BAB 19

Romance Completed 29586

“Kenapa awak? Kenapa awak tak biarkan ayah bagitahu saya hal sebenar?”

Zya memukul dada bidang Hiyyan sesampainya mereka ke bilik. Dia masih menangis tersedu sedan.

“Zya, saya kan dah kata. Hingga saat tu tiba, saya takkan bagitahu awak apa-apa. And please, this time promise me. You won’t ask anything Zya.”

Hiyyan menahan tangan Zya yang dari tadi memukul dadanya.

“Saya tak peduli Hiyyan! Tell me or you will lose me!”

Cabar Zya.

“Zya! Awak boleh mintak apa je, but for this my answer still no!”

Balas Hiyyan perlahan namun tegas. Di pandangnya Zya dengan anak mata yang bening. Zya mengelap airmata mengumpul kekuatan untuk menghentikan tangisannya.

“Baiklah. Memandangkan awak bagi saya dua pilihan, saya pun nak bagi awak dua pilihan.”

Gara-gara ayahnya, Zya berperangai seperti ini. Hiyyan seperti ingin cepat membiarkan masa berlalu. Dia ingin mengembalikan Veltz Holdings pada milik keluarga Zya dan selepas itu dia tekad akan mengakhiri semua ini. Dia janji.. Tapi dengan sikap Zya yang mendesak sebegini Hiyyan menjadi semakin bingung.

“Saya nak awak ceraikan saya atau…”

Sengaja Zya memotong kata-katanya.

“Atau apa..”

Hiyyan merenung Zya yang sudah mula bertenang. Ya Allah, ingin saja saat itu dia memuntahkan semua hal yang sedang dia lakukan sekarang supaya Zya lebih mengerti.

“Saya nak anak. Hasil awak dan saya.”

Hiyyan masih berdiri kaku dan permintaan Zya seolah satu beban yang akan menambahkan lagi bebananan dalam dirinya yang sudah sedia ada.

“Awak pilihlah.”

Ujar Zya seraya mengusap matanya dan mahu melangkah pergi. Sempat dia merenung Hiyyan yang ternyata masih diam tidak memberi apa-apa jawapan atas permintaanya tadi.

Zya melakukan semua itu tanpa apa-apa agenda. Dia tahu, suatu hari nanti Hiyyan mungkin akan pergi darinya atau dia yang akan diminta pergi. Bersama rasa cinta yang telah ada ini, Zya tidak malu untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Dia mahukan seorang zuriat hasil dari ikatan mereka yang sah.

Hiyyan menahan lengan Zya yang mahu keluar dari bilik dan merapatkan wajahnya ke telinga Zya.

“Get ready. We’ll make for it.”

Bisik Hiyyan lembut sebelum melepaskan Zya untuk melangkah keluar. Zya faham akan keputusan yang telah dipilih Hiyyan. Hiyyan memilih untuk setuju memberinya seorang zuriat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience