PROLOG

Romance Completed 29586

“Sanggup kau buat aku macam ni Ziyad??”

Azlan sudah semakin termengah-mengah menahan sesak dadanya yang semakin menghimpit. Nafas dirasakan semakin pendek. Dia sudah tidak tertanggung menahan kesakitan yang amat dahsyat ini.

“Maafkan aku, Lan. Kalau aku tak buat macam ni sampai ke mati pun aku akan jadi hamba kau.”

Suara itu berbisik keras menampar gegendang Azlan.

Azlan yang separuh nyawa itu sudah terhengguk-hengguk di kerusinya memegang dadanya yang sudah semakin lemah. Matanya basah dan merah menahan rasa sakit dan sendu kini ditambah rasa sakitnya kerana dikhianati rakan baiknya.

“Jadi sebelum aku tak sempat merasa duduk kat tempat kau sekarang dan sebelum aku mati lebih baik kau mati!”

Tekan Ziyad keras.

“Kau tak kesian dengan aku nanti mati mata terbukak sebab kempunan nak merasa duduk di kerusi CEO kau ni?”

Ziyad ketawa sinis sambil berjalan mundar-mandir dalam pejabat itu. Langsung tiada simpati pada rakan baiknya yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.

“Kau memang tak guna! Aku bersumpah selagi kau hidup, kan takkan tenang. Aku sumpah…”

Luah Azlan dengan sedikit kekuatan yang masih tersisa dalam dirinya. Airmatanya menitis sebak mengenangkan nasib isteri dan anak-anaknya selepas ini.

“Shuhh..shuhh. Kau tak perlu risau Lan. Aku takkan apa-apakan keluarga kau. Aku cuma nak memiliki berkuasa dekat tempat yang kau ada sekarang je. Aku takkan sia-siakan peluang yang telah kau beri ni.”

Ujar Ziyad sambil ketawa besar dan berdiri menuju ke dinding kaca melihat pemandangan luar yang hujan lebat yang disertai guruh sabung menyabung itu.

Sebaik dia menoleh, kepala Azlan sudah terlentok di atas meja kerjanya. Dia tersenyum sinis dan cuba menghadang perasaan sesal yang mula menyesakkan hatinya. Setitik airmatanya menitik jua apabila melihat jasad Azlan yang sudah terkulai di situ dan menimbulkan esak pada suaranya.

“Rest in peace, kawan.”

Dia mencebir bibir sambil mengesat airmatanya dan mula mengukir senyum kembali. Kerana apa yang dinantikan sudah hampir jadi miliknya.

Di sebalik pintu pejabat itu, tubuh seorang remaja lelaki menggigil menyaksikan insiden itu. Dia seakan tidak percaya! Cawan kopi di atas meja yang telah menjadi punca itu di renung tajam. Dia mengetap bibir walaupun dadanya seperti mahu pecah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience