BAB 10

Romance Completed 29586

Sebulan kemudian.

Zya menghalakan pandangannya ke laman bawah dari balkoni biliknya. Hiyyan dikerumuni oleh 6 orang lelaki bertubuh sasa. Apa yang dibincangkan dia juga tidak tahu. Kelihatan lelaki-lelaki itu semua mengangguk-angguk apa saja yang dikatakan Hiyyan.

Zya tersentak bila Hiyyan terperasankannya yang sedang mengintai kelibat mereka di tingkat bawah. Hiyyan mengangkat kening sebelah dan senyum sinis padanya menyebabkan Zya tidak betah lagi dan laju masuk ke bilik.

Esok adalah majlis perkahwinannya. Yang dia tidak faham, kenapa seisi rumahnya kena berpindah ke rumah agam milik Datuk Ziyad. Ibunya pula Datin Zahnita hanya bersetuju. Tidak kah mereka memikirkan kesan apabila tinggal di rumah orang? Kita akan hilang kebebasan dan segala tingkah laku akan terhad.

Hiyyan memberitahu bahawa dia sedang membuat sebuah banglo baru untuk Datin Zahnita dan rumah lama mereka sudah di lelong seminggu yang lepas. Mak Mun dan Faheed juga sudah berhenti kerja dan sejak itu dia tidak lagi bertemu Faheed.

Rancangannya untuk menerima tawaran bekerja di Jakarta juga terbengkalai begitu saja. Punah hatinya memang punah. Zya tidak tahu apa yang kurang pada hidup mereka sekeluarga sebelum ini. Memang hidup mereka tidak sekaya sebelum abahnya meninggal tapi dia tidak kisah hidup besederhana tanpa kemewahan yang melampau-lampau.

Tapi ibunya Datin Zahnita seakan sanggup menutup mata dan membiarkan dirinya terhimpit seperti ini. Dia masih ingat kata-kata ibunya sebaik dia bersetuju menerima pinangan lelaki itu.

“Lambat atau cepat, Zya akan sayang jugak dekat dia.”

“Kenapa?” Zya bertanya polos.

“Sebab dia suami Zya.”

Perkataan ‘suami’ itu amat janggal di telinga Zya.

Zya menoleh ke almari biliknya yang sudah tergantung baju putih akad nikah untuknya esok dengan hati yang tawar.

“Faheed….”

Seru Zya sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience