BAB 18

Romance Completed 29586

Zya menarik nafas dalam sebaik tangannya memusing tombol bilik itu. Di dalam bilik, Datuk Ziyad bersandar di atas katil sambil menghadap sebuah buku ditangannya. Menyedari kehadiran seseorang ke dalam biliknya Datuk Ziyad menekankan cermin matanya yang sedia tergantung makin rapat ke wajah.

Apa pulak menantunya ini tiba-tiba datang menjengahnya ke bilik tiba-tiba. Siap membawa dulang makanan lagi.

‘Entah-entah aku nak di racunnya.’

Suara jahat membisik hati Datuk Ziyad.

“Zya bawakan makan malam untuk ayah ni.”

Zya tersenyum cuba menolak jauh rasa janggal dalam hatinya.

Dia meletakkan dulang berisi makanan itu di atas meja sebelah katil dan turut duduk di sisi katil Datuk Ziyad. Dia tahu Datuk Ziyad tidak berapa senang padanya semenjak hari pertama dia tiba di rumah agam itu.

Datuk Ziyad pula jarang keluar dari bilik. Sejak sakit lelaki tua itu sukar untuk berjalan dan memerlukan kerusi roda untuk ke mana-mana. Mungkin kerana itu, hubungannya dengan ayah mentuanya itu amat renggang.

Mahu saja ke bilik tidur selepas makan malam tadi Zya di arahkan oleh ibunya Datin Zahnita untuk membawa makan malam ke bilik ayah mentuanya. Zya agak segan pada mulanya tapi apabila di nasihatkan Datin Zahnita akhirnya dia menurut jua. Hiyyan juga belum pulang sejak petang tadi. Dia pun tidak tahu ke mana.

“Siapa suruh kau bawak makanan ni dalam bilik aku? Mana isteri aku?”

Soal Datuk Ziyad tinggi. Zya mengukir senyum.

Dia masih ingat kata-kata Hiyyan padanya. Datuk Ziyad mungkin akan menyakiti siapa-siapa di sekelilingnya dengan kata-kata atau tidak tanduk yang menyakitkan hati. Perkara itu adalah biasa kerana emosi pesakit lebih sensetif dari orang sihat.

“Mama, dia belum balik dari kenduri lagi Ayah. Ayah nak Zya suapkan?”

Tawar Zya masih cuba mengambil hati ayah mentuanya.

“Aku tak nak!”

Bantah Datuk Ziyad. Zya terasa hati namun dia menyabarkan dirinya.

“Ibu cakap ayah tak makan dari siang tadi. Ayah makanlah, nanti tak elok kalau makan ubat dengan perut kosong.”

Tanpa mempedulikan bantahan Datuk Ziyad, Zya tetap menyuakan sudu yang sudah berisi nasi ke mulut ayah mentuanya. Tiba-tiba pergelangannya di genggam Datuk Ziyad kasar.

“Ayah, kenapa ni?”

“Kau cakap, kenapa kau nak kahwin dengan anak aku? Apa muslihat kau, hah?”

Zya gugup menatap anak mata Datuk Ziyad yang kemerah-merahan. Walaupun suara itu di perlahankan namun kesannya cukup menyentap jiwa Zya.

“Apa maksud ayah ni? Zya tak faham.”

Dalih Zya yang sememangnya tidak mengerti apa-apa. Tangannya pula di rasakan makin pedih dalam genggaman Datuk Ziyad. Ternyata Datuk Ziyad masih mempunyai kudrat yang kuat untuk menyakiti seseorang dalam keadaan yang terlantar sebegitu.

“Kau dengar sini baik-baik. Kau takkan dapat apa-apa dari anak aku. Dia kahwin dengan kau pun semata-mata dia ada agenda tersendiri.”

Walhal Datuk Ziyad sendiri pun tidak pasti apa agenda anaknya untuk menikahi Zya. Dia sengaja menyakiti Zya kerana benci melihat anak Azlan yang satu itu! Dia tahu betapa sayangnya arwah Azlan pada Zya semasa hidupnya.

“Apa maksud ayah ni?”

Airmata sudah bergenang di tubir mata Zya.

“Hiyyan tak cintakan kau. Dia kahwin dengan kau sebab…”

“Sebab apa ayah. Saya pun nak tahu kenapa Hiyyan nak kahwin dengan saya? Ayah tahu, jadi ayah beritahulah dengan saya. Saya nak dengar.”

Balas Zya bertubi-tubi dengan airmata yang sudah menitis ke pipi.

Ya! Kalau ayah mentuanya tahu apa alasannya, maka Zya ingin mendengar jawapan itu dari mulut Datuk Ziyad. Sejauh mana munasabahnya alasan yang akan di ketahuinya nanti.

“Sebab…”

Renungan Datuk Ziyad menyucuk ke dalam anak mata Zya. Zya sudah bersedia untuk menerima apa jua alasannya.

“Sebab apa ayah?”

Terdengar pintu terkuak dari luar serentak dengan soalan itu. Hiyyan muncul dan memandang dua susuk di depannya yang sedang bertelagah.

“Ayah lepaskan tangan Zya!”

Arah Hiyyan pada ayahnya.

Hiyyan yang baru saja balik dari bertemu Shah Meera. Dia agak kecewa dengan apa yang dikhabarkan peguam peribadinya ketika mereka bertemu. Proses untuk mengembalikan kembali Veltz Holdings pada keluarga Zya masih memakan masa yang lama.

Mungkin 8-9 bulan lagi, sedangkan Hiyyan inginkan proses situ berlaku dengan cepat. Dia telah meminta peguam Shah Meera untuk membahagikan segala share syarikat dan harta-harta lain tanpa pengetahuan Zya secara senyap dan satu persatu dan yang penting apabila segalanya hampir selesai dia perlu meminta tandantangan ayahnya sebagai persetujuan.

“Ayah nak beritahu isteri kau perkara sebenar..”

Datuk Ziyad sengaja menakut-nakutkan Hiyyan. Dia mahu lihat relakah anaknya sendiri melihat dirinya di benci oleh keluarga menantunya jika mereka mengetahui hal yang sebenar. Silap hari bulan, Hiyyan turut di musuhi seumur hidup!

Hiyyan adalah anaknya! Hiyyan adalah anak pembunuh yang telah membunuh abah Zya 10 tahun lalu.

Sanggup atau tidak Zya untuk meneruskan hidupnya dengan mengahwini si anak yang telah meragut nyawa abahnya dengan sengaja?

“Ayah! Lepaskan tangan isteri saya! Don’t hurt her!”

Tingkah Hiyyan geram. Dia segera melangkah menuju ke katil ayahnya dan menarik tangan Zya dari genggaman Datuk Ziyad.

“Saya nak tahu, kenapa awak nak kahwin dengan saya? Ayah tahu kan? Kenapa ayah?? Jawablah.”

Zya sudah tenggelam dalam esakan. Dia tidak mahu keluar dari bilik itu sebelum dia mengetahui jalan duduk perkara sebenar yang telah menjerumuskannya dalam ikatan tanpa arah ini!

“Sebab…”

“Ayah, cukup!”

Hiyyan meningkah lagi!

“Zya jangan tanya lagi!”

Marah Hiyyan, segera pergelangan Zya direntap dan ditarik keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience