QI SAPU ANGIN

Fantasy Completed 3984

Sudah berminggu Raja Petir memikirkan kejadian yang berlaku di tiang kapal manusia itu. Sehingga baginda tidak menghiraukan Permaisuri Guruh. Lalu sebagai seorang isteri, Permaisuri Guruh mula menyiasat keadaan Raja Petir. Dengan kuasa yang dimilikinya, Permaisuri Guruh telah menukarkan dirinya menjadi seekor Burung Cenderawasih merah. Baginda permaisuri menghampiri Raja Petir yang duduk termanggu di pinggir kolam pancur di pinggir Istana Kerajaan Awan Larat.

"Wahai Si Raja Petir yang gagah perkasa, mengapakah Tuanku bermuram durjana seperti si pungguk merindukan bulan? " Sapa burung cenderawasih yang hinggap di bahu Raja Petir.

" Engkau rupanya Cenderawasih, Sang Pendamping Wali Allah. Mengapa engkau singgah di sini? Aku sungguh susah hati memikirkan 3 puteriku... "Jawab Raja Petir memandang ke arah burung cenderawasih itu.

"Aku lalu di sini untuk ke Gunung Ledang mengambil berita tentang warisnya wali keturunan Sunan Si Gunung Jati. Lalu aku melihat Raja yang sebelum ini gagah dan di geruni oleh seluruh alam ini sedang bermuram durjana. Ceritakanlah pada hamba, Tuanku"Ujar Burung cenderawasih itu.
"Ya Cenderawasih, aku sedang memikirkan waris waris ku kelak jika terjadi sesuatu pada Kerajaan Awan Larat ini" Raja Petir merenung kearah Istana Awan Pelangi tempat beristirehat puteri puteri baginda. Ketiga tiga puteri baginda yang muda remaja itu leka bermain panah api ke arah Sang Suria di Timur Laut.
"Apakah maksud tuanku? Bukankah mereka selamat bersama tuanku di sini? " Burung cenderawasih itu memancing apa yang difikirkan oleh Raja Petir.
"Sebelum ini beta tidak terfikir yang Allah ciptakan manusia itu cukup sempurna. Khalifah tertinggi di mukabumi. Sehingga beta merasakan manusia dimukabumi itu hanyalah makhluk yang lemah lagi bodoh.......lalu beta tidak menghiraukan kewujudan mereka. Kini beta telah faham kewujudan mereka di mukabumi adalah cukup sempurna. Allah telah menyempurnakan satu kehidupan yang semakin berkembang dengan baik" terang Raja Petir memandang ke arah lautan yang luas. Kapal kapal mula membanjiri lautan belayar ke sana sini. Manusia hidup dengan aman sentosa di pinggir pinggir pantai. Mereka berkembang biak dengan baik. Rumah mereka kecil dan usang... tapi Raja Petir mula memahami manusia itu bijak dan bukan bodoh. Mereka membina rumah mereka sendiri dengan anggota tubuh mereka. Mereka tidak menggunakan kuasa seperti Raja Petir dan rakyatnya. Allah tidak memberikan apa apa kuasa pada manusia. Mereka hidup dengan usaha mereka. Raja Petir kagum. Malah mereka mampu membina kapal sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yamg lain.
"Jadi apakah rancangan Tuanku?, " Soal burung cenderawasih.
" Beta ingin mengahwinkan puteri puteri beta dengan manusia biasa" jawab Raja Petir. Burung Cenderawasih tersentak. Baginda permaisuri terus mengelak diri dari Raja Petir.
"Jika itu yang tuanku ingin lakukan, lebih baik tuanku berbincang dengan Guru Tuanku dahulu.... ini bukanlah perkara yang boleh dipersendakan. Hamba pergi dulu ya, Tuanku " Burung cenderawasih itu terbang meninggalkan Raja Petir bersendirian di situ.

"Guru beta........ " bisik hati Raja Petir. Barulah baginda teringat tentang Guru yang mengajar baginda terbang dan mengawal kuasa baginda sejak kecil. Qi Sapu Angin, itulah nama guru Raja Petir yang tinggal di Utara ke Selatan negeri. Raja Petir merancang akan berangkat ke Negeri Qi Sapu Angin dengan segera.
Qi Sapu Angin adalah Raja Angin yang menjaga bala tentera angin dari Utara ke Selatan Negeri. Qi Sapu Angin jarang munculkan diri kerana Qi Sapu Angin lebih gemar tidur di Selatan Laut Bumi. Dengan tidur, dengkuran Qi Sapu Angin masih berhembus menyapa mukabumi. Qi Sapu Angin akan bangun sekiranya Matahari mula sampai ke barat. Tetapi Qi Sapu Angin jarang marah kerana jika Qi Sapu Angin marah, baginda akan meniup laut dan bumi, maka akan terjadi taufan yang dasyat. Sehingga membawa bencana pada manusia.
Seperti yang di rancang Raja Petir pun bertolak menemui Guru baginda. Beberapa hari perjalanan akhirnya Raja Petir tiba di tempat Qi Sapu Angin. Kedatangan Raja Petir telah di ketahui oleh Qi Sapu Angin. Malah bekas guru Raja Petir itu tahu masalah yang di hadapi oleh anak muridnya itu.
"Sudahku tahu hajatmu, anak muda" Qi Sapu Angin tersenyum menyapa Raja Petir.
"Kijang Pak Malau berkaki empat, Datang bersembah di angin lalu, datang hamba bukan sebarang datang, datang memang membawa hajat" jawab Raja Petir tersenyum sambil memeluk bekas gurunya itu.
"Tidak aku menyangka segagah ini tubuhmu, anak muda" Qi Sapu Angin menepuk mesra bahu Raja Petir.
"Usah lah Tok Guru mengusik lagi. Hamba datang ini ingin tahu pendapat Tok Guru tentang permasalahan hamba"
"Apakah masalahmu wahai anak muda? "Qi Sapu Angin duduk bersila diatas Busut Angin yang melata di balik sebuah gunung Selatan negeri itu.
"Seperti yang Tok Guru tahu, hamba sudah berkahwin dengan Puteri Guruh sebelum ini.Iaitu anak tungggal Kerajaan Mangku Di Bumi. Dan hamba telah mendapat 3 orang puteri yang juga berguru dengan Tok, sebelum ini" terang Raja Petir.
"Oh ya... 3 puterimu yang begitu nakal itu" Qi Sapu Angin ketawa berdekah dekah apabila teringat telatah 3 puteri Raja Petir.
" Kenapa Tok Guru ketawa? " Raja Petir jengkel dengan telatah Qi Sapu Angin.
"Tiada apa apa, anak muda. Baiklah apakah masalahmu? Ceritakanlah"
" Hamba ingin mengahwinkan puteri puteri hamba itu dengan manusia biasa, Tok. Hamba telah fikirkan perkara ini sedalam dalamnya. Kerajaan Awan Larat tidak akan dapat bertahan lagi di masa akan datang. Kerajaan Awan Larat akan runtuh ke bumi juga satu masa nanti. Sedangkan manusia akan terus berkembang biak di mukabumi membangun dan bertamadun" terang Raja Petir.
"Benar apa yang kamu katakan itu, Petir. Tok sudah lama tahu. Tapi apakah maksud kamu untuk mengahwinkan puterimu dengan manusia? "Qi Sapu Angin melontar pandangan matanya ke perkampungan nelayan berhampiran tempat tidurnya itu.

"Hamba ingin waris hamba terus ada di mukabumi ini, Tok. Waris hamba akan terus menggunakan kuasa yang Allah berikan itu untuk melawan iblis dan syaitan. Itu perjanjian dan amanah keturunan hamba Tok. Sudahkah Tok lupa apa pesanan ayahanda hamba sebelum beliau gugur ke mukabumi menjadi batu? " Ujar Raja Petir terbayang akan kematian ayahandanya ketika dijerut Iblis dengan tali Pokok Ara sebelum diseret sekitar belantara Sumatera. Tubuh ayahandanya telah hancur di siat siat iblis menjadi batu batu pergunungan. Dicampak merata pergunungan dan di pisahkan antara satu sama lain.
"Jangan dikenang kisah yang lalu, Petir. Tok bukan tidak setuju cadanganmu itu untuk mengahwinkan puteri puteri mu dengan manusia. Tapi, mampukah mereka hidup tanpa kuasa? Manusia biasa tidak punya kuasa seperti kita untuk melawan iblis dan syaitan. Manusia biasa hanya di kurniakan akal fikiran serta pancaindera yang sempurna dan kita tidak memiliki kesempurnaan mereka itu" terang Qi Sapu Angin.
"Tapi Tok, Puteri puteri beta telah ada kuasa itu sejak lahir. Setelah berkahwin mereka boleh menggunakan kuasa itu untuk melawan musuh mereka" Raja Petir mengerutkan dahi.
"Benar, Petir. Tapi jika engkau ingin mengahwinkan puterimu dengan manusia biasa, mereka perlu menjadi manusia biasa. Mereka tidak boleh turun ke bumi sebagai puteri kayangan. Andai kaki mereka menjejak bumi, musnahlah jasad dan kuasa puterimu. Berakhir sebagai batu, pasir, air, permata, emas ataupun apa sahaja yang akan disumpah keatas diri mereka. Engkau telah lupa perjanjian langit dan bumi......"kita saling menatap... tapi kita tidak akan bersatu"...ingatlah perjanjian itu, petir" Terang Qi Sapu Angin. Raja Petir terpana dengan kata kata Tok Gurunya itu. Bermakna puterinya perlu menjadi manusia dahulu sebelum berkahwin dengan manusia.
"Jadi, apakah harus beta lakukan, Tok? "
"Putuskan dengan baik bersama sama permaisuri dan puterimu, Petir. Andai mereka bersetuju, kau harus hantar puterimu kedalam rahim manusia yang baru berkahwin dan puterimu akan menjadi anak mereka. Setelah itu engkau boleh melihat perkembangan anakmu sehingga mereka dewasa. Tapi engkau tidak boleh berkomunikasi dengan mereka selagi mereka tidak dapat membuka mata batin mereka sendiri. Dan, engkau tidak boleh mengharap kejayaan puterimu bersama manusia, kerana ujian dan gangguan hidup mereka lebih hebat dari manusia biasa. Mereka akan hidup seperti manusia lain, tapi orang sekeliling mereka mungkin tidak akan menyukai mereka dan bersikap hasad dengki. Ini adalah kesan pukauan iblis ke atas manusia yang memandang warismu... tetapi bukan semua manusia akan membenci warismu, hanya yang berpegang dengan agama Allah, ajaran Al Quran akan dapat melihat kelebihan warismu. Tok harap, walau 1000 tahun penantianmu untuk warismu kelak.... setiap keturunan mu itu akan ada satu keturunan yang dapat berkomunikasi dengan dirimu, Petir. Tapi kelebihan itu diberikan oleh Tali penyambung langit dan bumi dengan izin Allah swt sahaja" Terang Qi Sapu Angin terangguk angguk kepalanya memandang Raja Petir.
"Apakah Tali Penyambung Langit dan bumi, Tok? " Soal Raja Petir.
Qi Sapu angin tersenyum simpul. Dia memandang ke arah matahari yang mula turun ke arah barat.
"Waris Terakhir mu tahu apa itu Tali penyambung langit dan bumi. Bersabarlah wahai Petir. Semoga kita dipanjangkan usia" Qi Sapu Angin terus hilang bersama angin lalu. Raja Petir bungkam. Apakah yang harus dilakukan oleh Raja Petir untuk menyelamatkan waris kerajaan Awan Larat? Barulah Raja Petir teringat akan kekasih hatinya, Permaisuri Guruh. Pantas dia meluru ke lintasan cahaya menuju pulang ke istana Awan Larat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience