang di lakukan oleh ke enam pengiring Nur Nilam Sari. Tujuan ke enam pengiring itu adalah untuk menghalang niat rombongan itu. Akhirnya rombongan itu sampai kepada pengiring yang ke enam. Pengiring ke enam menyamar sebagai seorang nenek kebayan yang sangat tua dan hodoh. Keadaan di situ berubah menjadi sangat menyeramkan dengan tengkorak dan tulang belulang binatang merata tempat.
Rombongan Sultan itu terkejut melihat kemunculan seorang nenek kebayan di sebalik belukar di belakang pondok buluh itu.
" Apakah hajat cucu sekalian ini?" nenek kebayan menyapa sambil mengunyah tembakau hitam. Sesekali tangannya yang terketar ketar itu menonyoh di giginya yang terjojol keluar itu.
"Nenek, kami adalah rombongan menjunjung perintah Sultan. Kami ingin bertemu dengan seorang puteri yang menghuni gunung ini. Dia seorang cucu penyulam bunga istana" ujar salah seorang di dalam rombongan itu.
"Mengapa Sultan memerintahkan kalian mencari cucu penyulam bunga itu? " pengiring ke enam yang menyamar sebagai nenek kebayan pura pura tidak tahu.
"Sultan ingin menjadikan cucu penyulam bunga itu sebagai permaisurinya yang ke empat. Baginda telah kehilangan permaisurinya yang pertama" terang lelaki suruhan sultan itu lagi.
"Cucu tunggulah di sini. Nenek akan pergi bertanyakan pada tuan puteri itu" Pesan nenek kebayan itu lalu menghilang di sebalik belukar tebal itu.
Nur Nilam Sari hanya merenung ke arah pengiring ke enamnya itu yang ketawa bersama lima pengiringnya lagi. Mereka seolah olah sedang mempersendakan rombongan Sultan itu. Beberapa detik pandangan mata Nur Nilam Sari lama berhenti kepada pengiring ke enamnya itu. Dia dapat membaca helah dan syarat yang ingin di utarakan oleh nenek kebayan itu. Dia menghela nafas membiarkan pengiring ke enamnya itu bertemu rombongan sultan itu semula. Dia tidak akan pernah meminta dan berkawan dengan pengiring dari kerajaan Mangku Di Bumi itu. Mereka hanya memandang padanya dengan pandangan mata penuh hormat. Dia menganggap kehormatan itu adalah kerana makhluk di bawah tuhan yang sama. Iaitu tuhan yang satu, Allah.

Tetapi ketamakan Sultan itu lupa akan tuhan yang satu. Apa yang didambakan pasti ingin dimiliki biarpun secara paksa. Syarat yang di terima sungguh tidak masuk akal. Tetapi Sultan tetap mahu menunaikannya kerana ingin memiliki cucu penyulam bunga itu.

Beberapa hari selepas itu Nur Nilam Sari mendapat berita akan kekejaman Sultan terhadap rakyatnya. Rakyat negeri itu di kerah mengumpulkan seluruh emas milik mereka di dataran Istana Bukit Batu Putih untuk membina kenderaan emas dan kenderaan perak dari Istana Bukit Batu Putih ke Gunung tersebut. Emas itu di persembahkan diatas dataran istana itu. Ada juga rakyat yang tidak mahu memberikan emas mereka sehingga rakyat itu dipukul dan di siksa sehingga mereka menyerah kalah.

Hari kedua Sultan menitahkan mengumpul anak anak gadis seluruh rakyatnya di dataran istana. Mereka disuruh menangis secara paksa. Jika mereka tidak menangis mereka akan dipukul secara paksa sehingga mereka menangis. Airmata mereka telah di tadah di dalam tempayan yang berisi emas milik rakyat jelata itu. Air mata anak gadis itu masih tidak mencukupi sehingga sultan memerintahkan untuk menculik anak gadis dari negeri lain untuk di paksa menangis di dataran istana bukit batu putih. Tindakan Sultan membuatkan raja raja dari negeri lain sangat murka dan berlaku perbalahan antara raja raja pada ketika itu. Maka berlakulah peperangan kecil antara kerajaan kecil yang saling mempertahankan kekuasan dan milik mereka. Sehingga Sultan itu tidak lagi di sokong oleh mana mana raja lain. Mereka tidak mahu lagi membantu Sultan yang kejam itu.
Hari ketiga tempayan berisi emas itu telah berjaya dipenuhi dengan air mata anak dara dari seluruh pelosok negeri. Sultan gembira kerana syarat yg diberikan nenek kebayan itu hampir terlaksana. Perkiraan Sultan mula mencari maksud syarat keempat dan ke lima iaitu "merangkak di dataran, darah taruhannya" dan "terbang diudara, darah putih taruhannya". Setelah Sultan bertanya pada Nujum Istana, Sultan itu bersetuju memutuskan untuk menyiksa kesemua gadis yang menangis dataran itu sehingga darah mereka di masukkan ke dalam tempayan emas itu. Kesemua gadis gadis itu berlumuran darah kerana di sebat dengan belati dan dan di gantung di atas tempayan emas itu untuk diambil darah mereka. Tempayan berisi airmata emas itu bertukar menjadi merah darah kerana kekejaman raja. Kemudian gadis gadis itu dibakar sehingga mereka mati dan abunya berterbangan diudara sebagai taruhan darah putih. Kekejaman Sultan itu membangkitkan kegembiraan iblis. Berita kejamnya Sultan sampai keoada iblis dan sekutunya, syaitan. Maka perancangan Iblis bernama Aduka itu bertambah hebat.
Hari berikutnya Sultan menyediakan air pinang muda untuk memandikan anak kandunga sebelim disembelih. Bisikan Iblis telah menjadi panduan pada Sultab kejam, kerana membiarkan nafsu menguasai dirinya.
Nur Nilam Sari bergegas bersiap untuk turun ke Dataran Istana Bukit Batu Putih itu. Puteri itu berasa sungguh bersalah kerana Sultan itu menurut kata hati dengan bisikan iblis dan syaitan ke atas dirinya. Dia sudah tidak dapat menyelamatkan anak gadis negeri itu, tetapi dia akan menyelamatkan waris Sultan.
"Tuan Puteri, patik telah tahu segalanya. Izinkan patik bersama tuan puteri " Muhammad muncul sewaktu Nur Nilam Sari naik ke atas harimau putihnya.
"Ayuh, beta perlu turun ke dataran istana batu putoh debgan segera!" Balas Nur Nilam Sari. Muhammad turut menunggang harimau putih milik Nur Nilam Sari itu. Dari belakang Nur Nilam Sari, Muhammad menjarakkan kedudukan di antara mereka berdua. Sesungguhnya, bila berdua, ada yang ketiga. Semtuhan itu adalah yang ketiga disebut sebagai syaitan. Ia akan membuat seluruh perasaan bahagia dan nikmat di dalam dosa. Ramuannya adalah ghairah kehangatan api tiupan syaitan yang masuk ke tubuh manusia tanpa disedari mereka.
Harimau Putih turun merapati dataran istana. Anak Sultan menjerit jerit sambil menangis apabila badannya basah dan di ikat di atas tempayan tempayan emas itu. Sultan memalingkan wajahnya daripada melihat anaknya itu. Sedikit pun rasa tidak bersalah di hati Sultan. Dia hanya terbayang wajah cucu penyulam istana itu. Wajah anaknya tiba tiba lenyap dalam hatinya. Itulah tipudaya iblis dan syaitan. Nur Nilam Sari sudah tahu permainan Iblis dan Syaitan.

"Wahai Tuanku yang hebat sekali... " Nur Nilam Sari Berdiri di sisi anak sultan yang telah di ikat itu. Sultan terkejut mendengar suara Nur Nilam Sari. Baginda menoleh dan melihat seorang puteri cantik jelita berwajah hambar merenung ke arahnya.

"Tuan Puteri dambaan beta.. "ucap Sultan itu menghampiri Nur Nilam Sari. Belum sempat tangannya sampai di bahu puteri itu, Muhammad telah berdiri di hadapan Sultan. Sultan terkejut. Mukanya merah padam tanda murka.

"Cis!! Siapakah engkau wahai orang muda. Ini urusan beta dan puteri cantik jelita. Jangan cuba masuk campur " Ugut Sultan bercekak pinggang.

"Dia adalah cinta hati beta. Beta tidak mahu berkahwin dengan seorang sultan yang kejam. Lepaskanlah anak tuanku itu kerana dia masih kecil. Dia tidak bersalah" Pinta Nur Nilam Sari.

"Apakah tuan puteri ingin memungkiri janji? Beta telah hampir melaksanakan semua syarat itu.." Sultan merenung tajam ke arah Nur Nilam Sari.
" Itu bukanlah syarat... tapi ujian!!!" Jelas Nur Nilam Sari sambil menurunkan anak Sultan itu daripada terus diikat. Sultan terkejut.

"Ujian?????? apakah maksud tuan puteri? " Nur Nilam Sari memandang sultan. Mata mereka saling berpandangan. Hatinya sangat sedih dengan gadis gadis yang tekah terkorban itu.

"Seorang Sultan itu adalah pemimpin di dalam negeri. Sultan itu cermin untuk rakyatnya. Andai cermin itu tidak mampu menunjukkan keindahan buat rakyatnya.. maka kekejaman itu habuan buat rakyatnya. Sultan yang teguh agamanya adalah Sultan yang beriman. Sultan yang tidak tunduk pada nafsu serakahnya" Nur Nilam Sari berkata sambil memalingkan wajah daripada Sultan itu.
"Cis, puteri cuba membuat helah!! Janji tetap janji. Beta menuntut janji dari tuan puteri " Kemarahan Sultan membuat wajah baginda merah sekali. Marahmya seorang Sultan bersama nafsu marah sang duli. Nur Nilam Sari dan Muhammad saling berpandangan. Pengikut Sultan mula menghampiri mereka berdua. Muhammad cemas dan risau akan keselamatan Puteri Nur Nipam Sari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience