BAB 24

Romance Completed 29586

“Anak tak guna!!”

Tengking Datuk Ziyad sambil memegang dadanya. Seakan mahu mati dia mendengar arahan anaknya yang tidak pernah-pernah dia duga ini.

“Ayah sign kat sini.”

Hiyyan masih mengunjuk fail hitam di tangannya pada si ayah.

“Kau tak sedar ke ayah lakukan semua ni untuk kau dan keluarga kita!”

“Saya tak pernah harapkan ayah untuk buat macam ni pada keluarga kita. Lagi-lagi dengan menyakiti dan merampas hak keluarga orang lain. Kalau Mama dan Marissa tahu pun diaorang mesti rasa terhina dengan tindakan ayah ni. Dan saya tak pernah menganggap apa yang keluarga kita miliki sekarang milik kita!”

Balas Hiyyan dengan renungan yang melekat tajam pada Datuk Hiyyan walaupun nadanya agak bersahaja.

“Sampai ayah mati pun ayah tak kan ikut kata kau!”

“Tak cukup lagi ke ayah terseksa masa hidup, dah mati nanti ayah nak sambung penyeksaan ayah. Cukuplah ayah. Kembalikanlah segalanya pada mereka dan saya takkan bongkarkan apa yang ayah dah lakukan 10 tahun yang lepas.”

Menggigil tubuh Datuk Ziyad dengan ucapan yang meluncur dari bibir anaknya. Dia menjegilkan matanya kearah Hiyyan. Kisah 10 tahun yang lalu kembali menghimpit fikirannya. Dia fikir tiada siapa yang tahu!

Adakah kerana itu, layanan Hiyyan padanya telah berubah dan Hiyyan menjadi seorang yang cukup berubah sikapnya semenjak 10 tahun yang lalu. Selepas tamat SPM Hiyyan menyambung pelajarannya ke US dan enggan pulang kerana bencikannya??

“Apa maksud kau?”

Tersekat-sekat Datuk Ziyad bertanya.

“Datuk Azlan mati bukan kerana serangan jantung tapi ayah dan letak ubat untuk meransang sakit jantungnya supaya dia mati kan. Huh! Betapa angkuhnya ayah masa tu!”

Jelas Hiyyan dengan rasa kecewa pada si ayah yang cukup mencucuk hatinya.

“Apa kau merepek ni?”

Soal Datuk Ziyad dengan peluh yang sudah merecik seluruh wajahnya. Dadanya pula terasa semakin sakit seperti di cucuk-cucuk.

“Ayah nak tahu kenapa saya nak kahwini Zya kan? Saya tak pernah tenang ayah semenjak saya menyaksikan kejadian tu dalam bilik pejabat Datuk Azlan yang ayah duduk sekarang! Ayah dan musnahkan kepercayaan saya pada ayah sebab sikap tamak ayah! Padahal boleh je ayah berjaya kalau ayah berusaha macam Datuk Azlan kawan baik ayah sendiri. Tapi sebab ayah ni tak sabra, ayah guna taktik kotor untuk dapatkan Veltz Holdings. Dan sekarang tujuan saya ke Veltz Holdings cuma satu. Saya nak kembalikan segalanyanya pada Datin Najmah dan anak-anak mereka. Sebab tu, saya tak nak mewarisi Veltz Holding.”

“Kau bodoh! Kau tak nak darah keturunan ayah si pembunuh ni mewarisi Veltz Holdings tapi cucu siapa yang isteri kau kandungkan tu? Kalau bukan di warisi dari pembunuh ni!”

Datuk Ziyad tersenyum mengejek.

Seakan hilang sabar Hiyyan dengan kata-kata ayahnya. Hiyyan fikir semudah itu. Satu-satunya hal yang dia terlepas pandang adalah membiarkan Zya mengandungkan anak dari darahnya. Saat itu dia amat terdesak apabila Zya memberinya pilihan!

“Ayah tandatangan ni.”

Unjuk Hiyyan sekali lagi. Tangan ayahnya di tarik dan dengan semangat yang lemah dia tidak mampu melawan Hiyyan.

Terpaksa juga dia menconteng tandatangannya ke dokumen itu. Hatinya penuh kesedihan yang mendalam. Lepas segala bebannya selama ini. Hiyyan melepaskan satu keluhan dan dia keluar dari bilik itu.

“Ayah jangan risau saya berpegang pada janji.”

Hiyyan mengatur langkah lemah menuju ke pintu. Sebaik pintu di kuak seorang wanita berdiri di luar dengan airmata yang lencun dengan airmata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience