BAB 28

Romance Completed 29586

3 tahun berlalu begitu saja ketika Veltz Holdings semakin membangun dengan maju. Tamat saja kolej, Zariff turut sama membantu Zya menguruskan syarikat yang sudah seratus peratus menjadi milik mutlak mereka. Rezeki yang tidak pernah di sangka-sangka.

Lamunan Zya yang tertuju pada laman kolam renang rumah baru yang telah di diami sejak 3 tahun lalu terhenti bila namanya di panggil sekaligus mematikan ingatannya pada kenangan lalu ketika mengingati kali pertama bertemu Hiyyan.

“Zya, majlis dah nak mula tu! Zya menungkan apa lagi?”

Soal Datin Najmah yang baru muncul di situ. Zya berpaling pada ibu mentuanya yang cukup manis bertudung hijau tua.

Semakin cantik semenjak Mama bergelar balu. Usik hati Zya.

Cukuplah. Zya tidak mahu hidup menyimpan dendam, biarlah dia memaafkan segalanya dan semoga arwah ayah mentua dan abahnya tenang di alam sana. Tiada gunanya hidup berdendam dan menyeksa diri tapi jadilah manusia yang reda menerima takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Segala baik ambilkan pengajaran dan segala yang buruk jadikan sempadan. Doa Zya.

Tetamu juga sudah ramai yang tiba untuk meraikan hari lahir Iskandar Ryan yang ketiga.

“Dah 3 tahun Ma. Kenapa agaknya Hiyyan tak balik jumpa kita?”

Soal Zya tiba-tiba. Tubir mata Datin Najmah mula bergenang dengan soalan itu.

“Satu hari nanti, dia pasti balik.”

Yakin Datin Najmah.

“Zya.”

Namanya di panggil lagi satu suara. Dia berpaling kea rah suara itu bila seorang lelaki tersenyum dan mula mendekatinya.

“Sorry lambat sampai. Pagi tadi ada on-call.”

“Takpe Faheed majlis baru nak mula tu. Masuklah dalam.”

Pelawa Datin Najmah sebelum bergerak masuk ke dalam semula. Di tinggalkan menantu dan anak muda itu di situ.

Zya mengukir senyum.

“Sejak jadi doktor pakar ni bukan main susah nak nampak muka ye.”

Usik Zya sambil memeluk tubuh.

Faheed ketawa kecil. Hadiah yang di bawanya di angkat tinggi.

“Mana budak kecik tu?” Soal Faheed.

“Kat dalam. Dah tiga tahun rupanya Ryan.”

Zya berkata lebih kepada dirinya sendiri.

“Dah tiga tahun. Awak pun semakin cantik.”

Perlahan Faheed memuji. Zya hanya tersenyum hambar. Pujian dari suami adalah lebih bermakna jika dibandingkan dengan orang yang tiada apa-apa kaitan dengan dirinya. Walaupun suatu masa dulu dia dan Faheed pernah berkongsi satu rasa yang sama.

‘Kalaulah dia tahu…’

Bisik hati Faheed.

Kisah 3 tahun lalu kembali mengusik jiwanya bila dia yang baru bekerja di hospital tempat Zya melahirkan terpandang Hiyyan yang terkulai layu di luar bilik pembedahan. Segera dia mengangkat Hiyyan masuk ke bilik rawatan. Selama ini rupanya Hiyyan menghidap ketumbuhan otak. Paling menyayat hati tiada siapa pun yang tahu.

Kasihan sungguh dia melihat Hiyyan ketika itu. Inilah kali pertama mereka berbual. Rupanya Hiyyan seorang lelaki yang baik bagi Faheed.

“Mungkin ni balasan bagi seorang anak yang derhaka pada ayahnya.”

Ucap Hiyyan padanya satu saat dulu ketika dia menolak kerusi roda Hiyyan. Mereka yang baru saja keluar dari nursery tempat Iskandar Ryan diletakkan. Hati Faheed cukup terusik melihat Hiyyan yang mengazankan si kecil yang baru lahir itu. Hampir-hampir saja Hiyyan dan Zya kehilangan si kecil yang dinamakan Iskandar Ryan itu. Syukur pada Allah atas kesempatan itu.

Pembedahan untuk menyelamatkan ibu dan anaknya akhirnya berjaya menyelamatkan keduanya cuma keadaan Zya yang amat kritikal ketika itu terpaksa memakan tempoh hingga seminggu untuk sedar diri.

“Hiyyan, sakit ni tak kira kita baik atau jahat, tua atau muda. Semua ni ujian dari-Nya.”

Pujuk Faheed.

“Aku nak kau rahsiakan perkara ni.”

Hiyyan berkata perlahan.

“Dah macam ni pun kau nak aku rahsiakan? Keluarga kau dan yang paling penting, Zya. Dia isteri kau dan dia perlu tahu. Korang dah ada anak sekarang. Kau perlu jalani rawatan Hiyyan. Masih sempat dan jangan sekali-kali putus asa.”

Entah, sejak bila pula mereka berbual seperti kawan yang sudah lama kenal.

“Hari ni bila aku tatap wajah anak aku. Barulah aku merasa aku seolah hidup dan bernyawa. Selama ni hidup aku cukup terseksa. Yang paling aku kesalkan dalam hidup aku selama ini, orang yang aku sayang yang aku sanjung selama aku hidup rupanya seorang yang kejam. Ayah aku sendiri. Kau tak tahu bagaimana perasaan tu Faheed.”

“Semenjak tu, aku tak pernah pasang apa-apa niat nak jadi seorang ayah. Sebab aku takut, aku akan jadi orang yang kejam macam ayah aku. Hati aku ni luak dengan kebencian pada ayah aku sendiri.”

Luah Hiyyan luluh. Cukup menyedihkan!

“Hiyyan, baik atau buruk. Dia tetap ayah kau. Tanpa dia, kau takkan ada kat sini. Kau kena jalani pembedahan tu Hiyyan sebelum ketumbuhan tu makin membesar.”

“Walaupun risikonya 50-50?” Soal Hiyyan.

“Jangan cepat mengalah Hiyyan! Kau ada Zya dan anak kau. Merekalah kekuatan kau sekarang.”

Puas Faheed memujuk dan meyakinkan hinggalah…

“Aku akan jalani rawatan tu, tapi bukan kat sini. Aku akan ikut saranan doktor aku, aku akan jalani rawatan di Kanada. Dan kau, mesti rahsiakan hal ni melainkan aku dah mati. Faham?”

Hiyyan memberi amaran sedikit tinggi.

Dialah yang telah menghantar Hiyyan ke lapangan terbang 4 hari selepas itu dan sehari sebelumnya Datuk Ziyad ayah Hiyyan telah meninggal kerana serangan jantung. Dan rahsia masih dalam poketnya. Bagi orang sekeliling Hiyyan hilang kerana mencari ketenangan setelah apa yang dilakukannya pada ayahnya. Dia yang sanggup meninggalkan keluarganya dan enggan di dirinya di cari menghilang dengan tiba-tiba. Hingga detik ini, dia tidak lagi mendengar sebarang khabar dari Hiyyan.

Faheed melepaskan satu keluhan bila tiba-tiba Marissa menghampiri dia dan Zya.

“Kak Zya! Kak Zya! Ryan…Ryan hilang!”

“Apa??”

Serentak Zya dan Faheed melengking.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience