BAB 23

Romance Completed 29586

“Ni dah stage ke 3. Hiyyan, kau tak takut ke?”

Kata-kata kawannya Dr Ridhwan menyesak kembali ingatannya dua hari lalu. Sejak kebelakangan ini kepalanya semakin mencucuk-cucuk.

Mengenang kesakitan itu, Hiyyan kembali mengingati punca utama dia mahu kembali ke Malaysia selepas 10 tahun, sebelum segala agenda barunya terancang untuk menikahi Zya.

Agenda yang telah membawanya keluar jauh dari niatnya sebenar. Tidak lama lagi Zya akan melahirkan anak mereka. Dia kembali kealam nyata bila Shah Meera menutup fail di depannya.

“Semua dokumen pemindahan dah selesai. Cuma tinggal satu je lagi tugas.”

Terang Shah Meera. 8 bulan berlalu begitu cepat walaupun di saat dulu Hiyyan merasakan masa berjalan terlalu lambat bila dia inginkan segalanya cepat selesai.

Hiyyan mengatur duduknya sambil menyilang kaki bersahaja dan kembali menumpukan konsentrasi pada Shah Meera. Wajah wanita muda yang banyak membantunya selama ini di tatap penuh perhatian.

“Apa dia?”

“Sign ayah you Hiyyan, Datuk Ziyad.”

Shah Meera juga tidak faham akan tindakan anak guam di depannya. Tindakannya nampak gayanya sangat-sangat tekad sejak dirinya di lantik untuk menguruskan sesuatu buat lelaki muda itu.

Hiyyan mengangguk.

“Ok!”

Jawab Hiyyan sepatah sebelum mengukir senyum.

“Thanks Shah. I owe you a lot.”

Sambung Hiyyan.

“One day you need pay for this.”

Balas Shah Meera sambil membalas senyuman Hiyyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience