SELAMATKAN PUTERI DEWI

Fantasy Completed 3984

Angin bertiup kencang pada hari itu. Pohon kelapa bagai ingin tercabut ditiup angin. Orang di pulau itu lari bertempiaran menuju ke rumah mereka. Raja Busu dan Raja Amirullah yang sedang berbual di dalam kapal terkejut mendengar bunyi jeritan orang kampung. Mereka segera menjengah di beranda kapal. Kelihatan beberapa biji rumah orang kampung tumbang dipukul angin.
Tiba tiba guruh berbunyi kuat membuat tiang kapal itu bergegar. Raja Amirullah dan Raja Busu saling berpandangan. Awan hitam mula berarak ketengah lautan. Keadaan menjadi gelap.
"Ribut bakal melanda...."ujar Raja Busu. Mukanya mula cemas. Sejak dari pagi dia tidak melihat Puteri Dewi.
"Baik kita pulang ke istana"Raja Amirrullah memegang bahu Raja Busu. Raja Busu mengangguk angguk setuju. Lalu mereka segera berangkat pulang ke istana.
Setibanya di istana, Raja Busu mencari cari Puteri Dewi. Tapi anaknya itu tidak kelihatan. Raja Busu menjenguk ke luar istana. Istana Pulau itu terletak di atas sebuah bukit di pinggir pantai. Dari beranda istana, Raja Busu melihat ke pesisir pantai.Mata baginda tertancap pada sosok tubuh Puteri Dewi yang berlari dalam hujan. Bajunya basah kuyup menuju kapal ayahandanya. Raja Busu bergegas ingin keluar dsri istana. Raja Amirullah memegang bahu Raja Busu sambil memberi isyarat mata kearah Puteri Dewi. Raja Busu baru perasan Puteri Dewi bersama seorang pemuda. Barulah Raja Busu teringat itulah pemuda yang selalu diceritakan oleh Puteri Dewi.Angin kencang yang bertiup deras menyebabkan Raja Busu tidak pergi mendapatkan anaknya. Baginda hanya mampu memandang dari istana. Panahan petir sabung menyabung di langit dan ditengah lautan. Sesekali berdentum mengena bumi. Ada yang di sambarnya tetapi Raja Busu memohon kepada Allah swt akan keselamatan Puteri baginda.
          Panahan halilintar itu hampir mengena Iblis yang melompat masuk ke dalam sebuah kapal. Raja Petir membuat kecutan awan hitam itu. Kali ini gelombang panahan petirnya hampir mengena Iblis, tetapi untuk panahan kali ke dua, Raja Petir tidak meneruskan niatnya.

"Beta sudah memanah berkali kali, tetapi si Iblis itu berjaya melarikan diri" rungut Raja Petir mencari si iblis di sekeliling kapal manusia itu. Tetapi dia sangat terkejut kerana Puteri Dewi berada di situ.
          "Adinda... bagaimana Puteri Awan Fajar berada di kapal itu? " Raja Petir menoleh ke arah Permaisuri Guruh.
          "Itu kan negeri pemerintahan Raja Busu. Kita tiada pilihan lain kanda, Iblis mula naik ke daratan. Mereka sangat rapat dengan manusia. Malah ada juga syaitan yang sudah beranak pinak dan hidup dengan manusia sejak iblis dan sekutunya mula menyelinap ke dalam air" terang Permaisuri Guruh.
          "Serangan kali ini paling sulit Ayahanda, " Panglima Kubus muncul
bersama Puteri Mayang mengurai. Wajahnya cemas.
          "Kenapa, Panglima. Apa terjadi?" Raja Petir menyoal. Panglima Kubus meluncurkan awannya ke hadapan Raja Petir.
          "Syaitan itu menyerupai Puteri Mayang Mengurai. Mereka mengelirukan bala tentera kita untuk memanah. Ada beribu ribu Puteri Mayang Mengurai naik ke awan tentera kita"Terang Panglima Kubus.Raja Petir terkejut sambil memandang ke arah Puteri Mayang Mengurai.
          "Jadi,  bagaiman Panglima membezakan mereka dengan Puteri Mayang Mengurai yang sebenar? "Soal Raja Petir.
          "Anakanda tidak tahu ayahanda"Jawab Panglima Kubus kesal. Raja Petir menghalakan panahnya ke arah Puteri Mayang Mengurai di sebelah Panglima Kubus.
          "Jangan ayahanda,  ini Puteri ayahanda yang sebenarnya. Janganlah bunuh anakanda"Rayu Puteri Mayang Mengurai.

Raja Petir terdengar suara rintihan yang sama dari belakangnya. Baginda sungguh terkejut apabila melihat ada beribu ribu Puteri Mayang mengurai di atas awan peluncur yang digunakan oleh tentera baginda.
Dengan pantas beribu ribu syaitan yang menyamar seperti Puteri Mayang Mengurai itu membuat putaran ke atas awan yang mereka rampas itu seperti gasing. Tentera Raja Petir terpelanting jauh dan awan bersepai hancur menjadi debu. Dengan serentak beribu ribu syaitan itu lesap meninggalkan sekepul asap. Hanya tinggal bunyi hilaian ketawa syaitan itu bergema kuat. Bunyi mereka seperti seekor keldai merintih. Beberapa ketika kemudian beribu ribu bala tentera kerajaan awan larat yang terpelanting itu kembali mengadap Raja Petir. Tetapi mereka kembali sebagai burung Undan putih. Raja Petir kebingungan lalu dia terduduk di sisi Panglima Kubus. Permaisuri Guruh menenangkan Raja Petir.

Belum sempat keadaan reda, Raja Petir terdengar jeritan Puteri Dewi. Mereka semua menjenguk ke arah kapal Raja Busu. Puteri Dewi menggelupur di atas lantai kapal. Raja Busu dan Raja Amirullah bersama hulubalang negeri baru tiba di tangga kapal bergegas mendapatkan Puteri Dewi. Pemuda yang bersama Puteri Dewi cuba memegang Puteri Dewi. Tetapi gadis itu melompat dari kapal tidak sedarkan diri. Badannya lebih kuat dari biasa.
"Mengapa dengan anakanda beta? " Soal Raja Busu pada pemuda yang bersama Puteri Dewi.

"Ampun Tuanku. Patik tidak tahu. Puteri Dewi tiba tiba menggelupur bila patik memegang tangannya" terang pemuda itu.

Raja Busu dan Raja Amirullah tidak terkata apa lagi. Mereka mengejar Puteri Dewi. Dengan kepandaian Panglima Teragung, Puteri Dewi terlekat pada pasir pinggir pantai itu.Tetapi sewaktu panglima teragung itu cuba mendekati Puteri Dewi, tubuh Puteri Dewi menjadi lebam kebiruan. Uratnya tersembut keluar di wajah dan tengkuk. Panglima Teragung itu kehabisan tenaga untuk bertarung dengan tolakan itu. Kakinya tidak mampu melangkah lagi untuk mendapatkan Puteri Dewi. Antara banyak pertarungannya, inilah pertarungan yang sangat mencabar kerana tidak pernah dia melihat kejadian sebegitu. Akhirnya dia terpelanting dan terduduk di pinggir pantai itu. Puteri Dewi lesap dari pandangan. Hamya tinggal kesan pasir yang terbakar hangus. Raja Busu dan Raja Amirullah terkejut. Mereka agak pelik dengan kejadian itu. Tetapi Pemuda yang bermain pedang itu mendekati Raja Busu.
"Ampun Tuanku, Patik akan cuba menolong tuanku mencari Puteri Dewi"ujar pemuda itu tiba tiba. Raja Amirullah dan Raja Busu saling berpandangan.
"Patik janji akan menyelamatkan Puteri Dewi"Sambung pemuda itu lagi. Raja Busu tersenyum lega.

"Beta senang dengan janji kamu, orang muda.Pergilah selamatkan puteri beta. Bawalah seberapa banyak hulubalang yang kamu perlukan"ujar Raja Busu. Pemuda itu mengangguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience