BIDADARI JELMAAN SYURGA

Fantasy Completed 3984

Aduka ketawa besar selepas mendengar kemarahan dan sumpah Sultan. Dia telah berjaya menghasut seorang Sultan berlaku kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Sekutunya syaitan turut ketawa kegembiraan. Suara mereka seperti keldai yang meraung raung di malam hari. Iblis menyambung ketawanya yang kuat kegembiraan sambil melaung laungkan suaranya yang nyaring ibarat seekor anjing. Itulah tanda keangkuhan dan kesombongan iblis.
"Lihat kebijaksanaan aku... tidak seperti Adulha yang bodoh itu. Sudah menghilang ditelan bumi agaknya.. dia masih tidak berjaya menghasut anak cucu adam! " Begitu angkuh kata kata Si Aduka. Syaitan melompat lompat sambil bertepuk tangan kegembiraan. Lagak mereka seperti anak kecil mendapat gula gula.
"Masa untuk Puteri Bongsu musnah... Sultan terpedaya dengan nafsu, puteri itu hancur kerana rupanya sendiri" Seekor syaitan terangguk angguk sambil melompat lompat di sisi Aduka.
"Itulah manusia, haha.."tawa Aduka mengejek. "Lelakinya akan kalah dengan nafsu, kelemahan utama mereka. Perempuannya kalah dengan kecantikan, kelemahan utama mereka. Tanpa nafsu dan kecantikan tiadalah senjata hebat kitaaaa!!!!! " Aduka ketawa berdekah dekah. Dia merasa dirinya sungguh bijak dan berkuasa dari manusia. Ternyata dia bangga menusia telah kalah ditangannya hanya kerana keinginan nafsu dan kecantikan.
"Tidak lama lagi, jasad Puteri Bongsu akan berkecai menjadi debu. Kecantikan yang di dambakan lelaki bukanlah sehebat mana, ia akan lenyap dengan kuasa aku kepada Puteri Bongsu. Puteri yang terlihat jelita pada manusia kerana pukauan tanganku di hati Sultan dan penduduk lainnya" Aduka menunjukkan tangannya yang besar dan hitam pekat itu. Kukunya merah menyala mengais wajahnya yang berpeluh hijau.
"Kami sudah tahu akan pukauan tanganmu, ya iblis. Semenjak kami melihat puteri bongsu kami sudah dapat mengagak dirimu telah meletakkan satu kecantikan yang tiada tolak bandingannya bagi memusnahkan waris Raja Petir itu" Syaitan tersenyum menjeling Aduka. Mata mereka yang lebam hitam itu amat menakutkan.
"Aku pernah hidup di syurga... dan aku masih punya kuasa dari Tuhan yang satu itu. Cuma diriku tidak seindah sewaktu di syurga. Bila aku dibuang ke bumi, kuasa kecantikan aku tidak lagi kekal kerana kutukan dan di laknat Tuhan yang satu itu.... tapi sebelum ia musnah aku telah memindakan kecantikan aku kepada Puteri Bongsu....aku mahu waris Raja Petir itu musnah. Tidak bersisa dibumi ini" Aduka menggenggam tangannya penuh dendam. Sejak zaman Adam dan Hawa Iblis berjanji akan memusnahkan sesiapa sahaja yang menghalang dendam dan keangkuhannya terhadap umat manusia, termasuklah Raja Petir. Makhluk yang sentiasa memburu akan kehidupannya dan sekutunya.
"Itu juga kami tahu, ya Aduka"
"Benar.. tetapi Puteri Bongsu tidak tahu, kecantikannya akan menjadi sebutan zaman berzaman. Disebabkan itu dia akan tersiksa tanpa jasad, tidak mati tidak hidup..... dia adalah waris dari keturunan yang aku fitnah kerana ketauhidan datuknya kepada tuhan yang satu. Tetapi sebelum manusia manusia itu aku celakakan dengan fitnah, Sang Gelem Baik Sakti telah berjaya mereka selamatkan dan dihanyutkan dari gunung itu...Tetapi ulama yang begitu bijak dari aku itu telah aku celakakan dengan hasutan hasad dengki sesama mereka. Maka setiap ulama itu, pasti ada sedikit kehitaman hati walau mereka taat dalam beribadah.Itulah kelemahan seorang ulama walau setinggi mana ibadat mereka...kelemahan hati, hahaha....ya itulah hati.. hati seorang manusia yang putih dari syurga tetapi menjadi hitam bila dibumi..haha... mereka masih tidak sedar hahaha... " Tawa Aduka lagi. Dia kegembiraan kerana kejayaan besar membinasakan hidup Puteri Bongsu.
"Itu juga kami tahu, ya Aduka" Sahut syaitan.
" Aku memberitahu kerana aku sedang menunjukkan kehebatan aku pada kamu semua, ya syaitan! Puteri Bongsu yang aku beri pukauan kecantikan Bidadari Syurga sememangnya tidak akan kekal di bumi. Ia hanya sebagai senjata aku memusnahkan keturunan Raja Petir dan Sang Gelem Baik Sakti sekaligus" Aduka mendabik dada bangga.
"Tetapi kami berasa hairan, ya Aduka. Datuknya telah mati mereka bunuh, lalu jasad si tua itu telah hilang meninggalkan tongkatnya... adakah itu kerjamu, ya Aduka???? " Soal Syaitan menggerakkan ekornya.
"Tidak! Aku tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan manusia setelah mati... kerana bilamana mereka mati, itu pertemuan mereka degan tuhan yang satu.Tetapi aku bisa menganggu mereka ketika mereka susah untuk mati... kerjaku yang terakhir untuk memastikan mereka sesat....... "Aduka membuat pengakuannya.
"Jadinya.... mengapa jasad si tua itu ghaib????? "Syaitan bertanya lagi. Mereka terpinga pinga kebodohan.
"Itu urusan tuhan yang satu...Aku juga tidaklah tahu urusan kematian setiap manusia itu... Aku cuma ingin mereka sesat dan menjadi bodoh dari aku kerana janjiku pada tuhan yang satu itu" Jawab Aduka.
"Tapi adakah Puteri Bongsu bernama Nilam Sari itu akan benar lenyap dari bumi ini wahai Aduka?" Syaitan bertanya lagi. Aduka ketawa.
"Ya... dia tidak punya masa lagi untuk terus memiliki kecantikan jelmaan bidadari syurga itu, kerana aku berjaya melakukan tipu daya keatas Sultan dan dirinya" Terang Aduka.
"Mesti sekelip matakah ia akan hilang wahai Aduka? "

"Tidak, perlahan lahan jasadnya akan menghilang dan menyiksa dirinya"ujar Aduka. Syaitan melompat lompat kegembiraan seperti anak kecil yang mendapat gula gula. Iblis itu terus melompat ke dinding gua yang gelap.Tubuhnya hilang ditelan kegelapan gua. Syaitan syaitan bertelinga panjang dan berekor seperti keldai itu juga menghilang meninggalkan asap.
Di Dataran Istana Batu Putih suasana hening dan suram selepas Sultan pergi. Nur Nilam Sari berhenti di sudut dataran itu sambil duduk di bawah sebuah pokok besar di situ. Muhammad menarik lengan Nur Nilam Sari. Dia tidak mahu lagi mereka berdua mengejar Sultan. Muhammad tidak mahu pertarungan berlaku lagi.
"Sudahlah, Tuan Puteri. Tidak ada gunanya kita mengejar Sultan lagi. Sultan telah pergi" Muhammad memujuk Nur Nilam Sari.
"Dalam sumpah Sultan ada bisikan Aduka.Beta perlu menyelamatkan Sultan dari bertindak lebih zalim. Sultan akan menjadi Sultan yang zalim kelak... " terang Nur Nilam Sari.
"Tapi patik risaukan,tuan puteri. Apa akan jadi pada pada diri tuan puteri. Kita perlu berjumpa ayahanda tuan puteri, Raja Petir" Muhammad memujuk Nur Nilam Sari.
"Beta tidak punya masa lama Muhammad. Tidak lama lagi tuan hamba tidak akan dapat melihat diri beta lagi"
"Apa maksud Tuan Puteri? "
"Jasad beta akan menghitam dan menjadi debu. Beta tidak akan dapat di lihat oleh sesiapa lagi. Diri beta ibarat udara yang berterbangan disiram cahaya" Nur Nilam Sari membuat Muhammad bersedih. Hatinya terluka.
"Tapi kenapa? "
"Semuanya salah beta. Beta terlampau pendiam dan perahsia. Beta tidak mempertahankan kebenaran tentang syarat daripada enam pengiring itu.Syarat itu bukanlah syarat beta"
"Patik akan bawa tuan puteri bertemu Raja Petir" putus Muhammad. Nur Nilam Sari hanya mendiamkan diri. Muhammad memandang Nur Nilam Sari. Wajahnya semakin pucat. Tetapi wajah itulah yang mencuri hati Muhammad. Wajah jelmaan bidadari syurga. Hati Muhammad sayu menatap Nur Nilam Sari semakin lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience