BAB 16

Romance Completed 29586

Zya menuju ke laman belakang bila terdengar suara keramaian yang kedengaran seronok. Ibu, Mama, Zain, Zariff, Marissa sedang berseronok bermain golf di laman yang luas itu.

‘Eh, dia pun ada.’

Bisik Zya bila terpandangkan Hiyyan yang sedang bersiap-siap untuk menghayunkan kayu golf.

Sedetik kemudian terdengar tepukan gemuruh.

“Hebatlah abang Hiyyan ni!” Sorak Zain.

Taksub melihat kebolehan abang iparnya. Zya yang sudah mengambil tempat duduk bersama mama dan ibunya hanya tersenyum melihat kehebatan Hiyyan.Keakraban dua keluarga itu semakin hari semakin terserlah cuma antara dia dan Hiyyan yang masih begitu.

“Kak Zya. Jomlah join kita sekali.”

Laung Marissa. Zya hanya memberikan isyarat tangan tidak mahu.

“Pergilah Zya…”

Ujar Datin Najmah sambil tersenyum. Ibunya pula mengangguk tanda setuju.

Zya melangkah berat menuju ke situ.

“Kakak reti ke main golf?”

Uji Zariff. Tidak pernah-pernah dia melihat kakaknya ini bermain golf.

“Bak sini kayu golf tu.”

Minta Zya pada Zariff. Zariff menghulurkan kayu golfnya. Sempat dia melihat Hiyyan hanya berdiri di situ tanpa sebarang reaksi.

Zya mencerunkan matanya pada lubang golf dan bola golf yang diletakkan Zain yang tidak berapa jauh dan mengincikan kayu golfnya supaya tepat memasuki lubang. Dengan setengah keberanian dia menghayunkan kayu golf itu namun malangnya tidak memasuki lubang. Tergelincir jauh. Marissa, Zain dan Zariff mengeluh dan memandang hampa melihat kekalahan Zya.

“Takpe..takpe. Sekali lagi.”

Zya yang enggan mengalah mahu diberi peluang sekali lagi. Tak pernah main golf, peluang untuk menang untuk kali pertama main memanglah agak tipis kot.

Terpaksa jugak Zariff meletakkan sebiji bola golf untuk kakaknya lagi. Zya mengecilkan matanya ke arah bola golf sambil mengagak inci antara bola ke lubang agar kali ini dia berhasil memasukkan bola golf.

Baru saja dia hendak menghayun, tiba-tiba kayu golfnya turut dipegang dari belakang.

Gulp! Zya telan liur. Dia menoleh sedikit apabila Hiyyan bersahaja sedang memeluk kayu golfnya dari belakang tubuhnya. Tangannya seakan mengigil diperlakukan sebegitu. Mereka seakan berpelukan.

Semua yang berada di situ terpaku melihat adegan yang cukup romantis ada suami isteri itu.

“Macam ni..”

Lembut suara Hiyyan menyapa telinganya. Langsung tidak menolehnya sebaliknya anak mata Hiyyan fokus menuju ke lubang golf.

“Bukan tengok saya, tengok tu.”

Zya terus tersentak bila di tegur sebegitu. Peluh di dahinya merenik jatuh. Dia cuba mengawal debarnya.

“Bayangkan kita nakkan sesuatu dan kita nak mencapai target kita. Bola ni macam impian awak, dan lubang tu…sasaran yang awak nak capai.”

“Lakukan dari hati dan selamat berjaya.”

Lembut kata-kata Hiyyan menusup hati Zya dan tanpa di sedari kayu golf dihayun perlahan dan dia hanya tersedar bila semua di situ tiba-tiba bersorak.

“Abang Hiyyan memang hebatlahhhh!!”

Sekali lagi Zain memuji. Bola golf tepat memasuki sasaran.

Wajah Zya merah padam menahan perasaan yang tiba-tiba bergelodak dalam jiwanya. Entah kenapa, dia sangat sukakan adegan tadi. Dia dapat merasakan kerapatan antara mereka.

Hiyyan hanya tersenyum pada Zain dan yang lain-lain di situ sebelum kembali menatap wajah Zya yang masih tersipu malu.

“Awak memang hebat.”

Puji Zya antara dengar dan tidak. Zya semakin berdebar bila tiba-tiba Hiyyan membongkokkan tubuhnya merenung wajah Zya.

Hiyyan menyentuh tepi dahi dan membuatkan Zya terkedu. Anak mata Hiyyan yang bulat merenungnya cukup menghembuskan perasaan halus yang gemersik dalam jiwa Zya.

“Sweat.”

Ujar Hiyyan sambil mengelap renik peluh di dahi Zya yang hampir jatuh dengan ibu jarinya.

“Abang nak mandi dulu. Enjoyy.”

Hiyyan memberitahu adik-adiknya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Zya yang tertanya-tanya dengan rasa yang ditinggalkan Hiyyan. Hiyyan memegang dadanya dan sedikit senyuman tersungging di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience