BAB 2

Romance Completed 29586

“Kenapa Hiyyan tak nak ambil alih kat pejabat Ayah?”

Kakinya semakin dilarikan di atas alat senaman itu. Peluh semakin merecik pada tubuh sasanya. Begitulah aktiviti hujung minggu Hiyyan dia amat suka bergym. Selalunya Hiyyan jarang sekali melekat di rumah tapi hujung minggu ini baik pulak moodnya.

Mendengar soalan Datin Najmah, earphone di telinga semakin di tingkatkan volumenya. Datin Najmah berasa geram lantas bangun dan menarik kedua-dua earphone yang bertenggek dalam lubang telinga anaknya itu.

“Maa..”

Hiyyan meleret suara lantas ketawa sinis melihat reaksi Datin Najmah yang agak memberontak seperti budak-budak itu bila katanya tidak di beri perhatian.

“Mama tanya ni. Kenapa Hiyyan tak nak ambil alih pejabat Ayah? Hiyyan tak kesian ke dengan Ayah yang tak berapa sihat akhir-akhir ni?”

Soal Datin Najmah serius melepaskan perasaannya yang terpendam dengan sikap anaknya yang seakan-akan tidak peduli dengan ayahnya sendiri. Hiyyan meneruskan lariannya tanpa memberi sebarang reaksi.

“Hiyyan!”

Datin Najmah memekik. Serentak kaki Hiyyan terhenti. Geram sungguh dengan karenah anaknya yang sukar di tafsir ini.

Seisi rumah tahu betapa dinginnya hubungan antara anak dan ayah itu. Mereka hanya akan bercakap apabila ada isu yang penting dan jauh sekali untuk bermanja. Datin Najmah sendiri tidak mengerti pertalian Hiyyan dan suaminya yang teramat dingin jika hendak dibandingkan dengan anak perempuan bongsunya Marissa yang begitu manja pada dia dan Datuk Ziyad.

Hiyyan mengambil tuala yang di sangkut atas alat senaman itu dan mengelap peluh di muka dan lehernya. Dia menuntum air mineral dalam botol dengan bersahaja. Membuatkan Datin Najmah semakin hilang sabar dengan soalannya yang tidak berjawab dari tadi.

“Hiyyan rasa Ayah tak perlukan orang ambil alih dia kot.”

Jawab Hiyyan sambil menutup botol mineralnya.

“Apa yang Hiyyan cakap ni? Langsung macam takde rasa kasih sayang dengan Ayah? Dia perlukan Hiyyan dalam syarikat tu.”

“Nope. He doesn’t need anybody, anybody Maa.”

Hiyyan berkata sambil ketawa sinis dan melangkah keluar meninggalkan Datin Najmah yang tinggal terpinga-pinga di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience