BAB 3

Romance Completed 29586

“Zah!!”

Panggil Datin Najmah mesra sebaik rakan baiknya itu muncul di muka pintu rumahnya. Lama sudah tidak kunjung tiba. Mereka berdakapan sebentar sebelum menuju ke ruang tamu.

“Zya pun ada sekali?”

Tanya Datin Najmah bila Zya tiba-tiba muncul dari belakang.

“Apa khabar Auntie? Sihat?”

Sapa Zya mesra sambil menyalami Datin Najmah. Wanita separuh usia itu mengukir senyum melihat kemesraan yang ditonjolkan Zya.

Mereka sama-sama mengambil duduk di ruang tamu mewah itu. Zya merenung rumah agam milik Datin Najmah dengan rasa kagum. Rasanya keluarga Datin Najmah lebih jauh kaya dari mereka. Itu sudah pasti, suami Datin Najmah yang sekarang empunya Veltz Holdings yang pernah sama-sama arwah abahnya bangunkan. Jika abah masih hidup pasti mereka sekeluarga juga akan mendiami rumah agam sebegini. Fikir Zya sepintas lalu.

“Auntie macam ni jelah, Zya, Nita. Sejak kebelakangan ni tak dapat nak ke mana-mana semenjak Ziyad tu jatuh sakit.”

Balas Datin Najmah.

“Tu yang aku ke sini bila terdengar je Ziyad kurang sihat. Macam mana dia?”

Tanya Datin Zahnita lagi.

“Macam tu jugaklah. Radang paru-paru dia tu makin teruk. Syarikat pulak takde siapa nak uruskan.”

Keluh Datin Najmah.

“Dengar cerita Hiyyan tu dah balik Malaysia kan? Kenapa tak uruskan je Veltz Holdings tu?”

Menyebut nama Veltz Holdings menimbulkan rasa sebak dalam hati Datin Zahnita. Mana tidaknya terlalu banyak kenangan Veltz Holdings padanya. Veltz Holdings terbina asas dari kerjasama rakan baik antara Azlan arwah suaminya dan Ziyad. Arwah Azlan pernah memangku jawatan sebagai CEO di syarikat itu selama 3 tahun sebelum beliau meninggal 10 tahun lalu.

“Entahlah budak tu. Nak balik ke Malaysia ni pun bukan main susah nak memujuknya. Ingatkan bila dah balik sini nak senangkan kita rupanya degil dia tu. Bila dia kata tak nak, tak nak lahh.”

Luah Datin Najmah melepas geram dengan sikap si anak di depan rakan baiknya itu.

“Emm…kau pulak apa cerita?”

Soal Datin Najmah sambil mengukir senyum. Sesekali matanya tertancap pada Zya yang setia duduk di sisi Datin Zahnita tanpa sepatah pun menyampuk.

“Errr…Naj, aku ada hal nak bincang dengan kau. Zya, boleh Zya keluar kejap?”

Pinta Datin Zahnita tiba-tiba.

Hairan pula Zya, tadi dia beria-ia di bawa ke situ tapi tiba-tiba di suruh keluar pulak. Datin Zahnita sengaja membawa Zya balik awal lepas majlis konvokesyennya yang telah tamat kerana tidak mahu anaknya itu berdating dengan si Faheed.

Bukan dia memandang rendah Faheed tapi sebolehnya dia mahu menjaga Zya dan menjauhkan Zya dari mana-mana lelaki yang belum sah jadi suaminya kerana Zya hanya satu-satunya anak perempuannya dan kewajipannya untuk menjaga Zya.

Melihatkan dahi Zya yang berkerut, Datin Najmah menyampuk.

“Zya keluarlah tengok-tengok kawasan rumah Auntie ni. Mana tau Zya nak main golf ke, berenang ke….”

Cadang Datin Najmah sambil tersenyum.

Zya tidak membantah seraya bangun dan menuju ke luar. Mungkin cadangan Datin Najmah itu agak baik juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience