KERAJAAN AWAN LARAT

Fantasy Completed 3984

Halilintar memanah lautan yang luas terbentang. Syaitan dan iblis lari bertempiaran menyembunyikan diri ke dalam perut bumi di dalam laut yang membiru. Tanduk Si Iblis mencengkam ke lohong lautan luas sambil badannya sebati bersama air lautan yg membiru terkena pancaran halilintar Si Raja Kayangan Raja Petir Delima Sakti. Telinga Syaitan yang terjuntai panjang memaut kegelapan di dasar bumi. Mereka sebati bersama air dan kegelapan yg dingin itu berselindung dari serangan halilintar dari Kerajaan Awan Larat.
"Cis!! sudah beta lepaskan panah berkali kali masih Si Iblis berjaya lari. Si pendurhaka itu tidak pernah serik naik ke sini untuk mencuri berita dari langit........ kali ini beta tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja! "Marah Raja Petir. Matanya meliar mencari Si Iblis di tengah lautan luas itu.
"Usah bimbang wahai kekandaku,sayang. Itu kerja adinda menggembur mereka dari tempat persembunyian" Sahut Permaisuri Guruh Puteri Az Zahra Ar Rad Di Bumi. Permaisuri Guruh menggunakan kuasanya menggembur dentuman hebat dari dalam teras bumi.Lautan bergegar menyebabkan tanduk Si Iblis terlucut dari kedudukannya. Si Syaitan yg berselubung di dalam kehitaman air laut yg kelam melompat ketakutan menyusur mencari tempat di permukaan. Raja Petir memanah halilintarnya ke arah Si iblis yg terkial kial di permukaan laut. Bersepai hangus Si Iblis berkecai bersama air laut. Namun itu hanya sementara kerana Si Iblis akan hidup semula setelah matahari muncul di ufuk timur. Dialah makhluk yang di tangguh kematiannya oleh Allah swt. Tetapi Raja Petir tidak pernah putus asa memerangi makhluk angkuh sombong durjana itu. Raja Petir tahu tugasnya sebagai Raja Petir dari Kerajaan Awan Larat. Baginda dan permaisuri akan terus memastikan tugas yang di amanahkan Allah swt itu di warisi hingga ke akhir zaman. Raja Petir dan Permaisuri Guruh hanya mempunyai anak perempuan sahaja, iaitu 3 orang Puteri Kerajaan Awan Larat. Kerisauan Raja Petir tidak hanya dirasai permaisurinya sahaja, malah seluruh rakyat kerajaan Awan Larat turut memikirkan waris kerajaan Awan Larat kelak.

Kerajaan Awan Larat adalah sebuah kerajaan di atas banyak awan yg besar berbentuk kelopak bunga berlapis lapis di panggil larat. Maka terbentuklah sebuah kerajaan bernama Kerajaan Awan Larat. Lantainya cermin putih mutiara yg bersih dan bersinar. Kerajaan Awan Larat di pagari air yang dingin dan dinding terdiri dari manik biru laut dan merah cair yg tebal. Setiap manik tersusun rapat saling melekat di antara satu sama lain. Dan setiap manik itu punya lubang yang keluar terjulur menghala bumi. Kerajaan Awan Larat akan sentiasa bergerak meluncur membelah langit memburu Si Iblis dan Syaitan. Itulah tugas sebenar Kerajaan Awan Larat yang kewujudan mereka tidak diketahui oleh makhkuk lain kecuali Si Iblis dan Syaitan. Kerajaan Awan larat tercantum sesama awan dengan tali lintasan cahaya di antara satu awan kepada awan yang lain. Rakyat Kerajaan Awan Larat semuanya mempunyai kebolehan melintas dari satu awan kepada awan yg lain dgn memasuki lintasan cahaya matahari,bulan atau bintang bergantung kepada kedudukan mereka. Malah setiap rakyat kerajaan Awan Larat mampu memanah petir ke bumi bagi tujuan memburu syaitan yg berkeliaran. Namun untuk memerangi Si Iblis hanya Raja Petir dan Permaisuri Guruh sahaja mampu melakukan dengan kebolehan baginda berdua. Kebolehan ini di anugerahkan Allah swt hanya kepada Raja Petir dan Permaisuri Guruh serta waris keturunan mereka.
Raja Petir mempunyai bakat dan kebolehan bergerak pantas dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa menaiki apa apa kenderaan. Malah Raja Petir mampu memanah halilintar menggunakan tangan dan matanya. Sedangkan Permaisuri Guruh mempunyai bakat dan kebolehan menarik sesuatu dari bumi sehingga dapat melagakan bunyi yang kuat berdentum dan bergegar dari dalam bumi. Perkahwinan baginda berdua atas pilihan kerajaan Awan Larat dan kerajaan Mangku Di Bumi. Keluarga permaisuri Guruh berasal dari Bumi yang mendiami tapak sebuah pergunungan. Gunung tersebut adalah Gunung Ledang berhampiran Tingkat Teratas Air Terjun Cempaka Biru. Setelah bertahun Kerajaan Mangku Di Bumi menjaga Air terjun di setiap pergunungan akhirnya Raja dan permaisuri kerajaan Mangku Di Bumi dikurniakan seorang Puteri iaitu Puteri Az Zahra Ar Rad Di Bumi. Raja kerajaan Mangku Di Bumi iaitu ayahanda Permaisuri Guruh di beri nama Raja Sagil At Tur Di Bumi. Sedangkan ibundanya pula di beri nama Permaisuri Mas Nyawa Di Bumi. Kehidupan mereka berdua sangat bahagia dan aman damai sehingga satu ketika berlaku peperangan di kalangan manusia. Lalu Raja Sagil dan Permaisuri Mas Nyawa mula merasa Kerajaan Mangku Di Bumi terancam. Pendatang asing sering menceroboh ke Gunung Ledang. Termasuk orang orang sekitar negeri itu. Keadaan bertambah parah apabila kejadian seorang anak ulama melarikan diri di Gunung Ledang demi menyelamatkan maruah keluarga dan pegangan agama Allah swt. Maka anak ulama itu sering menjadi buruan raja raja melayu serta pahlawan pahlawan melayu yang handal bermain senjata. Malah ada juga di kalangan mereka mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi serta mampu mengancam keselamatan rakyat dan istana kerajaan Mangku Di Bumi. Lalu Raja Sagil dan Permaisurinya mengambil keputusan menyerahkan Puteri mereka kepada kerajaan Awan Larat dengan mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Petir. Perkahwinan itu akhirnya membawa kesejahteraan hidup Kerajaan Awan Larat dan Kerajaan Mangku Di Bumi sehingga berabad lamanya. Hubungan yang terjalin di antara Kerajaan Awan Larat dan Kerajaan Mangku Di Bumi membuat dua kerajaan ini bertambah kuat dan berkuasa. Malah mereka saling bantu membantu dalam kehidupan. Kerajaan Awan Larat telah menghadiahkan Kerajaan Mangku Di Bumi 5 Panglima gagah perkasa yang merupakan Panglima Kerajaan Awan Larat sebelum ini. Lima Panglima itu di beri gelaran 5 Panglima Harimau yang di amanahkan oleh Raja Petir mengawal Kerajaan ayahanda dan ibunda permaisurinya. Sejak itu kerajaan Mangku Di Bumi tidak lagi terancam oleh kedatangan manusia di Gunung Ledang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience