BAB 22

Romance Completed 29586

Hiyyan termangu kerusi baring di tepi kolam itu. Dia merenung jauh. Segalanya hampir selesai. Tapi mengapa dia seakan tak mahu melepaskan Zya.

Dia tahu ada lagi lebih layak untuk Zya. Faheed! Dia memandang langit yang gelap tanpa di hiasi bintang malam itu. Kerana itu dia tidak pernah mahu menyentuh tubuh itu. Dia amat takut bila dia menyentuh Zya nanti maka akan tercipta satu perasaan yang lebih hebat lagi. Dia tahu Zya sedikit berkecil hati bila Hiyyan lebih rela memperoleh anak dengan cara tabung uji dari menyentuh dirinya.

Tapi juga sekarang dia sudah pun membenarkan rahim Zya mengandungkan anaknya. Tapi mengapa? Segalanya sudah lari dari agenda asal. Dia hanya cuma mahu mengembalikan segala kekayaan milik keluarganya yang sepatutnya menjadi milik keluarga Zya yang pernah di rampas oleh ayahnya dengan cara yang cukup teruk.

Dia juga tidak sanggup untuk membawa Datuk Ziyad ayahnya sendiri ke medan undang-undang. Semakin dia melihat anaknya yang semakin membesar dalam janin Zya hari ke hari dia jadi semakin tidak sanggup.

“Tak masuk tidur lagi?”

Soal satu suara. Hiyyan menoleh ke tepi bila Zya menghampirinya dan duduk di kerusi sebelah. Hiyyan bangun dan menggeleng.

“Macam mana baby hari ni? Ok?”

Soal Hiyyan sambil merenung perut Zya yang sudah berusia 6 bulan. Zya tersenyum dengan soalan itu.

“Hemm..”

Zya mengangguk. Keprihatinan Hiyyan membuai-buai hati wanitanya.

Hiyyan menggamit Zya supaya duduk di sebelahnya. Zya bangun dan duduk di sisi Hiyyan. Hiyyan menyentuh perut Zya dengan lembut. Entah kenapa timbul rasa sebak dalam hatinya walaupun wajahnya seakan biasa saja.

“Ouchh..”

Zya mengerang tiba-tiba.

“Kenapa?”

Hiyyan menjegilkan matanya terkejut dengan erangan Zya.

“Kicking!”

Zya tersenyum lebar. Hiyyan seakan taksub melihat reaksi kandungannya itu. Zya membawa tangan Hiyyan ke perutnya agar merasa tendangan si kecil yang semakin membesar dalam rahimnya itu.

Kemudian, Hiyyan dengan sendirinya meletakkan telinganya ke perut Zya untuk mendengar degupan dalam kandungannya. Zya merasa cukup bahagia melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah Hiyyan.

“Anak Daddy dah keluar nanti jaga Mummy baik-baik tau.”

Ucap Hiyyan tiba-tiba.Matanya di pejamkan kejap.

Zya tersentak dengan ucapan Hiyyan itu. Hiyyan seolah-olah mengatakan bahawa dia akan pergi dari dia dan anak mereka.

“Kita akan jaga anak ni sama-sama.”

Zya menyentuh tangan Hiyyan dan di genggamnya. Anak mata Hiyyan kelihatan penuh sendu.

“Boleh saya minta sesuatu?”

Soal Zya penuh mengharap. Mereka saling bertatapan. Tatapan yang seolah mengatakan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Hiyyan mengangguk dan mengukir senyum. Menanti dengan sabar.

“Apa?”

“Saya tak mengharapkan apa pun dari awak. Sehinggalah dia membesar dalam ni. Saya tak tahu apa tujuan awak mengahwini saya. Dan saya pun tak mahu bertanya lagi sebab semakin saya memikirkan saya semakin mengharapkan lebih dari yang sepatutnya.”

Ujar Zya sambil matanya jatuh ke perut ni.

“Maafkan saya. Walaupun saya tahu awak kahwini saya sebab ada niat tersendiri. Kalau anak kita lahir, awak nak namakan apa?”

Mata Zya menyoal Hiyyan redup.

‘Anak kita.’ Desis Hiyyan.

“Kalau lelaki, Iskandar Ryan.”

Zya tersenyum mendengar nama cadangan Hiyyan. Cantik!

“Kalau perempuan?” Soal Zya lagi.

“Kalau perempuan, awak yang tentukan.” Balas Hiyyan.

“Sini.”

Hiyyan menggamit Zya dan menarik bahu Zya dan dipeluknya. Zya rasa cukup bahagia dan segalanya terasa amat sempurna saat ini. Hiyyan mengangguk.

“Suatu hari nanti boleh awak jawab soalan saya?”

Tanya Zya yang sudah terpejam matanya.

“Tanya apa sayang?”

Zya tersenyum bila Hiyyan memanggilnya ‘sayang’. Begitu gemersik di pendengaran Zya.

“Sama ada awak cintakan saya atau tak, sebab saya dah lama cintakan awak.”

Bisik Zya lembut dan kata-kata itu seakan angin lembut yang menyusup ke tangkai hati Hiyyan. Hiyyan mengangguk saja lantas mengucup ubun-ubun Zya lembut.

Mereka berdakapan untuk seketika di situ di saksikan Datin Najmah yang merenung dari balkoni atas biliknya tersentuh melihat kebahagiaan yang semakin terpancar semenjak kehadiran bakal cucunya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Yang menyedihkan Datin Najmah sepanjang mengetahui Zya hamil, sepanjang itulah Datuk Ziyad menyumpah-nyumpah Zya dan Hiyyan di belakang mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience