BAB 17

Romance Completed 29586

Zya terjaga dari lenanya bila terdengar bunyi benda terjatuh. Di pandang jam dinding masih menunjukkan jam 3 pagi. Selalunya begitulah, Zya akan terlebih awal tidur sementelah Hiyyan masih leka di meja kerja.

Zya memandang ke sebelah, Hiyyan tiada di sisinya. Baru saja dia berniat untuk mencari Hiyyan, matanya tertancap susuk tubuh Hiyyan yang duduk di meja kerjanya sambil memegang sesuatu di tangannya.

Timbul rasa ingin tahu di hati Zya. Dia bangkit dari katilnya dengan perlahan untuk mendekati lelaki itu.

“Awak tak tidur lagi?”

Tanya Zya perlahan pada Hiyyan yang masih duduk di kerusi membelakanginya.

Hiyyan membuka laci dan meletakkan kembali bingkai gambar keluarga yang di pegangnya. Perlahan dia memusingkan kerusinya menghadap Zya yang berdiri tidak jauh merenungnya.

Hati Hiyyan di pagut simpati kala menatap wajah Zya. Bagi Hiyyan, sehingga detik itu tiba dia tidak akan sekali-kali mengapa-apakan Zya. Dia mahu mengembalikan Zya seperti mula dia mengambil wanita itu menjadi isterinya.

Semua ini bersebab. Sebab yang hanya Iskandar Hiyyan mengetahuinya. Dia tidak akan pernah meminta wanita itu untuk menyerahkan diri dan menjadi miliknya seperti suami yang lain. Dia sekali-kali tidak akan mengambil kesempatan walaupun Zya isterinya yang sah. Soal nafsu dia telah lama bersedia dan menolak semua kemungkinan dan rasa itu ke tepi.

“Tak. Masih ada kerja yang saya nak siapkan.”

Balas Hiyyan lembut.Sebenarnya seperti malam-malam sebelumnya Hiyyan sukar untuk tidur awal kerana menanggung rasa sakit kepala yang kadang-kadang langsung tidak mahu berkompromi dengannya.

Setiap kali Zya menyoal, Hiyyan akan menjawab soalannya penuh kelembutan yang cukup menggetarkan jiwa milik Zya. Zya tidak faham bahkan semakin terbelit dengan status ikatan mereka.

Hiyyan langsung tidak pernah mempamerkan dirinya sebagai suami buat Zya. Bahkan Hiyyan tidak perlu berlakon untuk tidak mempedulikannya di hadapan semua orang. Hiyyan terlalu kompleks untuk di mengerti.

“Awak, nak saya tolong?”

Tawar Zya. Mungkin ada hal ehwal pejabat yang perlu Hiyyan siapkan dan lelaki itu memerlukan pertolongannya.

“It’s okay. Go to sleep.”

Tolak Hiyyan lembut seraya menyuruh isterinya menyambung tidur semula. Namun Zya masih kaku di situ. Hiyyan merenung kembali komputer riba di hadapannya tanpa mempedulikan Zya.

“Nak apa-apa?”

Hiyyan menoleh pada Zya yang masih lagi berdiri kaku di situ.

“Kalau awak tak pedulikan saya macam ni kenapa awak nak kahwin dengan saya? Awak tak pernah jawab pun soalan saya ni kan?”

Soal Zya tiba-tiba. Nadanya seperti kebingungan dan dia sangat-sangat perlukan jawapan bagi persoalannya ini.

“Saya dah kata pada awak. Awak boleh tanya saya apa-apa soalan, tapi bukan soalan tu.”

Balas Hiyyan mendatar. Ya! Itulah yang sering Hiyyan ingatkan pada Zya semenjak kali pertama Zya bertanya soalan yang serupa dan seringkali itu jugalah dia akan mengingatkan Zya bahawa dia sekali-kali tidak akan menjawab soalan itu.

“Siapa awak sebenarnya? Apa yang awak nak dari saya?”

Gesa Zya enggan mengalah.

Hiyyan bangun dari kerusinya dan mendekati Zya. Bahu Zya di pegang lembut.

“Awak boleh minta apa saja dari saya. Tapi saya takkan jawab soalan tu…sebab..”

“Sebab apa?”

“Awak akan tahu jawapannya satu hari nanti. Bersabarlah. Takkan lama lagi.”

Hiyyan menatap anak mata Zya seolah-olah memujuk wanita itu agar berhenti bertanya. Hiyyan menganggukan kepalanya pada Zya seraya menolak bahu Zya dan mendudukkan wanita itu ke katil mereka.

“Have a sweet dream, princess.”

Ucap Hiyyan sambil mengucup lembut dahi Zya dan meninggalkan Zya sebelum dia kembali semula ke meja kerjanya.

Zya memegang dadanya menahan getaran yang semakin berdetak laju. Sungguh! Dia telah jatuh hati pada suaminya sendiri. Dan menanti kepastian bahawa cintanya berbalas atau tidak. Zya gagal menemukan jawapan bahkan hanya rasa sakit yang bermukin di hatinya saat ini lantas membuatkan airmatanya menitik lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience