BAB 1

Romance Completed 29586

“Happy convocation day, awak.”

Zya tersenyum lebar menerima ucapan itu. Dia menyambut huluran bunga di tangan Faheed.

“Ingatkan tak datang.”

Zya mencebir seakan merajuk. Dia baru saja keluar dari bilik air selepas menyalin baju konvonya tadi seraya menuju ke kereta Mercedez Benz yang menantinya tidak jauh dari situ. Jam juga sudah petang, majlis konvokesyen yang di adakan di perkarangan kolejnya hari ini nampak gayanya sudah selesai.

“Ini je yang mampu saya beri untuk awak. Bunga besar saya tak mampu.”

Zya mencium bunga di tangannya. Wangi. Bunga ros tiga kuntum yang mungkin menandakan ‘Aku cinta padamu’?

“Orang kata tiga kuntum ros merah menandakan sesuatu?”

Zya menjegil matanya dan mengangkat sebelah keningnya. Cuba mengusik lelaki pemalu di depannya ini. Lelaki yang sudah dikenalinya sejak 5 tahun lalu, semenjak ibu Faheed menjadi pembantu rumah di rumahnya.

“Well, you know better.”

Faheed ketawa kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“So, do you love me?”

Soal Zya sambil mendekatkan wajahnya ke wajah lelaki itu. Renungan yang penuh menggoda. Faheed semakin tersipu-sipu cuba menyusun kata agar selari dengan apa yang cuba di sampaikan dari hatinya.

“Still, I lov..”

Faheed cuba meneruskan ayatnya bila tiba-tiba Zya dipanggil seseorang.

“Zya!”

“Ibu!”

Zya menoleh ke belakang. Datin Zahnita sedang merenungnya tajam. Faheed menunduk kepala malu bertentang mata dengan Datin Zahnita.

“Kalau dah takde apa-apa lagi, kita balik sekarang!”

Arah Datin Zahnita seraya masuk ke perut Mercedez Benz yang dibawa pemandunya.

“Zya balik dengan Faheed la, bu..”

Tawar Zahnita.

“Sekarang! Ibu ada hal nak cakap kat rumah nanti.”

Datin Zahnita menjeling kearah Faheed sebelum cermin mata hitamnya di jatuhkan ke mata. Zya merenung Faheed seakan memohon simpati pada lelaki itu. Seolah lelaki itu berani pula untuk memujuk ibunya.

“Awak balik dululah. Nanti petang kalau saya dah balik kerja kita jumpa.”

Janji Faheed pada Zya. Sebagai pelajar tahun akhir di fakulti perubatan di universiti itu Faheed terpaksa mencari duit lebih untuk diri sendiri memandangkan kehidupannya tidaklah sesenang Zya.

“Janji?”

Faheed angguk sebelum gadis itu melangkah lemah masuk dalam perut Mercedez.

Faheed melepaskan keluhan berat sebaik kereta mewah itu meluncur pergi. Faheed sedar antara Zya dan dirinya ada tembok penghalang. Namun Faheed yakin apabila dia berusaha dan kejayaan menjadi miliknya nanti tembok penghalang itu pasti tidak akan dipandang lagi! Tekad Faheed dalam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience