BAB 20

Romance Completed 29586

Zya meneguk liur bila pintu bilik di buka dari luar. Dia tahu itu Hiyyan. Dia yang sedang berdiri di luar balkoni bilik hanya mendiamkan diri.

Hiyyan meletakkan begnya di atas meja kerja. Sempat dia menjeling kearah Zya yang berdiri di balkoni seolah tak perasankan kehadirannya.

Hiyyan segera menuju ke bilik air dan selepas solat Isyak dia lihat ke balkoni Zya masih lagi berdiri kaku di situ. Dia berdiri di pintu balkoni.

Zya mengumpulkan kekuatan dan berpaling pada Hiyyan. Dengan wajah yang resah dia menuju kearah Hiyyan yang berdiri di pintuu balkoni.

“I’m ready.”

Beritahu Zya sambil merenung anak mata Hiyyan dalam.

Hiyyan mengukir senyum yang sukar untuk Zya tafsirkan. Hiyyan menuju ke katil sebelum membuka butang bajunya satu persatu. Hiyyan memberikan isyarat supaya Zya mendekatinya. Zya mengumpulkan keberanian dan menapak perlahan duduk ke di sebelah Hiyyan.

‘Takkan dia nak mulakan kot. Macam pelik jer kalau perempuan yang mulakan.’

Dengan rasa malu yang berinci-inci Zya mendekatkan wajahnya ke wajah Hiyyan yang tampak bersahaja seolah merelakan tindakannya. Entah bila bibirnya sudah berlabuh di bibir Hiyyan dan tiba-tiba...

“Wait!”

Zya melarikan wajahnya. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

“Saya tak boleh!”

Zya menundukkan wajah. Hiyyan hanya ketawa kecil seraya membutangkan bajunya kembali. Kemudian dia bangun.

“Jangan paksa diri. Dah pergi tukar baju. To make it simple, esok kita akan ke klinik kawan saya.”

Zya yang masih berasa malu segera menyoal. ‘Klinik? Belum mengandung dah nak ke klinik atau nak cek kesuburan ni? Kalau tak try dulu mana tau ni.’ Zya berteka-teki.

“Buat apa nak ke klinik?”

“Kita buat baby tabung uji.”

“Huh?”

Zya kurang mengerti.

“By the way, first kiss not so bad huh?”

Ucap Hiyyan tanpa menoleh sebelum menuju ke meja kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience