BAB 27

Romance Completed 29586

Zya terjaga dari tidur yang panjang. Cahaya lampu bilik perlahan-lahan menerobos penglihatannya dan membuatnya sedikit silau. Zya masih berharap mimpi ngeri yang di hadapinya hanyalah mimpi ngeri semata.

“Zya.”

Panggil ibunya. Zya membuka mata perlahan.

Datin Zahnita senyum dan di tubir matanya ada airmata gembira yang berlinang. Setelah seminggu dalam kondisi yang lemah, Zya akhirnya sedar.

“Ibu.” Sahut Zya lemah.

“Zya dan jadi ibu. Anak lelaki, comel.”

Zya mengukir senyum apabila mendengar kata ibunya. Wajahnya yang masih pucat mendatangkan sebak dalam hati Datin Zahnita.

“Alhamdulillah.” Ucap Zya lemah.

“Zya nak jumpa anak Zya tak, ibu panggil nurse kejap ye.”

Ujar Datin Zahnita namun belum sempat dia berpusing lengannya di tahan Zya.

“Bu.. Hiyyan?” Tanya Zya.

“Hiy..yan..”

Datin Zahnita gugup untuk menjawab soalan anaknya.

“Sebelum ibu lupa, ayah mentua Zya dah meninggal 3 hari lepas.”

Datin Zahnita membuka laci di sebelah katil Zya. Zya sedikit tercengang mendengar perkhabaran itu. Sepucuk sampul bewarna coklat di keluarkan dan di serahkan pada Zya.

Mata Zya menghantar soalan pada ibunya namun ibunya hanya berdiam dan mengangkat sedikit katil Zya supaya dapat bersandar. Datin Zahnita mengucup ubun-ubun Zya sebelum dia melangkah keluar.

“Dari Hiyyan.”

Beritahu Datin Zahnita. Perlahan Zya mengeluarkan sampul itu dan menancapkan matanya pada helaian itu.

Assalamualaikum Zya,

Selamat menjadi seorang ibu Zya. Terima kasih kerana menghadiahkan seorang putera yang cukup sempurna di mata saya. Dengan kehadiran Iskandar Ryan saya harap dia mampu mengubat sepi dan hari-hari awak. Maafkan saya kerana menjadikan surat ini sebagai perantara sebagai pengganti diri.

Maafkan saya kerana terpaksa pergi setelah apa yang terjadi. Entah bila saya akan kembali. Di sini saya ingin jelaskan segala dokumen dan pindah milik harta Veltz Holdings telah peguam Shah uruskan untuk keluarga awak. Rumah baru yang saya janjikan dulu telah pun siap dan lepas ni awak bawalah keluarga awak berpindah di sana.

Ayah telah pun meninggal 3 hari lalu, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dia sempat memohon ampun pada awak sekeluarga. Dia turut mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Iskandar Ryan yang cukup bermakna.

Zya,

Awak pernah bertanya pada saya apakah sebab saya menikahi awak? Berulang kali awak menyoal saya. Sekarang awak telah pun tahu. Saya mengahwini awak kerana ingin mengembalikan segala milik keluarga awak yang pernah ayah saya rampas kerana sikapnya yang gilakan kuasa itu. Tidak lebih dari itu. Hanya itu satu-satunya cara yang saya ada agar awak dan keluarga dapat hak awak kembali dengan menutup keaiban ayah saya. Maafkan saya Zya kerana menyeksa perasaan awak dengan merahsiakan agenda saya selama ini.

Maafkan saya. Saya tidak mampu memberi lebih dari apa yang awak harapkan. Saya lelaki yang tidak sempurna jika awak memilih untuk mencintai saya. Bukan lelaki yang tegak pendiriannya untuk melindungi awak jika awak di sisi saya. Saya hanyalah lelaki yang hidup dengan rasa malu pada diri semenjak menyaksikan secangkir kopi panas yang diletak racun oleh ayah saya sendiri yang dengan tergamaknya mengkhianti abah awak, rakan baik dengan tangannya sendiri. Kisah yang telah mengubah perspektif pemikiran saya pada diri saya.

Zya,

Jika satu hari saya kembali, saya pasti akan menjawab persoalan itu. Tapi jika tidak, saya sudah kepilkan permohonan perpisahan di muka surat belakang sekali jika awak memerlukannya bila-bila masa. Saya reda di lantai takdir hidup saya. Akhir sekali, jagalah anak kita sehabis baik seperti awak menyayangi nyawa awak sendiri walaupun mungkin tanpa saya di sisi.

Hanya takdir akan menentukan pertemuan kita nanti. Salam sayang untuk Iskandar Ryan. Zya, thanks for everything.

Zya merenung muka surat belakang dan jiwanya cukup tersayat dengan borang permohonan cerai yang sudah di sediakan Hiyyan itu. Airmatanya menitik lebat. Bergetar hujung jarinya memegang borang itu.

Mungkin dulu ya! Dia pernah mahu bercerai dengan Hiyyan.

Dia bingung. Hiyyan menikahi tanpa sebab yang gagal untuk dia temukan. Setiap kali dia mencari jawapan untuk semua itu dia masih gagal hingga akhirnya dia tidak dapat mengawal dirinya dari jatuh cinta pada suaminya sendiri!

Dia semakin mula ingin memiliki Hiyyan meskipun Hiyyan tidak mengendahkannya. Hiyyan tidak pernah menminta apa-apa darinya tapi dalam diam Hiyyan telah memberi segala-galanya kembali untuk Zya dan seluruh keluarganya. Semua itu cukup mengembangkan semarak cinta yang ada di dalam hati Zya.

Zya tidak mungkin membenci Hiyyan! Dia ingin mencari Hiyyan saat ini dan mahu membesarkan anak mereka bersama-sama. Dia memeluk surat itu dalam dakapannya bila Datin Zahnita menguak pintu dari luar yang menggendung bayinya yang masih kecil.

Makin sebak hati Zya bila ibunya meletakkan bayinya ke tangan Zya. Zya merenung wajah itu dan Iskandar Ryan yang seolah turut membalas renungannya sambil sedikit merengek kecil.

“Daddy pergi ke mana sayang? Kenapa dia tinggalkan kita?”

Tanya Zya seolah anak kecil itu mengerti. Kemudian tubuh kecil di rapatkan ke dada bersama tangisnya yang teresak-esak.

Datin Zahnita tidak dapat menahan sebak sambil mengusap lembut kepala anaknya dan akhirnya turut sama memeluk Zya. Datin Zahnita berpaling apabila pintu bilik terkuak dari luar dan Faheed berdiri di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience