BAB 29

Romance Completed 29586

Puas mereka mencari sekitar rumah dan di mana-mana bila akhirnya Zya sendiri terdengar suara Ryan di laman belakang yang sedikit terceruk dari kawasan rumah.

“Ryan!”

Bulat matanya bila terpandangkan Ryan sendirian di situ sedang memegang sebiji bola. Baru saja dia hendak mendekat kakinya terhenti lagi.

Dari jauh dia terpandang susuk tubuh seseorang sedang membelakanginya. Diperhatikan anaknya sedang menghulurkan sebiji bola pada lelaki itu. Kemudian lelaki itu dengan selambanya mendukung Ryan sambil mengucup pipi anaknya. Kedua beranak itu sama-sama ketawa gembira.

“Awak…”

Zya memanggil.

Susuk tubuh itu menimbulkan debar yang semakin kencang dalam hatinya. Hampir luruh jantungnya bila teka-tekinya siapa lelaki tersebut terjawab. Hiyyan memalingkan tubuhnya menoleh pada Zya dan melemparkan senyuman mesra pada wanita itu.

Wajah Ryan saling tak tumpah dan teramat mengikut iras Zya. Cuma kulit Ryan yang putih mengikut kulitnya dibandingkan kulit Zya yang berkulit sawo matang. Angin petang menampar pipinya lembut membuatkan Zya tercengang melihat wajah lelaki yang sudah sedikit berubah. Menampakkan kematangan dengan dihiasi jambangan di sisi wajahnya!

“Mummy, Daddy!”

Ucap Ryan yang masih pelat bicaranya. Hiyyan mendekatinya yang masih kaku di situ sambil mendukung Ryan.

“Hey.”

Sapa Hiyyan lembut. Cukup bersahaja.

“Tak ingat saya lagi?”

Soal Hiyyan. Zya melepaskan satu keluhan. Air matanya tidak dapat di halang dari terus menitik.

“Dah 3 tahun awak baru tahu nak balik?”

Zya dengan nada merajuk. Hiyyan berdecit kecil namun senyumannya masih tidak lekang di bibir.

“Dah balik pun nak kena marah ke?”

Hiyyan pura-pura mengomel.

“Awak kata bila awak balik awak akan bagi jawapan yang saya nak kan?”

“Ya?”

Hiyyan pura-pura tidak tahu.

“Awak dah lama tahu kan, saya cintakan awak. Jadi awak balik ni sebab apa? Harta siapa lagi yang awak nak kembalikan??”

Desak Zya. Hiyyan diam berpura-pura melayan Ryan dalam dukungannya. Zya kecewa bila dia seakan tidak di pedulikan. Dia mahu berpusing dan melangkah pergi. Dia ingin menangis di suatu sudut bila tiba-tiba lengannya di tahan.

“Ada satu lagi yang perlu saya kembalikan. Setengah hati saya yang awak perlukan.”

Hiyyan tersenyum manis. Zya menahan airmatanya dari jatuh terusik mendengar kata-kata insan yang dirinduinya ini.

“Saya cintakan awak juga.”

Lafaz Hiyyan lancar seakan angin lalu yang menyusup lembut ke hati Zya. Zya menoleh.

“Ulang lagi?”

“Ryan, Mummy ni tak dengar ke, Daddy cakap Daddy cintakan dia.”

Beritahu Hiyyan pada Ryan yang mengekek ketawa apabila di geletek Hiyyan.

“Apa?” soal Zya lagi.

Hiyyan menurunkan Ryan dari dukungannya ke bawah. Dia mendekati Zya dan bibir itu di kucup lembut dan lama.

“Heyy, awak tak dengar ke? Saya kata saya cintakan awak.”

Ucap Hiyyan setelah menjauhkan bibirnya dan kedua pipi Zya di pegangnya.

Anak mata mereka bertaut mesra.

“Jangan tinggalkan saya lagi.”

Ucap Zya sambil memegang tangan suaminya yang mendarat di pipinya. Hiyyan mengangguk bersama linangan airmata yang bergenang. Benar, rasa bahagia itu ada dalam hatinya.

“Ciuman kedua rasanya lebih baik dari first kiss dulu kot.”

Zya tersenyum mendengar usikan Hiyyan. Mereka sama-sama ketawa. Hiyyan meraih Zya dalam pelukannya erat. Meskipun Hiyyan tahu entah bila ajal akan menjemputnya. Namun biarlah dia meneruskan hidupnya yang tersisa ini dan merasakan cinta yang mungkin telah lama tersimpul dalam hatinya buat Zya. Semoga kali ini bahagia milik mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience