BAB 4

Romance Completed 29586

Zya mengelilingi rumah agam itu hingga kakinya melekat di kawasan kolam renang yang cukup mewah itu. Udara petang itu amat menenangkan disertakan angin sepoi-sepoi bahasa yang sesekali menampar rambutnya.

Asyik memandang kawasan kolam renang itu mata Zya tiba-tiba tertancap pada sekujur tubuh lelaki yang sedang berbaring di kerusi tidak jauh dari situ. Wajahnya di tutup dengan sebuah buku.

“Boleh pulak dia tidur sedap-sedap kat luar ni.”

Gumam Zya sendiri.

Zya tidak mempedulikan imej itu bahkan terus berjalan di tepi kolam renang itu sambil sesekali menunduk dan memegang air kolam yang sejuk itu. Ketika dia berdiri dan mahu berpaling tiba-tiba seseorang bersuara dari belakang.

“Siapa?”

Zya terkejut dan hampir tidak dapat mengimbangi tubuhnya yang sedikit lagi hendak menjunam ke dalam kolam bila tiba-tiba pinggangnya sempat di tahan.

Kening lelaki itu bertaut memandangnya. Dari wajahnya pandangan lelaki itu hampir melekat ke dadanya sebelum Zya sedar agak lama juga mereka berkeadaan begitu dan mengimbangi tubuhnya agar mampu berdiri semula.

“Eeeee!”

Zya menarik bahu lelaki itu cuba untuk kembali berdiri tegak.

“Yang awak kejutkan saya tu kenapa? Kalau silap haribulan menjunam saya kat dalam kolam renang ni tau.”

Zya yang sudah menahan malu cuba untuk mengawal malunya.

‘Agak dramatic babak tadi!’ Bisik Zya.

“Its swimming pool. Tak pernah tengok kolam renang ke?”

Soal Hiyyan seolah memerli.

“Eh..eh.. Awak perli saya eh?”

Jeling Zya sambil membersihkan bajunya yang sedikit renyok.

Hiyyan senyum sinis.

“Kot lahh. Siapa? Buat apa kat sini? Tak pernah nampak pun?”

Soalan Hiyyan kedengaram bertubi-tubi walaupun nadanya agak selamba.

“Ohh awaklah Hiyyan kan? Anak sulung Auntie Naj.”

Hiyyan menjeling gadis itu apabila Zya berlagak seolah mengenalinya. Padahal dia langsung tidak kenal gadis sederhana tinggi di depannya itu.

“Awak mesti tak ingat saya kan? Saya Zya anak arwah Datuk Azlan!”

Beritahu Zya tanpa di minta.

Bergegar jantung Hiyyan bila nama lelaki itu di sebut. Datuk Azlan, seorang lelaki yang suatu saat dulu amat baik terhadapnya. Hiyyan terdiam seketika, seakan tidak percaya gadis di depannya ini adalah anak perempuan Datuk Azlan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience