BAB 8

Romance Completed 29586

“Bila awak dah pergi Jakarta nanti, rindulah saya.”

Ujar Faheed dengan nada sedih.

Zya tertawa kecil.

“Kalau rindu..awak..”

Kata-kata Zya terhenti bila melihat sebuah kereta Pegeot hitam tersadai di luar rumahnya.

“Siapa tu, wak?”

Soal Faheed. Zya hanya jungkit bahu.

Mereka sama-sama beriringan menuju ke kereta tersebut. Tiba-tiba kereta itu terbuka dan dua tapak kaki menjejak tanah. Serentak langkah Zya dan Faheed terhenti. Seorang lelaki tinggi lampai berdiri tegak sedang menutup pintu keretanya.

“Awak.”

Seru Zya bila mengenali lelaki di depannya ini.

“Saya.”

Jawab Hiyyan. Dia melangkah kearah Zya. Dia perasan lelaki di sebelah Zya itu merenung seperti tidak senang padanya. Dari tadi dia mengintai pasangan itu yang berjalan kaki dari hujung lorong.

“Buat apa kat sini?”

Soal Zya sambil menunding jarinya kearah rumah banglo sederhana kediamannya.

“Jumpa awak.”

“Jumpa saya?”

Zya mengecilkan matanya.

Zya teringat akan perbualan mereka lebih kurang dua minggu lalu. ‘Kalau saya nak apa-apa, boleh saya cari awak.’

Zya memeluk tubuhnya sebelum berdecit kecil.

“Nak apa?”

Hiyyan menjeling Faheed yang masih setia di sisi Zya sebelum wajahnya kembali mengukir senyum buat gadis itu.

“Nak awak.”

Faheed dan Zya sama-sama tersentak. Jawapan Hiyyan seperti mahu menaikkan darah Faheed. Tapi cuba di kawalnya bila disangka gelagat Hiyyan seperti bukan calang-calang orang. Faheed tidak mahu tindakannya nanti akan menyebabkan Zya atau Datin Zahnita mendapat malu.

Mungkin lelaki di hadapannya ini adalah tetamu Datin Zahnita. Dia sedar siapa dirinya, dia hanyalah anak orang gaji di rumah itu. Datin Zahnita ialah majikan ibunya. Sudah cukup bernasib baik Datin Zahnita tidak melarang mereka berkawan walaupun adakalanya reaksi Datin Zahnita seperti tidak sukakannya.

Zya menjeling tajam bila Hiyyan ketawa kecil. Mata Zya terpandang pada seorang wanita yang sedang berlaga pipi dengan ibunya di depan pintu rumahnya. Datin Najmah?

‘Apa pulak mereka datang sini?’

Hati Zya tertanya-tanya.

Datin Najmah yang perasan kelibat Zya tersenyum pada gadis itu. Zya amat manis orangnya dan memiliki kecantikan yang sederhana. Memang agak sepadan jika di gandingkan dengan Hiyyan yang segak dan menawan.

“Apa khabar Auntie?”

Tegur Zya sambil bersalaman.

Baru saja dia mahu menarik tangannya tubuhnya terus di tarik dan di peluk Datin Najmah.

“Auntie baik, sayang. Auntie balik dulu. Dari tadi tunggu Zya tak balik-balik.”

“Ohh auntie nak jumpa Zya ke?”

Soalnya bila pelukan sudah di lepaskan. Zya pelik melihat reaksi Datin Najmah yang mengelap tubir matanya seolah-olah menyembunyikan tangisan.

“Takpelah. Apa yang auntie nak, auntie dah sampaikan pada ibu Zya. Kami balik dulu ye.”

Zya sempat menoleh ibunya yang masih tercegat di depan pintu tanpa berniat untuk menyertai mereka yang bercakap di depan pagar rumah.

Zya hanya mengangguk dan menyalami wanita lingkungan 40-an itu lagi sebelum Datin Najmah masuk ke perut Peugeot. Hiyyan pula sempat merenung Zya sebelum mengangkat tangan pada Datin Zahnita yang berdiri di pintu rumah.

Zya semakin di hambat pelbagai persoalan apabila Faheed bersuara.

“Psiko la mamat tu.”

Zya mengangkat wajah dan merenung kereta mewah itu yang semakin menghilang di simpang lorong sebelum kakinya melangkah masuk ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience