BAB 14

Romance Completed 29586

Zya yang sedang meletakkan nasi atas meja tersentak bila Hiyyan sudah tiba di ruang makan. Semua orang di rumah sudah makan kecuali dia dan Hiyyan. Agak lama dia menunggu Hiyyan yang sedang ke bilik ayah mentuanya. Agak-agak dalam sejam setengah.

“Makan.” Tawar Zya.

Hiyyan terus ke meja makan dan duduk.

“Cantiknya awak malam ni.”

Zya yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggannya tersentak dengan pujian Hiyyan. Zya meneguk liur.

“Sama je macam malam-malam biasa.”

Balas Zya selamba sambil meletakkan nasinya ke pinggan. Hiyyan ketawa kecil seraya menghulurkan pinggannya meminta Zya menyenduk nasi untuknya.

Hairan juga Zya dengan tingkah Hiyyan yang seperti kucing nak bermanja malam itu.

‘Eh mimpi apa pulak dia ni hari ni. Selalunya senduk sendiri nasi, ok jerr.’

Bisik Zya musykil.

Mereka memang begitu. Nama saja suami isteri tapi layanan mereka berdua antara satu sama lain lebih formal. Mungkin kerana mereka sering berbincang soal pejabat bersama. Tidak pula Hiyyan meminta itu ini atau dirinya di layan seperti raja tapi mala mini lain pulak gayanya..

“Malam-malam lain tak pulak awak nampak menggoda macam ni.”

Ucap Hiyyan sambil menyuap nasi ke mulutnya. Zya rasa nak tersedak.

“Tak guna saya nak buat-buat menggoda, tak de yang nak tergoda pun.”

Zya kedengaran seperti orang kecewa. Kata-kata itu meluncur begitu saja sebelum sempat otaknya memproses.

“Ohh.”

Hiyyan hanya mengangguk-angguk dan tersengih sambil meneruskan suapan. Zya mencuri pandang Hiyyan yang seakan-akan tidak terasa akan kata-katanya.

“Kenapa pulak awak tiba-tiba puji saya malam ni?” Soal Zya.

“Saya curi-curi dengar Mama dan Ibu nak cepat-cepat dapat cucu.”

Hiyyan tersengih lagi. Usikan atau sekadar berkongsi cerita, Hiyyan tidak pasti tapi laju saja dia membuka topik itu bila kebelakangan ini Datin Najmah dan Datin Zahnita kerap membuka isu soal cucu di depan mereka. Malah sanggup membuang duit membeli majalah Pa&Ma.

Hiyyan tidak mahu Mama dan mentuanya mengharapkan lebih dari itu. Dia hanya mahu menjayakan agendanya dan kewujudan seorang anak mungkin..tidak!

Zya melepaskan satu keluhan, dia tiada jawapan untuk itu sedangkan dia turut mendengar dan sering ditanyakan soalan tentang kehadiran seorang anak dari orang sekelilingnya.

“Kita masing-masing tahu kan.”

Sindir Zya. Apa yang hendak diharapkan pada hubungan perkahwinan yang tiada kemesraan sebagai intinya. Zya menyambung suapannya tanpa mahu membalas lagi apabila mulut Hiyyan juga sudah terkunci untuk berbual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience