BAB 7

Romance Completed 29586

“Ada syaratnya kalau nak Hiyyan masuk syarikat tu?”

Baru saja hendak melepaskan nafas lega kerana persetujuaan Hiyyan. Datin Najmah kembali sakit hati lagi.

“Hiyyan nak apa?”

“Hiyyan nak kahwin…”

Terlopong mulut Datin Najmah saat itu. Dia tidak pasti sama ada dia patut rasa gembira atau sebenarnya Hiyyan ada agenda lain di sebaliknya?

Tapi, bukankah itu juga yang amat dia nantikan selama ini. Dia menutup mulutnya dan memejam matanya sebentar. Mengumpul seribu kekuatan untuk menyoal lagi. Menghadapi sikap anak dan suaminya yang satu ini amat memerlukan kesabaran yang cukup tinggi bagi Datin Najmah.

Setahunya Hiyyan tidak mempunyai mana-mana teman wanita atau kawan rapat wanita. Dia sudah cukup pening menghadapi semua karenah Hiyyan yang terlampau rumit ini.

“Hiyyan nak kawen dengan siapa?”

Soal Datin Najmah cuba mengawal nadanya.

“Aznirul Zya Datuk Azlan.”

Jawab Hiyyan tanpa memandang mamanya.

“Huh?! Anak Auntie Zah? Budak tu. Mama rasa dia belum nak kahwin lagi. Dia kan baru tamat belajar. Dia..”

Setahunya itulah yang dikatakan Datin Zahnita minggu lepas. Zya mahu menerima tawaran bekerja di Jakarta tak lama lagi.

“Hiyyan tak peduli, ma. Hiyyan tak peduli. Hiyyan nak kahwin dengan dia.”

Beritahu Hiyyan bersahaja. Datin Najmah semakin tidak faham.

“Hiyyan jatuh cinta dengan dia?”

Amat mustahil untuk soalan itu! Jatuh cinta pandang pertama? Mungkin pada hari mereka kebetulan bertemu minggu lepas ketika Auntie Zahnita melawatnya. Kalaupun jatuh cinta takkan kahwinnya hendak tiba-tiba? Pelbagai persoalan bertolak masuk dalam fikiran Datin Najmah.

“Tak.”

Selamba jawapan Hiyyan.

“Habis tu, kenapa Hiyyan nak kahwin dengan dia? Kalau sekadar Hiyyan nak main-mainkan perasaan dia baik tak payah! Dia tu anak kawan baik Mama!”

Datin Najmah sudah hilang sabar.

Hiyyan tersenyum sinis.

‘Kawan baik?’

Hati Hiyyan berdesis sinis.

“Kalau Auntie Zah tu kawan baik mama takdelah mereka tu hidup macam ni sekarang?”

“Apa maksud Hiyyan?”

“Auntie Zah datang sini hari tu sebab nak jualkan share yang dia ada di Veltz Holdings kan?”

Datin Najmah terdiam. Macam mana anaknya itu tahu? Dalam diam-diam rupanya Hiyyan memasang telinga.

“Kawan baik takkan buat kawan baik dia macam ni.”

Ujar Hiyyan sinis sambil memusingkan glob di atas meja antik yang terletak cantik di bilik perpustakaan itu.

“Apa maksud Hiyyan ni? Kenapa nak prejudis sangat? Macamlah Mama dengan Ayah ni ada lakukan sesuatu yang tak baik pada keluarga Auntie Zah! Hiyyan tak tahu apa-apa. Hiyyan jangan berlagak pandai! Selama ni pun kalau ada apa-apa yang Datin Zah dan keluarga mereka perlu apa-apa, Mama dan Ayah sentiasa siap hulur tangan.”

Tingkah Datin Najmah tinggi.

Terhenti pusigan glob itu.

“Hulur tangan je?? Bukan ke Auntie Zah lebih berhak dapat lebih dari tu.”

Hiyyan ketawa sinis sebelum menoleh jam di tangannya.

“Ma fikirkanlah. Hiyyan nak keluar sekejap.”

Ujar Hiyyan sebelum melangkah pergi.

Datin Najmah menggosok dadanya. Mungkin tidak lama lagi dia pulak yang akan jatuh sakit di rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience