BAB 13

Romance Completed 29586

3 bulan berlalu begitu saja bila Zya menjadi isteri Hiyyan. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi Zya. Hiyyan dan keluarganya melayan mereka sekeluarga dengan serba serbi cukup. Layanan Hiyyan pada Zya biasa. Lagaknya tidak seperti suami isteri yang penuh kasih sayang.

Hari-hari di teruskan seperti biasa. Tiada lakonan atau apa-apa sandiwara yang dilakon layarkan. Hiyyan telah memutuskan agar Zya bekerja bersamanya di bawah Veltz Holdings. Mulanya Zya menolak tapi atas desakan semua orang dan dirinya yang masih menganggur itu akhirnya dia bersetuju.

Begitulah Hiyyan dengan kerjanya dan Zya juga dengan kerjanya. Masing-masing sibuk menguruskan Veltz Holdings.

Sebulan saja berkhidmat di Veltz Holdings, Hiyyan memberi kejutan dengannya yang dia sekarang adalah turut sama menjadi orang kuat Veltz Holdings. Jawatannya di bawah jawatan Hiyyan sebagai CEO.

Zya tidak meminta semua itu tapi setahu Zya keluarganya cukup gembira dengan pelantikan itu. Adakalanya Zya merasakan dia belum layak untuk memegang jawatan itu. Tapi dia ingat akan kata-kata Hiyyan padanya apabila dia menyatakan keengganan untuk menerima jawatan itu.

“Veltz Holdings berdiri megah hingga ke hari ini adalah kerana tembok kukuh yang Datuk Azlan dah bina. Sekarang awaklah penyambungnya.”

Ujar Hiyyan padanya.

Tapi itu dulu. Bukankah abahnya telah memindahkan semua hartanya atas nama Datuk Ziyad ayah mentuanya yang sedang terlantar sekarang kerana itulah perjanjian yang telah termeterai kalau salah seorang pergi dulu merekalah yang akan mengambil alih syarikat seratus peratus.

Semua itu berlaku mungkin kerana arwah abahnya belum sempat menukar nama wasiat. Lantas selepas Datuk Azlan meninggal mereka masih lagi hidup besederhana atas sedikit saham simpati yang dihadiahkan Datuk Azlan buat mereka sekeluarga.

Kerana itulah dia dapat merasakan sedikit aura negative Datuk Ziyad padanya.Tapi rasa itu di lontar jauh apabila mengingatkan bahawa arwah abah dan ibunya berkawan baik dengan Datuk Ziyad. Desas desus ada juga mengatakan yang ayah mentuanya tidak berapa menyokong perkahwinan dia dan Hiyyan tapi kerana sayang pada Veltz Holdingz, Datuk Ziyad terpaksa merestui kerana takut Veltz Holdings bangkut atau jatuh ke tangan orang lain.

Hari-hari Hiyyan dan Zya dipenuhi dengan kesibukan yang sangat mengekang jadual masa mereka untuk bersama. Jika Hiyyan tidak di rumah dia akan berkepit dengan Shah Meera. Seorang peguam wanita yang masih muda. Menurut Datin Najmah, Shah Meera adalah peguam baru yang dilantik Hiyyan untuk keluarga mereka. Datin Najmah pun tidak pasti motif Hiyyan menukar peguam lama dan mengupah peguam baru dalam syarikatnya atau pendek cerita tugas Shah Meera lebih kepada peguam peribadinya. Keakraban Hiyyan dan Shah Meera lebih akrab dibandingkan hubungan Hiyyan dengan Zya. Zya tidak mahu berfikir soal itu walaupun hari demi hari rasa hatinya semakin berubah pada Hiyyan.

Zya dan Hiyyan tetap suami isteri walaupun mereka tidur sekatil tanpa layanan mesra antara satu sama lain. Itulah yang menimbulkann pertanyaan yang tidak bernoktah pada Zya. Mengapa Hiyyan mengahwininya sedangkan dirinya tidak di layan seperti isteri yang sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience