NUR NILAM SARI

Fantasy Completed 3984

Kehidupan Puteri Sulung dan Puteri Tengah di bumi mendakap juga gelaran sebagai Puteri di raja.Mereka telah dilahirkan di dalam keluarga kerabat raja. Satu keturunan yang berkuasa dan dihormati. Berbeza dengan kehidupan Puteri Bongsu. Dia di lahirkan oleh seorang wanita penyulam bunga istana sahaja. Malah dia cuma dibesarkan di dalam sebuah rumah kepunyaan nenek kebayan yang tua dan bongkok. Tetapi nenek kebayan itu mempunyai ilmu di dada yang tidak jemu jemu memberi tunjuk ajar kepada cucu kesayangannya.

Puteri bongsu Raja Petir itu di beri nama oleh Panglima Harimau Putih sebagai Nur Nilam Sari. Ibundanya Sang Gelem Baik Sakti hanya memanggil puteri bongsu dengan panggilan Nilam. Walaupun tinggal di kaki Gunung Ledang yang jauh dari perkampungan lain, Sang Gelem Baik Sakti dan Nenek Kebayan tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan makanan dan pakaian. Kehidupan mereka cukup sederhana. Mereka makan apa yang ada dan tidak pernah berimpian untuk menjadi kaya atau termasyhur. Prinsip dan pegangan itu telah diturunkan dan diwarisi oleh Nur Nilam Sari. Sehingga Nur Nilam Sari semakin dewasa cantik dan berilmu. Malah dia menjadi seorang gadis yang sangat baik dan taat kepada kedua orang tuanya. Walaupun begitu, adakala Nur Nilam Sari merasa kesepian dan kesunyian kerana tidak punya kawan kawan yang sebaya dengannya.

Suatu hari Nur Nilam Sari ingin bermain di Air Terjun Cempaka Biru.Dia meminta kebenaran daripada ibunya, Sang Gelem Baik Sakti.

"Ibu, Nilam berasa tidak keruan di hati ini. Nilam ingin melepaskan rasa ini dengan bermandi di Air Terjun Cempaka Biru. Sudah lama ayah pergi merantau dan tidak pulang pulang.... Nilam rindukan ayah" Beritahu Nur Nilam Sari pada ibunya. Sang Gelem Baik Sakti tersentak mendengar keluhan Nilam. Sebenarnya dia masih merahsiakan daripada Nur Nilam Sari siapakah sebenarnya ayahnya.

"Kenapa Nilam? Bukankah Nilam tahu ayah Nilam seorang Panglima Raja. Tentulah dia perlu taat kepada raja. Itukan kerja seorang Panglima" Pujuk ibunya.
"Benar ibu, tetapi Nilam selalu kesunyian.Sejak Nilam sudah besar, ayah jarang pulang. Tidak seperti waktu Nilam masih kecil. Ayah selalu bersama Nilam" Dengan wajah yang sedih Nur Nilam Sari memandang ibunya.Dia meminta simpati dari Sang Gelem Baik Sakti supaya memahami perasaan hatinya.

"Sekarang perang sering melanda di negeri tempat ayah Nilam berkerja. Nilam kene bersabar untuk bertemu ayah. Kita kene solat dan berdoa supaya ayah selamat pulang" terang ibunya sambil menyusun kayu api di pinggir dapur rumah mereka.

"Kalau begitu Nilam mau ke Air Terjun Cempaka Biru. Nilam ingin mandi di sana dan bertemu kawan kawan ayah yang mengajar Nilam memanah, bermain pedang dan berenang, "Pinta Nur Nilam Sari memegang tangan ibunya.

"Air Terjun Cempaka Biru???? Ibu pun tak berani mandi di situ...Nilam pula bercerita tentang kawan ayah. Setahu ibu, tiada siapa yang tinggal di situ. Cuma kita sahaja paling hampir dengan dengan Air Terjun Cempaka Biru. Nenek dah melarang keras ibu ke sana. Nilam pun tidak boleh ke sana" Sang Gelem Baik Sakti kerisauan. Dia tidak berani ke sana kerana nenek kebayan telah melarang dia ke sana. Malah dia dan nenek kebayan hampir ditelan ular sawa besar sewaktu mereka pergi mencari bunga cempaka biru untuk Sultan Melaka. Mujurlah Panglima Harimau Putih datang membantu mereka. Panglima Harimau Putih telah membunuh ular besar itu. Dan akhirnya Panglima Harimau Putih jatuh cinta dengan Sang Gelem Baik Sakti. Mereka telah pun menjadi suami isteri.
"Janganlah Nilam. Ibu risau jadi apa apa pada Nilam"Ibunya memegang bahu Nur Nilam Sari. Dia sangat sayangkan anaknya. Itulah satu satunya anaknya dengan Panglima Harimau Putih. Selepas kelahiran Nilam, dia tidak menunjukkan tanda tanda akan mengandung lagi. Kini sudah 22 tahun berlalu, Nilam tidak mempunyai adik lagi.
"Bolehla ibu, Nilam sudah besar. Tahulah Nilam menjaga diri Nilam"pujuk Nur Nilam Sari. Ibunya tidak mengendahkan pujukan Nilam. Malah terus meninggalkan Nilam terkulat kulat di dapur kayu itu.
"Apa cu.... dari tadi bising" Nenek kebayan muncul dari pintu dapur sambil membawa talam bunga rampai bersama daun pandan.

"Nilam nak pergi mandi di air terjun Cempaka Biru, nek" jawab Nilam sambil memetik bunga Cempaka putih yang terjulur keluar dari bakul rotan nenek kebayan.

"Jangan Cu, di situ bahaya. Ada perkampungan yang kita tidak nampak. Nenek takut nanti cucu tersampuk"Nenek kebayan duduk di anak tangga dapur sambil mengeluarkan sireh. Dia meletakkan kapur, tembakau, cengkih,pinang dan terus melipatnya. Sireh itu disumbat kemulutnya yang hanya bergigi sebatang itu. Nilam menurut perilaku nenek kebayan sambil mengunyah sireh juga. Tetapi dia tidak meletakkan tembakau dan cengkih. Busuk dan pedas katanya. Dia tidak tahan bau busuk dan rasa yang pedas.
"Bolehla nek, Nilam nak jumpa kawan kawan ayah. Dah lama ayah tidak pulang. Nilam nak tanya mereka, kemana ayah pergi. Sudah lebih 24 purnama ayah pergi" Ujar Nur Nilam Sari sambil bermain selendang putih bersulam manik hijau pemberian ayahnya Panglima Harimau Putih.
"Benarkah kawan ayah Nilam ada tinggal di situ?" nenek kebayan kehairanan. Setahunya tiada siapa yang tinggal di air terjun itu. Tempat itu berpenunggu semenjak satu perkampungan di situ hilang. Dahulu ada satu perkampungan di situ, tetapi mereka tiba tiba hilang dan rumah rumah mereka di tinggalkan begitu sahaja. Ke mana mereka pergi tiada siapa pun yang tahu. Menurut cerita orang dahulu, mereka yang tinggal di situ telah mati, jadi tidak ada sesiapa yang berani datang ke situ. Tambahan pula tempat itu banyak binatang buas dan bahaya.
"Adala nek. Kawan ayah pandai bermain pedang, memanah dan berenang. Nilam ingin ke rumah mereka"ujar Nur Nilam Sari beria.
"Kalau begitu biar nenek temankan"jawab menek kebayan menyarung selendangnya.

"Tapi nenek penat... bukankah nenek baru balik dari istana" Nur Nilam Sari tersenyum melihat nenek kebayan terkocoh kocoh berjalan ke pintu.

"Bukan jauh cu, nenek langkah je dah sampai"Balas nenek kebayan mengambil tongkatnya yang tersandar di pinggir pintu dapur itu.

"Kalau begitu boleh ajak ibu sekali"ujar Nir Nilam Sari tersenyum. Dia sungguh gembira kerana nenek kebayan sanggup menemaninya.

"Tak perlu cu. Kita pergi berdua sahaja. Pintu Batin nenek tidak boleh membawa 3 orang manusia. Cucu dengan nenek sudah cukup"Jawab nenek kebayan menghayunkan tongkat kayunya yang bengkok itu. Tangan Nur Nilam Sari di tarik masuk ke dalam lohong bercahaya.Nur Nilam Sari sungguh terkejut melalui lohong itu. Seketika mereka tiba di pinggir Air Terjun Cempaka Biru itu.

"Wah.. ilmu apakah yang nenek pakai. Ini kali pertama Nilam melihatnya"Nur Nilam Sari membeliakkan matanya membelek tongkat nenek kebayan.

"Itulah ilmu memintas laluan cahaya, cu. Ilmu zahir dan batin. Ketukan ke alam ghaib,..."nenek kebayan ketawa kecil sambil terbatuk batuk.

"Nilam nak belajar la, nek"pinta Nur Nilam Sari sambil membontoti nenek kebayan meredah belukar di pinggir Air Terjun Cempaka Biru itu.

"Tak payahla, cu. Nanti cucu cepat tua macam nenek. Rambut jadi putih, badan pun jadi bengkok berkedut" ujar nenek kebayan sambil berhenti mengadap Air Terjun Cempaka Biru yang tingginya lebih dari 15 kaki. Mereka berdua sama sama mendongak melihat air terjun itu.

"Kenapa jadi tua, nek. Nilam tidak faham" rungut Nur Nilam Sari melihat nenek kebayan semula.

"Cu, alam di sana banyak pintu lagi bukan macam alam kita ini. Di sana masanya tidak sama dengan di sini. Nanti cucu cepat tua, rambut putih badan bengkok" kata nenek kebayan ketawa kecil.Dia duduk di banir pohon kayu yang besar. Nur Nilam Sari tercari cari rumah buluh berhalaman pasir tempat dia dan ayahnya bermain pedang semasa dia masih kecil dahulu. Tetapi rumah buluh itu tiada di situ. Hanya halaman pasir sahaja masih bersisa di pinggir pokok besar itu. Dia teringat ayahnya mampu terbang dari pokok besar itu naik ke puncak air terjun itu sambil menggendong dirinya. Barulah Nur Nilam Sari faham, ayahnya bukanlah calang calang manusia sehingga mampu terbang setinggi itu.
"Cu, nenek hendak mengutip bunga cempaka biru di atas sana. Cucu mahu ikut?" Soal nenek kebayan kepada Nur Nilam Sari sambil menyapu punggung bajunya yang kotor.

"Oh, pergilah nek. Nilam kepingin mandi di sini" ujar Nilam sambil melucutkan bajunya. Nenek kebayan tersenyum mengangguk angguk dan berlalu pergi.

Ketika Nur Nilam Sari sedang mandi, terasa seperti kainnya di tarik sesuatu. Hampir terlucut dari badannya. Bingkas dia bangun. Dia terasa seperti tangan yang sedang menjalar di tubuhnya.

"Siapa itu? "Nilam memukul air yang tenang mengalir itu.

"Hamba, Tuan Puteri"Sahut satu suara. Nur Nilam Sari cemas keluar dari air itu.

"Keluar tuan hamba dari air... !Sungguh kurang sopan sekali" marah Nur Nilam Sari mencapai bajunya dengan segera.

"Hamba air yang Tuan Puteri mandi. Hamba memohon maaf kerana menarik kain tuan puteri" Lalu Air itu menimbulkan wajahnya dengan segera. Nur Nilam Sari sungguh terkejut melihat sang air tersenyum.

"Bagaimanakah hamba boleh melihat kamu sang air yang miang?! sungguh kamu biadap! " Marah Nur Nilam Sari sambil duduk di atas batu di pinggir air terjun itu.

"Sang air tidaklah sebiadap tuan puteri. Memberikan punggung ke muka hamba" Sahut satu suara lain pula. Nur Nilam Sari bingkas bangun terkejut lagi. Batu yang Nur Nilam Sari duduk itu tersenyum memandangnya.

"Batu yang tersenyum.... air yang bersuara..."Nur Nilam Sari terduduk di atas pasir sungai itu. Dia mengengsot ketakutan. Mimpi apakah yang sedang dialaminya, dia tidak tahu.

"Janganlah tuan puteri mengais hamba pula. Tuan puteri sepatutnya berjalan dengan betul, " Pasir pula menegur Nur Nilam Sari. Kali ini Nur Nilam Sari semakin terkejut. Dia berdiri memandang sekelilingnya. Semua tumbuhan, batu, air, tanah dan angin mempunyai mata dan mulut. Mereka hidup di mata Nur Nilam Sari. Nur Nilam Sari menangis ketakutan sehingga muncul serumpun akar kayu mencuit wajahnya yang kemerahan itu.
"Maafkan kami, tuan puteri" Suara mereka serentak bergema di air terjun cempaka biru itu. Nur Nilam Sari mendongakkan wajahnya melihat satu persatu kehidupan di situ. Mereka makhluk yang hidup dengan nama Allah.
"Subhanallah , hamba tidak bermimpi"ucap Nur Nilam Sari terkedu. Berkali dia mengusap matanya yang tidak berkelip memandang semua yang berada di situ. Mereka bergerak gerak sambil melambai dan tersenyum kepadanya. Nur Nilam Sari bingkas bangun menyarung baju dan selendangnya.
"Tuan Puteri berasal dari atas itu. Janganlah tuan puteri terkejut lagi. Kami semua cukup kenal dengan Puteri Bongsu"Pokok itu tersenyum mendekatkan wajahnya dengan Nur Nilam Sari.

"Ta...ta.. tapi hamba bukan tuan puteri. Ham...ham.. hamba bernama Nur Nilam Sari" Jawab Nur Nilam Sari terketar ketar. Masing masing memerhatikan dirinya yang sedang ketakutan itu.

"Janganlah tuan puteri berasa takut. Kamilah yang sepatunya takut dengan tian puteri kerana kelebihan yang tuan puteri miliki. Tuan Puteri seorang pemburu dan pelindung"Angin lembut itu membelai wajahnya. Puteri merenung tajam ke arah angin itu. Tiba tiba angin itu bertukar menjadi kunang kunang. Semua yang memandang Nur Nilam Sari terkejut. Nur Nilam Sari juga terkejut.

"Dengan renungan tajam, kunang kunang pertukarannya"Pokok tua di situ ketawa.

"Apa maksudmu, wahai pokok reput"Nur Nilam Sari mendekati pokok itu.

'Hati hati dengan kemarahan, tuan puteri. Ia bisa menjadi sumpah kepada kami semua.. "Jawab pokok tua itu lagi.

"Owh...benarkah. Hamba tidak tahu sang kunang kunang. Maafkan hamba"Jawab Nur Nilam Sari kekesalan. Tiba tiba kunang kunang itu bertukar semula menjadi angin yang lembut. Sang angin ketakutan dan beredar jauh dari Nur Nilam Sari.

Qi Sapu Angin tersenyum sambil duduk di atas busut yang melata. Angin yang lembut itu dimasukkan ke dalam poketnya.Itulah yang ingin dia ketahui. Kebolehan anak Raja Petir yang paling bongsu itu lebih hebat dari puteri sulung dan puteri tengahnya. Dia melihat ke dalam wadah gelok angin, Nur Nilam Sari berlari mendapatkan nenek kebayan menuju pulang ke rumah mereka. Qi Sapu Angin bingkas terbang menuju Istana Awan Larat. Dia membawa berita gembira untuk Raja Petir, bekas anak muridnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience