BAB 26

Romance Completed 29586

“Ada dua pilihan, ibu atau anak?”

Dr Fattah menyoal Hiyyan. Nyawa si ibu dan anak dalam bahaya jadi mereka terpaksa membuat pilihan. Zya sudah kehilangan banyak darah dan tidak mungkin mampu untuk melahirkan bayinya secara normal. Satu masalah lagi, apabila nyawa kedua-duanya dalam bahaya dan mungkin satu akan terkorban kerana kondisi kedua-duanya sangat lemah sekarang.

Kusut masai sudah wajah lelaki di depannya ini. Dengan renungan yang kosong Hiyyan membalas lemah.

“Ibu.”

Dr Fattah bersimpati akan nasib Hiyyan. Dia menepuk bahu Hiyyan dan menjanjikan untuk mencuba sehabis baik sebelum menghulurkan sebuah dokumen padanya agar setuju untuk pembedahan segera dilakukan.

Hiyyan terduduk lemah di kerusi menunggu di situ. Kesal atau tidak, tiada gunanya lagi. Dia telah sampai ke garisan penamat. Cuma rahsia yang sepatutnya dia simpan smapai ke mati tidak tercapai bila ibu mentuanya Datin Najmah dan semua orang telah mengetahui segalanya!

Dia tidak mampu untuk menutup aib ayahnya. Dia tidak mampu berfikir apa-apa lagi bila dia merasakan kepalanya tiba-tiba sakit. Dia memegang kepalanya dengan kedua tangan bila segalanya gelap dan akhirnya dia jatuh terkulai di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience