BAB 25

Romance Completed 29586

“Kau tak guna Ziyad!! Selama ni arwah Azlan anggap kau dah macam darah daging dia sendiri tapi sanggup kau bunuh suami aku!!!!”

Datin Zahnita sudah seperti kerasukan menengking Datuk Ziyad yang berbaring di atas katil. Tiada kata-kata yang dapat dibalas olehnya apabila semua rahsianya sudah terbongkar. Datin Zahnita yang lalu di beli bawah itu yang terdengar sedikit kekecohan tadi mencuri-curi dengar perbualan dua beranak itu hinggalah telinga dan matanya sendiri mendengar setiap bait kata-kata dua beranak itu.

Zariff dan Zain menahan tangan ibu mereka menyuruh supaya bersabar. Kalau tidak di tahan memang Datin Zahnita tak tahulah apa tindakan yang akan dilakukannya pada lelaki tua yang terlantar di katil itu.

Hiyyan yang berdiri kaku di situ tidak mampu melakukan apa-apa bila segalanya sudah terungkai kini walau tadi dia sudah berjanji pada ayahnya untuk merahsiakan segalanya.

Datin Najmah hanya teresak-esak di situ di situ di sabarkan oleh Marissa. Malu dan terhina apabila suami dan ayah yang di sanjung selama ini rupanya seorang yang kejam sanggup membunuh teman sendiri!

“Kami tak sangka Uncle lah punca kematian ayah! Kami takkan maafkan Uncle! Takkan…”

Tengking Zariff.

“Kerana Uncle lah kami tak dapat merasa kasih sayang seorang ayah macam orang lain. Uncle dah susahkan hidup kami. Uncle pembunuh!”

Tersayat hati Datin Najmah apabila anak beranak tersebut seakan menyumpah suaminya yang sudah uzur itu. Datuk Ziyad hanya kaku memegang dada menahan perasaan di tengking satu persatu.

Zya yang sedang baring di bilik kerana pening kepala menuju ke tingkat bawah apabila terdengar kekecohan suara ibunya. Dia tergesa-gesa menuruni tangga. Baru separuh tangga turuninya dia melihat orang ramai sudah berkumpul di depan bilik Datuk Ziyad di tepi tangga tersebut.

Dengan dahi berkerut dia menyol Datin Najmah yang sudah terhenjut-henjut menangis di depan pintu bilik. Dia semakin cemas. Mungkin apa-apa hal berlaku pada ayah mentuanya.

“Ma..kenapa ni?”

Tanya Zya.

“Zya, maafkan kami nak.”

Belum sempat Datin Najmah menyambung kata, ibunya sudah mencelah dan berdiri di hujung tangga.

“Zya, kalau Zya nak tahu selama ni punca ayah mati bukan sebab sakit jantung tapi lelaki keparat kat dalam bilik yang dah nak mampus tu yang bunuh ayah Zya!!”

“Ya Allah!”

Berdesing telinga Zya, dia menutup mulutnya. Langsung tidak percaya!

“Hiyyan ni nak kahwin dengan Zya sebab dia rasa bersalah dan nak tutup kesalahan ayah dia! Dia tak cintakan Zya pun.”

Sambung Datin Zahnita sekilas menunding pada Hiyyan yang masih berdiri kaku.

Zya menahan dadanya. Segala-galanya cukup menyakitkan. Rasa marah tiba-tiba meluap dalam hatinya. Dia ingin memarahi pada Datuk Ziyad juga pada Hiyyan. Dia merenung Hiyyan yang berdiri kaku tanpa langsung menoleh padanya. Di atur langkah menuju kearah Hiyyan namun tiba-tiba kakinya tersalah langkah dan dia jatuh tergolek ke bawah tangga.

“Argghhh!”

Jerit Zya. Tergamam semua yang ada di sekeliling melihat Zya yang tergolek jatuh.

“Zya!!!”

Kakak!!”

Hiyyan menjegilkan mata dan pantas berlari mendapatkan Zya yang sudah terkulai layu di hujung tangga. Matanya tertancap pada cecair yang mengalir di celah kaki Zya. Pilu sungguh hatinya dan tubuh itu di dakap erat. Mata lemah Zya menatap matanya. Dahi gadis itu di kucup sebelum dia mencempung tubuh itu dan di bawa masuk ke keretanya. Kereta Pegeot milik Hiyyan laju membelah malam serta hujan yang disertai guruh sabung meyabung itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience