BAB 12

Romance Completed 29586

Zya keluar dari bilik air dengan baju pyjama tebal dan tuala yang masih berbungkus di kepala. Dia menoleh ke arah Hiyyan yang sedang leka menghadap laptopnya dengan wajah bersahaja. Langsung tidak menoleh padanya.

Sebaik dia membuka almari mahu mengambil pakaiannya, Hiyyan bingkas bangun dan mencapai tuala di penyidai dan tanpa mempedulikannya terus masuk ke bilik air untuk mandi.

Zya mencebik. Pelik!

‘Bukan nak tegur orang pun.’ Bisiknya.

Sejak mereka di akad nikahkan tadi Hiyyan langsung tidak bercakap dengannya. Dia ingatkan dalam 50 peratus Hiyyan nak kahwin dengan dia sebab suka kat dia kot tapi macam takk jerrr..

Hati Zya terusik untuk melihat laptop lelaki itu yang masih ternganga elok di atas meja kerja lelaki itu. Zya merapati laptop itu. Sebaik terpandangkan laptop itu Zya ketawa kecil.

‘Rupanya main fac, aku ingatkan apa yang khusyuk sangat tadi.’

Detik hati Zya.

Leretan senyuman Zya makin lebar bila membaca status post Hiyyan di laman muka buku.

‘I’m Married Man now!’

Zya semakin berani untuk menyentuh laptop milik Hiyyan. Atau stalker untuk melihat beberapa komen yang sudah ada. Orang yang like adalah dalam 15 orang dah..he..he.

‘Oh man..congrats!’

‘Untunglahh..semoga bahagia yer..’

‘Really? Tak sangka pulak you ni jenis tak layan girls sangat tup2 dah kawen’

Sesekali Zya tersenyum-senyum membaca komen-komen itu bila tiba-tiba Hiyyan sudah muncul dari bilik air. Cepat-cepat dia menuju ke katil dan baring di situ sebelum Hiyyan perasan akan perbuatannya. Keluar saja dari bilik air Hiyyan langsung tak bercakap dia pun malas nak menegur.

Hiyyan menuju ke laptopnya dan menutup laptopnya dan kemudian lelaki itu bersahaja merapati katil sambil memegang sebuah buku di tangannya. Zya menelan liur takut di apa-apakan.

Zya yang tidak dapat menahan debarnya terus bangun dari katil tiba-tiba. Hiyyan yang masih duduk bersandar di katil sambil membaca buku bekerut dahi.

“Saya..saya nak ke bawah kejap. Jumpa ibu.”

Zya memandang sekilas pada Hiyyan sebelum cepat-cepat mengatur langkah.

“Tunggu!”

Jantung Zya seakan terhenti bila lelaki itu bersuara.

“Tolong rendahkan suhu aircornd tu, sejuk sangat.”

Arah Hiyyan. Zya melepaskan nafas lega sebelum menuju ke dinding dan menarik remote aircond di soketnya dan merendahkan suhu.

“Ok?” Soal Zya.

Hiyyan yang masih khusyuk membaca buku menangguk tanpa memandangnya dan tangan lelaki itu di isyaratkan supaya Zya keluar dari bilik itu.

‘Bukan nak ucap thanks ke.’ Ujar Zya di luar pintu bilik.

Sebaliknya bila dia menuju ke tingkat bawah bilik ibunya, ketukan tidak bersambut. Mungkin ibunya sudah tidur kerana keletihan siang tadi. Akhirnya dia duduk termenung ke dapur membuat air horlicks tanpa ada sesiapa menemani untuk menghilangkan keresahan dalam hatinya sebelum dia kembali ke bilik tidur dan mendapati Hiyyan sudah terlelap.

Zya melepaskan keluhan lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience